10 : Sakit

578 63 10
                                    



Minatozaki Sana's

SEBAIK sahaja aku bangun, Nayeon-unnie sudah tiada di sebelah. Kemana pula dia pergi? Mungkin ke tandas. Jam dilihat, 11.35 malam. Terus sahaja aku menuju ke dapur berjumpa dengan Chaeyoung dan Dahyun yang seperti sedang berbincang.

" Korang, Mana Nayeon unnie? " Terus pandangan mereka teralih ke arah aku. Terkejut.

" Er, dia dalam tandas kot " Chaeyoung menjawab ragu-ragu.

" Oh, okay " Botol di dalam peti ais di ambil dan terus sahaja meneguknya. Lega sikit. " Korang bincang apa? Macam serius sahaja "

Aku melihat ke arah mereka. Menarik kerusi di hadapan Dahyun. Dia dan Chaeyoung hanya menggeleng. Hm?

" Kami cuma berbual tentang semua benda yang berlaku ni sahaja " Muka Chaeyoung ditatap, aneh.

" Chae nak pergi tidur lah, mengantuk " Dia terus sahaja bangun dan masuk ke bilik.

Kelihatan Momo yang baru sahaja masuk dapur. Aku menahan ketawa melihat muka dan rambut Momo yang kusut dan serabut itu. Dia terus sahaja minum air dan mengambil makanan dalam peti ais.

" Tak basuh muka ke? " Berkerut muka Dahyun melihat Momo yang sedang makan tanpa membasuh mukanya terlebih dahulu.

" Malas... " Dia menjawab acuh tak acuh.

" Momo ada nampak Nayeon-unnie tak dalam bilik tadi? " Aku memandang dia serius.

" Eh ta— " belum sempat Momo-unnie habiskan ayat. Tiba-tiba sahaja Chaeyoung masuk ke dapur tergesa-gesa. Hati aku mula rasa tidak sedap.

" C-Chae cari Nayeon-unnie kat semua tempat tapi tak jumpa pun! " Chaeyoung mula cemas. Oh tidak!

++

No one pov

MEREKA semua berkumpul di ruang tamu. Masing-masing hanya diam selepas Jaebum membacakan surat yang ditinggalkan oleh Nayeon.
" Mesti korang dahagakan? Aku pergi buat air " kata Momo memecahkan kesunyian.

" Aku tolong... " Jaebum turut serta bangun ikut Momo pergi ke dapur. Sebelum ini, kerana Nayeon yang mengamuk tiba-tiba. Dahyun terus tidak jadi membuat air.

" Jaebum jumpa kertas itu dekat bawah pasu lepas dia bangun? " Soal Jeongyeon meminta kepastian. Jinyoung hanya mengangguk. Dia masih rasa mengantuk. Walaupun dapat tidur sekejap.

" Jeongyeon-unnie cuba baca balik kertas itu " kata Chaeyoung. Dia tadi ke dapur sekejap. Tidak sempat nak dengar apa yang Jaebum baca.

" Chae baca sendirilah. Unnie jadi sedih pula kalau baca kertas itu " Jeongyeon menghulurkan kertas itu kepada Chaeyoung. Tiada secalit senyuman daripada gadis itu. Muka dia hanya muram.

Bambam memandang Momo dan Jaebum yang membawa air kepada mereka dengan berhati-hati. Tekaknya berasa sangat dahaga sekarang. Cawan di tangan Jaebum dia mengambil dengan pantas sekali lalu meneguk rakus.
Yang lain pun hanya minum dengan senyap. Bunyi kipas menjadi muzik latar.

" Kenapa Nayeon-unnie buat macam ni? " Dahyun memandang mereka.

" Dia mungkin terlalu ikutkan perasaan, sampai hati Nayeon-unnie dia pergi begitu sahaja " kata Momo.

" Cuba korang fikir. Siapa yang sanggup bunuh mereka dengan kejam sekali dan korang ada musuh ke? " Soal Bambam. Dia musykil dan takut juga.

" Musuh? Entahlah. Tetapi haters jangan cakap, ramai " Jeongyeon menghentak meja. Geram tetapi dalam masa yang sama hatinya berasa sedih. Mereka tidak buat salah apa-apa pun. Kenapa perlu benci Twice? Dia keliru.

" Korang percaya ke yang kertas ni Nayeon yang tulis? " Tanya Jinyoung. Dahyun mengangguk laju. Dia kenal tulisan Nayeon macam mana.

" Hm korang aku nak masuk bilik dulu, tiba-tiba rasa macam tak sihat pula " Kata Sana perlahan tetapi cukup untuk semua orang dengar. Mereka hanya mengangguk.

Dalam keadaan macam ini semua orang akan berasa tak sihat lagi-lagi Sana yang mudah sakit. " Aku nak masuk bilik juga " Jeongyeon
bangun mengikut Sana ke bilik.

++

Yoo Jeongyeon's

KEPALA disandarkan di kepala katil. Fikiran penuh pasal Nayeon-unnie. Sudah 30 minit berlalu selepas aku masuk kebilik. Yang lain masih ada di ruang tamu. Berbincang fasal apa mereka itu?

Sana pula sudah tidur mungkin? Sebab dia membelakangi aku sekarang ini. Aku kesian tengok dia. Dari tadi macam tidak selesa sahaja. Aku ada tanya dia sama ada okay atau tidak tetapi dia hanya mengangguk.

Harap-harap dia baik sahaja. Jam di dinding dilihat sekilas. Patutlah rasa mengantuk semakin membuak-buak sudah mahu pukul 1 pagi rupanya.
Aku memandang ke arah Sana yang sudah terjaga. Dia bangun dan pergi ke dalam bilik air. Kalau tidak sihat cakap sahajalah buat apa berahsia. Aku bangun dan ketuk pintu bilik air.

" Sana kau okay ke kat dalam " Aku seakan terdengar dia muntah. Kenapa dengan dia ni?

" A-aku okay saja " Aku mengeluh. Dia ini degil betul.

" Aku pergi ambilkan air "

++

Minatozaki Sana's

TEKAK terasa dahaga pula. Mana Momo dan Jaebum ni lama pula mereka buat air. Aku hanya mendengar mereka semua berbual. Tiada mood pula mahu bercakap. Selepas air sampai. Aku terus minum. Tetapi hanya sedikit sahaja. Pandangan mula menjadi kabur secara tiba-tiba.

Terasa pening pula kepala ini. Jangan buat hal sekarang. Aku tak mahu sakit. Waktu macam sekarang ini tak sesuai untuk jatuh sakit. Aku masih setia mendengar apa yang mereka bual.

Tetapi semakin lama mata hampir menjadi gelap dengan cepat-cepat aku cuba segarkan diri aku ini. Rasa mahu pengsan pula.

" Korang percaya ke kertas ini Nayeon yang tulis? "

Dalam samar-samar, aku boleh mendengar suara Jinyoung bertanya. Mata aku hanya terbuka separuh. Aku memandang sekilas Dahyun disebelah. Oh tidak kepala aku terasa sangat pening sekarang.

++

Apa yang terjadi kepada Sana?
Jangan lupa Vote dan Comments 🌻🙈.

 KILLER | TWICE [editing] Where stories live. Discover now