09 : Kesayangan

641 63 32
                                    



No one's

MEREKA bersembang di ruang tamu sehingga pukul 10:20 malam. Dahyun bangun pergi ke dapur untuk membuat kopi memandangkan mereka masing-masing mengantuk.

Suara samar-samar orang memanggil nama Nayeon berulang-ulang kali kedengaran. Jaebum memandang Sana dan Chaeyoung. Dia mengangkat sebelah keningnya.

Chaeyoung mengangkat bahu sebagai balasan. Pintu dorm terbuka dengan ganas menyebabkan senyuman nipis Sana memudar.

Mereka bertiga memandang ke arah pintu. Alangkah terkejutnya Sana apabila ternampak Nayeon yang berdiri di depan pintu dengan baju yang penuh darah dan Jeongyeon yang tergesa-gesa mengejarnya di belakang.

Nayeon berjalan laju ke arah Jaebum dan menolaknya kuat sehingga Jaebum terjatuh daripada sofa.

" N-nayeon...kenapa ni? " Soal Jaebum ketakutan dan memandang muka Nayeon yang merah akibat marah.

" Kenapa Jaebum biarkan Mina keluar sorang-sorang macam tu? Korang tahu tak yang dia dah mati kena bunuh kat tingkat empat, k-kenapa, k-kenapa ha?! " Kata Nayeon mencengkam kuat bahu Jaebum sambil itu dia menangis. 

Dahyun yang mahu membuat air keluar dari dapur dengan tergesa-gesa. Chaeyoung dan Jeongyeon sudah berpelukan sedih. Sana pula hanya kaku, terkejut dengan apa yang diberitahu. Yang lain pula hanya memerhati.

" Tadi memang Jaebum dah halang, t-tapi dia berkeras mahu pergi tenangkan fikiran di rooftop " kata Jaebum yang hanya menunduk. Rasa bersalah dalam diri dia semakin menebal.

" Ini memang salah aku . Kalaulah aku betul-betul halang dia. Mesti Mina tak mati sekarang " Jaebum mula menangis perlahan. Tiba-tiba pula Nayeon berasa bersalah.

" J-jaebum, Nayeon mintak maaf sebab marah tiba-tiba. Fikiran ini sudah kusut sangat tadi. Tidak dapat nak kawal perasaan marah. Pembunuh tu dia dah bunuh empat orang. M-mina..." Tanpa menghabiskan kata-katanya, Nayeon berlari masuk ke dalam biliknya.

" E-Empat orang? Bukan tiga orang sahaja ? " Soal Sana keliru. Tidak silap dia baru Pengurus Park, Tzuyu dan Mina mati.

" Ah-um... Se—sebenarnya tak sampai hati nak bagitahu pasal ini. Jihyo...dia pun dah mati kena bunuh " kata Jinyoung. Pada masa itu baru Sana sedar yang Jihyo tiada di situ. Kaki dia terasa lemah. Seakan ada batu yang besar menghempapnya.

Pada saat itu, tanpa mereka sedar. Pembunuh itu
hanya berada di kalangan mereka.

++

Im Nayeon's

AKU melihat ke arah siling. Lega sikit bila dapat tidur walaupun sekejap. Tangan Sana yang di atas perut aku, dialihkan. Dia ni sibuk nak tidur satu katil dengan aku. Sempit tahu tak. Tch, aku main-main saja. Dia nampak penat.

Mesti yang lain sudah tidur. Aku masih rasa bersalah dengan Jaebum. Ish, sepatutnya aku tak payah marah-marah. Bukan salah dia pun, benda dah jadikan. Rasa tak selesa pulak asyik baring je. Lebih baik bangun.

Kaki melangkah ke bilik air dan membasuh muka. Aku melihat ke arah cermin. Mata bengkak, asyik menangis sahaja. Rambut yang serabai, diikat dengan lebih kemas. Baju sudah penuh dengan darah. Malas pula nak tukar.

 KILLER | TWICE [editing] Where stories live. Discover now