11 (1)

154 13 21
                                    

Zel berdiri di hadapan lelaki itu, matanya yang berwarna coklat gelap itu tajam merenung dalam-dalam mata coklat terang lelaki itu. Kedua tangannya kemudian disilang.

"Kau memang tak tahu mana dia letak?"

Dia menggeleng.

"Takkanlah tak tahu langsung."

"Betul. Ingat nak pulangkan balik benda tu, tapi dia pergi sorok tempat lain. Dah dicari satu bilik, langsung tak jumpa," jawabnya jujur. Di wajahnya terpamer rasa bersalah.

Zel pandang Hana. Hana pandang Syam. Tiba-tiba Hana sengih.

"Kasihan," kata Hana sambil menggeleng perlahan, lalu pergi ke meja bulat di mana Bray berada. Zel yang keliru mengikuti Hana.

"Awat?" Zel berbisik.

"Pew pew. TV pecah," kata Hana ringkas, masih kekal tersengih.

"Huh?"

(...)

Skrin komputer memaparkan peta seluruh daerah terpapar di situ. Dahi Tuan Alex berkerut melihatnya.

"Apa yang kamu cuba nak sampaikan?"

Nero tunjukkan dua titik yang berkelip-kelip di peta itu. Satu titik terletak di kawasan perindustrian di tengah bandar, sementara satu lagi berada di hutan paya bakau berhampiran Pantai Sedili. Jarak antara kedua-dua titik itu adalah 10 kilometer.

'Saya cuba kesan mereka menggunakan maklumat yang tuan beri, dan ini hasilnya. Dua lokasi berbeza.'

Tuan Alex urut dagunya, berfikir.

"Apa cadangan awak, Nero?"

Tangan Nero bergerak lagi.

'Serbu mereka?'

Tuan Alex menggeleng. "Bagaimana kalau salah satu daripada kedua-dua titik itu ada kanak-kanak? Mereka tidak tahu apa-apa pasal ni."

'Tapi, sesuatu yang besar mungkin akan berlaku esok.'

"Mana awak tahu? Suka-suka hati saja agak masa depan."

'Sebab esok Jumaat. Ingat lagi maklumat yang Laily beritahu tuan semalam?'

Tuan Alex terus bungkam.

(...)

Andi dan Salleh merenung seseorang di meja bulat itu, lama. Mereka kemudian pandang Hana.

"Serius la," kata Salleh, menunding ke arah lelaki itu.

"Yep, serius." Hana angguk perlahan.

Andi ambil tempat di kerusi bersebelahan Bray. "Tapi, awak kata tak nak dia turut serta, sebab..."

"Ya, betul tu. Tapi, disebabkan satu insiden, saya benarkan dia join."

"Dan insiden itu adalah?" Salleh bertanya pula.

Komputer riba yang terpasang di atas meja dipusing menghadap Andi dan Salleh. Perisian VLC Player terpapar di skrin.

"Awak tengoklah video tu," kata Hana.

Salleh tekan butang play. Rakaman dashcam kereta sewaktu kemalangan van itu dimainkan. Selesai rakaman itu ditonton, mereka pandang semula Hana.

"Mana dapat?"

"Itu video dashcam kereta ibu saudara kitorang. Kitorang ada di tempat kejadian," kata Zel yang muncul membawa dulang berisi minuman yang dibeli di situ. Dulang itu diletakkan di atas meja, lalu Zel duduk di kerusi bersebelahan Hana. Minuman terus diedar kepada mereka yang memesan.

Hubung : 2 + 1 + 1(?)Where stories live. Discover now