11 (3)

115 12 1
                                    

Gadis itu berlari. Meredah kegelapan. Dia pegang perutnya. Darah mengalir dengan banyaknya dari luka yang besar di situ. Pakaiannya juga koyak rabak, tubuhnya luka di sana sini.

Dari kejauhan, dia nampak sebuah bangunan. Bangunan yang amat dia kenali. Alhamdulillah!

Sampai sahaja di pagar, dia terus rebah. Kebetulan pula, seorang remaja yang sedang duduk di tepi korodor luar, sedang melihat bintang di langit malam, ternampak gadis itu. Segera dia berlari menghampirinya.

"Mak Su?"

Remaja itu terus memanjat pagar, lalu terjun berhampiran gadis itu. Dia periksa nadi. Lemah.

"Mak Su, bertahan! Saya pergi minta bantuan!"

Lengan remaja itu tiba-tiba dipegang kuat gadis itu. Nafasnya tersekat-sekat.

"Mak Su... Dah tak boleh... Bertahan... Lagi..."

"Mak Su! Mengucap, Mak Su!" Remaja itu panik. "Tolong! Ada orang kena tikam!" Jerit remaja itu. Jeritan itu menarik perhatian beberapa orang di dalam bangunan itu. Beberapa orang berlari keluar, menghampiri remaja yang sedang mengajar gadis itu mengucap dua kalimah Syahadah.

Selesai sahaja dua kalimah syahadah, lengan gadis itu terus longlai. Jatuh ke atas tanah. Badan remaja itu terketar-ketar. Remaja itu pandang pula ke arah hutan. Kelihatan kelibat seorang lelaki dengan pisau berlumuran darah di tangannya, berdiri kaku di celahan pokok.

"Siapa tu?" Remaja itu menjerit ke arah lembaga itu. Lembaga itu pula menghilang dari pandangan.

Salah seorang dari mereka yang menghampiri remaja itu terus memeriksa keadaan gadis yang terkulai itu. Seketika kemudian, dia menggeleng lemah. Mata gadis yang separa terbuka itu ditutup dengan cara meraup wajahnya.

"Innalillahiwainnailaihirojiun..."

(...)

Hana berjalan keluar dari balai polis itu. Dia baru sahaja menghantar pemacu pena berisi video kemalangan itu. Disebabkan masing-masing sudah buntu dalam mencari jalan untuk mencari lelaki yang berada dalam video itu, mesyuarat mereka ditangguh ke keesokkan hari.

Mata Hana ralit melihat bangunan yang separuh rentung di hujung jalan. Pihak Bomba masih berada di situ, mencari punca kebakaran. Orang ramai berkumpul di hadapan bangunan itu, menunggu berita terkini.

"Tu la pusat tahfiz yang terbakar tu," kata Nina yang bersama mereka.

"Serius?"

Nina angguk. "Tak ramai pun tahu. Tapi, polis di sini tahulah, kot."

"Kot?" Hana dan Zel berkata serentak.

Nina hanya sengih. Jam di tangan dilihat.

"Nak pergi pasar malam tak? Tak jauh pun dari sini," kata Nina kemudiannya.

"Hm... Boleh juga. Pak Lang meniaga tak hari ini?"

"Tak rasanya. Tak nampak pun dia kemas alatan meniaga hari ini."

Mereka bertiga terus ke kereta yang diparkir di tempat letak kenderaan berhadapan bangunan balai polis itu.

Dari kejauhan, seorang lelaki Cina memerhatikan gelagat mereka sambil bercakap di telefon.

(...)

Suria meneliti beberapa helai kertas di atas meja. Rekod salah seorang pesakit yang diuruskannya. Kepalanya diurut dengan sebelah tangan. Sesekali nafasnya dihela lemah. Dia kemudian melihat ke arah foto berbingkai di atas meja itu. Foto dia bersama Laily.

Hubung : 2 + 1 + 1(?)Where stories live. Discover now