-9 Bulan Kemudian-
Zel merenung bungkusan yang baru sahaja diterima melalui kurier semasa dia mengemas barang untuk dibawa ke KST. Dibelek-belek kotak itu sepuasnya. Nama penghantar dibaca. Dari luar negara.
"Rasanya tak ada pun order apa-apa. Apa bendanya ni?"
Dia berjalan ke arah tingkap biliknya di tingkat atas. Tingkap daun itu dibuka luas, lalu dia melompat keluar, menjejak bumbung, membawa bungkusan itu bersamanya. Dengan berhati-hati dan pantas, dia berjalan ke arah tingkap bilik Hana - rumah mereka berdua sebelah menyebelah.
"Hana, awak ada tak di dalam?" Daun tingkap diketuk. Tidak lama kemudian, sebelah tingkap dibuka.
"Boleh tak jangan buat stail penjenayah? Boleh je kan datang macam orang biasa?" perli Hana.
"Ala. Nak tanya ni. Awak tahu apa-apa pasal ni?" Bungkusan di tangan ditunjukkan.
Lama Hana merenung nama penghantar. "Ah ya! Saya baru dapat surat tadi. Alamat rumah saya, tapi di belakang sampul tertulis, 'untuk minah brutal'."
Hana masuk ke dalam, diikuti Zel yang melompat dari tingkap. Hana sudah siap mengemas nampaknya, beg dan kotak bersusun kemas di tepi bilik. Surat di atas meja belajar diambil lalu diserahkan kepada Zel. Dengan segera Zel membaca surat itu.
"Oh?"
Bungkusan itu dibuka pula. Satu set lengkap pistol paintball jenama Tippmann TiPX model terbaru terserlah di hadapannya.
Anehnya Zel masih kekal wajah tanpa rasa.
"Eh? Ni kan..." Hana membaca surat itu pula.
"Hana."
"Hm?"
"Saya rasa macam nak smackdown je mambang jamban tu, sambil ucap terima kasih."
"Er... Smackdown? Tapi, dia dah ganti..."
"Ya. Sebab tu nak ucap terima kasih. Tapi... Nak smackdown juga. Manalah tahu dia guna duit sesiapa ke..."
Hana terus garu kepala.
"Er... Nanti saya tanya Bray ya..."
(...)
Laily duduk menghadap Tuan Alex di pejabat itu. Nero tiada bersamanya, dia ada hal penting untuk diuruskan, katanya. Lelaki bersut itu direnung sekilas, lalu dia meneliti dokumen yang diletakkan di hadapannya.
"Saya rasa, saya tak dimaklumkan langsung akan hal ini. Saya ingat dengan tertangkapnya dia, kami berdua dah tak ada kaitan dengan encik."
"Ya. Saya tahu. Tapi, ini bukannya ada kaitan dengan 'Nour Iman'."
Laily menggeleng perlahan.
"Saya minta maaf, tapi saya terpaksa menolak tawaran Encik ni."
Tuan Alex merapatkan kedua telapak tangannya, lalu diletakkan ke bawah dagu.
"Awak pasti?"
Laily angguk.
"Walaupun... Menurut Syeksen 174 Kanun Keseksaan, awak akan dipenjara kerana menolak tawaran ni?"
"Ya. Sebab saya sekarang dah terikat dengan perjanjian lain. Saya rasa Encik Alex pun dah tahu pasal tu."
Tuan Alex terdiam.
"Menurut perjanjian itu, saya tidak boleh berkhidmat dalam mana-mana agensi kerajaan mahupun swasta sepenuh masa, selama mana saya berada di situ. Jadi, kalau Encik Alex mahu juga penjarakan saya, Encik kena hadap pihak pengurusan tempat itu."
YOU ARE READING
Hubung : 2 + 1 + 1(?)
AdventureSeorang gadis yang kasar dan lasak, juga jaguh sukan paintball. Seorang gadis yang berupaya untuk 'nampak' fikiran orang lain melalui mata. Seorang remaja perempuan misteri, berpakaian serba hitam dengan selendang terlilit di leher, dan kerap muncul...