Sepi.
Darah mengalir di tangannya.
Ada sedikit luka di situ, namun bukan itu puncanya.
Matanya merenung mata kanan lelaki itu. Mata yang ditutup dengan sebelah tangan. Darah mengalir dengan banyaknya dari situ.
Bagaimana pisau belati itu boleh bergerak ke arah mata lelaki itu, dia sendiri tidak tahu. Yang pasti, dia seboleh mungkin mengelak tusukan yang dituju ke arahnya tadi.
Dengan segera dia bangun dari atas tanah, berjalan mengundur. Nafasnya kencang dek apa yang telah terjadi tadi. Mindanya bercelaru.
Undurannya terhenti apabila menyedari sesuatu di belakangnya. Dia terus berpusing ke belakang.
Lubang dipenuhi besi berada di situ.
"Mati kau, budak!"
Lelaki itu menghunus pisau belatinya, berlari ke arah remaja itu. Namun, sasarannya sempat mengelak, lalu dia tergelincir jatuh ke dalam lubang itu. Pisau itu terlepas dari genggaman lalu jatuh tercacak di atas tanah bersebelahan remaja itu.
"ARGH!"
(...)
Walid masuk ke dalam kawasan gudang, wajahnya tegang. Kedua-dua orang kanannya langsung tidak dapat dihubungi. Malah, keadaan gudang yang kosong itu menambahkan lagi rasa galau di hatinya.
"Misi 'Nour Iman' patutnya dah lancar. Tapi mengapa... Mengapa..."
Langkahnya terhenti sebaik sahaja dia masuk ke dalam gudang. Ada beberapa orang pengsan, bergelimpangan di atas lantai.
"Polis?" Dia berbisik perlahan. "Tak... Ini amatur sangat."
"Jangan bergerak!"
Zel muncul di celahan kotak-kotak dan kayu palet yang bersusun di sekitar gudang itu, senapang diacu tepat ke arah Walid. Hana kemudian muncul dari celahan kotak yang bertentangan dengan Zel. Kedua-dua mereka berjalan menghampiri Walid.
Walid tidak memberi sebaramg respon. Matanya merenung ke arah senapang yang dipegang Zel itu.
"Baik encik menyerah saja, 'pembunuh aksara'," kata Zel. "Melainkan encik tak sayang nyawa encik."
"Pembunuh... Aksara?" Walid bertanya tanpa emosi.
Hana berhenti melangkah. Dahinya terus berkerut. Zel yang menyedari kelakuan Hana turut berhenti melangkah.
"Hana, kenapa?" Zel berbisik.
"Memori dia... Tak seperti yang saya sangka..."
"Eh?"
"Walaupun bertahun sudah berlalu... Masih ada lagi yang tak dapat bezakan kami, ya?" Walid tiba-tiba berbicara.
"Nama saya Johan HAFEZ! Bukan Hariz!" Dia berkata dengan nada yang keras. "Kenapa ada lagi yang samakan saya dengan abang kembar saya tu?"
"A... Abang?" Zel terkesima. Dia pandang Hana. Hana hanya mengangguk perlahan.
"Hm... Sayang sungguh dia mati begitu sahaja. Kalau dia tak sibuk nak buat semua tu, mesti dia dah sertai saya," kata Johan Hafez perlahan. "Mati pun di tangan 'dia'..."
"Dia?" Hana terus bertanya. Matanya tidak lepas dari merenung mata Johan Hafez itu. Biasan imej seorang remaja serba hitam yang terbaring di atas tanah bersebelahan lubang besar kelihatan dengan jelas.
Kenapa macam... Kenal?
"Apa maksud kau, sertai kau? Kau tak maksudkan pasal nak bom Hotel Melati lagi, kan?"
YOU ARE READING
Hubung : 2 + 1 + 1(?)
AdventureSeorang gadis yang kasar dan lasak, juga jaguh sukan paintball. Seorang gadis yang berupaya untuk 'nampak' fikiran orang lain melalui mata. Seorang remaja perempuan misteri, berpakaian serba hitam dengan selendang terlilit di leher, dan kerap muncul...