Tak masuk akal.
Alasan itu tak masuk akal.
Hanya kerana sebahagian, terus dihukum semua.
Remaja itu tunduk merenung tanah, hela nafas, seboleh mungkin menahan marah yang membuak. Dia kemudian memandang ke arah lelaki yang berada di hadapannya itu.
"Kenapa beritahu semua ini kepada saya?"
"Sebab kamu bertanya, wahai adik manis."
Remaja itu senyum. "Lebih baik abang serah diri pada polis saja."
"Kalau tak nak?"
"Saya akan serahkan bukti ini kepada polis." Pen di saku ditunjuk. "Segala pengakuan abang ada dalam ini. Semuanya akan terbongkar. Nasib semua mangsa abang akan terbela."
Lelaki itu ketawa. Tawanya sungguh menyeramkan hingga menyebabkan remaja itu terpinga-pinga.
"Kalau adik sempat keluar dari sini."
Sekelip mata sahaja dia berada di belakang remaja itu, sebilah pisau belati dihunus tepat ke batang lehernya.
"Lagipun... Nama panggilan adik mula dari huruf L, kan?"
"Cis!"
Serentak dengan itu, remaja itu menghentak kakinya tepat mengenai kaki lelaki itu. Lelaki itu terundur sedikit, menahan sakit. Dengan pantas remaja itu menerajang perut lelaki itu sepenuh tenaga, menyebabkan dia jatuh terduduk. Dia cuba melarikan diri, namun tersungkur dek kakinya dipegang kemas lelaki tersebut.
"Selamat jalan!"
Pisau belati diayun tinggi.
(...)
Puan Ariana mundar mandir di lobi Sedili Waterfront. Sejak sampai di KLIA, jiwanya gundah. Lebih-lebih lagi anak tunggalnya gagal dihubungi sejak dia sampai di situ.
"Kakak, dapat contact Adik tak?" Puan Fauziah bertanya pula. Shila menggeleng.
"Masuk voicemail," rungut Shila. "Apahal susah nak contact dia ni? Selalu angkat je telefon."
Tiba-tiba telefon Shila berbunyi. Segera dijawab panggilan itu apabila nama 'Adik' terpapar di skrin.
"Ha, baru nak angkat? Kau dengan kawan kau merayau ke mana?"
Jawapan di hujung talian menyebabkan Shila tergamam.
(...)
Pintu bilik rawatan terbuka. Seorang belia lelaki melangkah keluar dari situ, memegang balutan di bahagian atas siku lengan kanannya. Dia kemudian berjalan ke arah seorang lagi belia yang baru sahaja selesai berbual di telefon.
"Lengan tu okey tak?"
"Hm. Calar sikit je."
"Calar sikit je? Sikit je kau cakap? Sampai berdarah tu kau kata sikit?"
Belia itu bungkam. Balutan itu diteliti untuk kesekian kalinya.
"Bagus benar timing kau datang, Malik. Dah macam tengok cerita kungfu," kata belia di sebelahnya itu sambil sengih.
"Ceh. Aku tak belajar kungfu la, Salleh."
Salleh terus sengih.
Insiden di paya tadi memang agak mengagumkan dan janggal bila difikirkan balik. Untuk pertama kali, tebusan mengerjakan penculiknya sampai lunyai secara langsung di hadapan sepasukan polis lengkap bersenjata. Si penculik siap masuk wad kecemasan lagi kerana cedera teruk. Si tebusan pula cuma calar dek terkena sipi peluru pistol milik si penculik.
YOU ARE READING
Hubung : 2 + 1 + 1(?)
AdventureSeorang gadis yang kasar dan lasak, juga jaguh sukan paintball. Seorang gadis yang berupaya untuk 'nampak' fikiran orang lain melalui mata. Seorang remaja perempuan misteri, berpakaian serba hitam dengan selendang terlilit di leher, dan kerap muncul...