12 (4)

105 9 6
                                    

Sebuah kotak dibawa Nero ke tempat bertugasnya menggunakan troli. Di dalamnya terkandung sesuatu yang amat diperlukannya - sistem MESMER. Dia perlu periksa sesuatu sebelum menjalankan rancangannya.

Mujur juga dia dapat pengesahan dari Tuan Alex. Cuma, seorang pegawainya akan menemani Nero sewaktu menggunakan alatan itu. Maklumlah, teknologi ini agak baru di negara ini. Dia pula seorang penggodam 'black cap'. Memang mengundang syak wasangka jika dia dilihat menggunakan alat itu tanpa pantauan.

Langkahnya terhenti apabila menyedari seseorang sedang berdiri di pintu, sedang menunggunya.

Laily.

(...)

Bray merenung ke arah langit di luar hotel, waspada dengan apa yang berada di sekitarnya. Sesekali langkah dibuka, berjalan seketika, mencari sesuatu.

"Boleh nampak ke di sini?"

Dia masuk ke dalam hotel, menuju ke arah kaunter, ingin bertanya jikalau dia boleh naik ke bumbung bangunan. Mungkin boleh lihat dengan lebih luas jika dipantau dari situ.

Dari kejauhan, sesuatu yang bersaiz kecil, berwarna putih, dengan dua biji bulu tangkis dengan bahagian kepalanya diubahsuai terpasang di kakinya, sedang terapung-apung di langit.

(...)

Zel tersedar dari pengsan. Matanya membulat apabila menyedari yang dia kini terikat dalam balutan kain, tergantung di atas longgokan kotak. Dia cuba meronta, namun gagal.

Dia toleh ke arah kanannya. Ada seorang lelaki di sebelahnya, juga dalam keadaan yang sama. Diam sahaja, bagaikan tertidur.

"Psst! Woi, bangunlah!"

Lelaki itu angkat kepalanya. Tercari-cari siapa empunya suara. Dia sedikit terkejut melihat Zel tergantung di sebelahnya.

"Apa awak buat di sini?" Dia terus bertanya dek terkejut.

"Cari kaulah! Kau tu pula, kenapa ada di sini pulak?"

Dia membisu. Kepalanya tunduk. Zel hanya menggeleng perlahan. Nafasnya dihela lemah.

"Kau datang sini, seorang je ke?" Zel bertanya lagi.

Lelaki itu mengangguk. "Awak?"

Zel terdiam. Baru dia teringatkan Hana. Dia cuba meronta lagi, melepaskan diri, namun gagal.

"Kita kena juga keluar dari sini. Bak kata Hana, ada perkara buruk akan berlaku. Tadi ada jumpa peta. Dan, semuanya tak terhenti pada hari ini saja!"

"Apa akan jadi hari ini? Ada kaitan dengan Johan Hariz ke?"

Zel pandang lelaki itu. Lama. Dia kemudian hela nafas.

"Tak pasti... Tapi, kita kena halang dia. Tak kiralah apa cara sekalipun."

"Nak halang macam mana, ya? Kita berdua tergantung di sini," kata lelaki itu sambil merengus. "Dahlah pistol tu pun dah kena ambil. Baru guna sekali," sambungnya dengan nada perlahan

Dia pandang Zel. Terkedu apabila menyedari Zel merenungnya dengan pandangan membunuh.

"Pistol? Guna sekali?"

"Er..."

"Kau bukan Syam, kan?"

Lelaki itu sengih janggal.

Zel tiba-tiba mengayunkan badan yang terikat kain itu, melanggar batang tubuh lelaki itu dengan keras. Lelaki itu mengaduh, impak langgaran itu. Tubuh mereka berdua terayun-ayun. Sesekali badan masing-masing berlaga dek ayunan kuat itu.

Hubung : 2 + 1 + 1(?)Where stories live. Discover now