16 (1)

112 8 3
                                    

Sabtu. Hari yang dingin. Hujan renyai baru sahaja berhenti. Majlis tahlil ringkas untuk nenek Hana dan Zel, juga kakak Nina, berjalan lancar. Unik sedikit kerana diadakan pada waktu pagi. Jam 10, secara spesifik.

Sekarang ini, para tetamu sedang menjamu selera dengan menu ringkas. Mi sup, buah tembikai potong, kuih muih - termasuk tart keju blueberry yang dibuat Hana - dan minuman panas. Hana dan Zel serta wanita-wanita yang lebih berusia sama-sama sibuk memastikan hidangan mencukupi untuk semua tetamu yang hadir. Nina pula masih belum baik dari demam disebabkan terkejut dengan kejadian semalam.

"Terima kasih Hana, Zel, sebab jemput kami," kata Salleh yang memakai baju melayu berwarna amber. Andi yang mengenakan kurta berwarna hijau di sebelah mengangguk, mengiakan kata-kata Salleh itu.

"Terima kasih juga sebab sudi hadir. Dah nak gerak balik KST ke ni?" Hana bertanya. Dia baru sahaja selesai mengisi semula bekas berisi air teh yang sudah kosong.

"Petang sikit kot. Sebab kejap lagi Andi ni nak jalan-jalan. Yalah, mak dia kan baru balik melancong kat oversea."

"Dah besar panjang pun berkepit dengan mak lagi?" Perli Zel yang selesai mengisi semula tray berisi tembikai potong.

"Ala. Biarlah!" Andi membidas. Hana dan Salleh sama-sama ketawa kecil.

"Kau tahu, ni la satu benda yang samakan kau dengan Malik. Dua-dua anak mak," kata Salleh selamba. Andi terus mencebik.

"Tapi, technically speaking, kau berdua orang yang sama, jadi..." Salleh garu kepala. "Tak hairan pun kalau ada benda yang sama kan."

Riak wajah Andi terus berubah. Dia menoleh sekeliling sebelum pandang Salleh. "Selamba benar cakap macam tu kat sini kan?" Andi berkata kesal. "Kalau orang lain dengar, macam mana?"

"Well, setakat ni tak ada orang datang sini nak refill makanan pun. Lagipun bukannya cakap kuat pun. Kita berempat di sini je yang dengar."

Andi terus buat muka menyampah. Salleh sekadar sengih.

Encik Ayoub menghampiri Salleh lalu menepuk bahunya. "Jom Salleh, kita balik hotel. Andi, jom."

"Okey, Papa," kata Salleh. Andi pula mengangguk. "Hana, Zel, kami gerak dulu ya!"

"Okey. Baik-baik jalan tu!"

"Okey. Jumpa nanti di KST!"

Salleh dan Andi beredar meninggalkan rumah itu, mengikut Encik Ayoub. Suria muncul seketika kemudian, saling bersalaman dengan setiap wanita di dalam rumah itu, meminta diri.

"Suria, awalnya balik," kata Puan Zaidah. Hana terus menoleh ke arah Suria yang berada tidak jauh darinya.

"Kena juga balik, Acik Zaidah. Laily tak sihat di rumah tu. Risau pula tinggalkan dia lama-lama," kata Suria sambil senyum.

Hm... Samalah dengan anak Acik. Dia pun tak sihat. Tu yang tak tunjuk muka tu. Yalah, cuaca tak menentu kan."

"Oh, yakah? Patutlah tak nampak Nina tadi. Saya balik dulu ya, Acik Zaidah. Assalamualaikum."

"Waalaikumussalam."

Suria turut keluar dari perkarangan rumah, menuju ke rumahnya dengan segera. Hana yang memerhati sejak tadi hanya membisu.

(...)

Plaza Iskandar, sebuah pusat membeli belah berhampiran Hospital Seri Ibrahim dipenuhi pelanggan seperti biasa. Pusat membeli belah itu selalu menjadi tumpuan komuniti setempat yang mahukan tempat istirahat komuniti, pusat perkhidmatan agensi kerajaan setempat dan tempat beli belah dengan harga berpatutan, semuanya di tempat yang sama. Taman bunga yang indah, taman permainan mesra kanak-kanak dan OKU, kaunter-kaunter milik organisasi kerajaan yang dibuka setiap hari dan kedai-kedai aneka barangan wujud secara simbiosis di situ.

Syam bersama Bray berjalan masuk ke dalam pusat membeli belah itu. Wajah Syam masih kelihatan kelam. Rasa bersalah masih menyelubungi.

"Dahlah tu, Syam. Mak kau pun akan discharge tak lama lagi. Cheer up, okay?"

Syam hanya mengangguk perlahan.

Langkah mereka terhenti apabila mereka ternampak seorang lelaki yang dikenali mereka, sedang bersembunyi di sebalik pokok bersebalahan tiang, sedang memerhatikan dua orang manusia yang sedang duduk di kafe tidak jauh di hadapan. Dengan segera Bray menghampiri lelaki itu.

"Salleh, mengendap apa tu?" Bray bertanya seraya bahu lelaki itu ditepuk. Terlompat kecil lelaki itu dibuatnya.

"Lah, kau rupanya, Bray! Terkejut aku."

"Yalah, aku. Yang kau ni, kenapa menyorok belakang pokok? Tengok apa tu?"

"Er..." Salleh garu kepala. "Aku tengok orang dating."

"Siapa dating?" Bray terus melihat ke arah Salleh mengendap tadi. "Eh, Andi?"

Mendengar nama Andi disebut, Syam turut sama mengendap di sebalik pokok bersama-sama Bray dan Salleh.

"Tu girlfriend dia ke? Kenapa nampak macam tua sikit dari kita?" Bray berbisik.

"Dia tak pernah cakap pun dia ada girlfriend," kata Syam pula.

"Bila masa aku cakap dia ada girlfriend?" Salleh membidas.

"Dah tu, siapa perempuan yang bersama Andi tu?"

"Tu mak dia."

Syam dan Bray terus renung tajam Salleh. Masing-masing terasa diperbodohkan.

"Kenapa aku rasa macam nak pukul kau je sekarang ni?" Bray menggumam geram. Salleh hanya sengih.

"Tapi mak dia nampak muda. Tak pelik pun kalau orang lain salah anggap yang dia tu girlfriend Andi," kata Syam sambil memerhatikan gelagat Andi bersama ibunya itu.

"Kan? Masa sekolah dulu pun tersebar khabar angin yang dia couple dengan akak mana entah. Padahal makan dengan mak sendiri di kedai mamak. Kelakar pula bila ingatkan balik," kata Salleh sambil tertawa kecil.

"Tragis sangat tak kenal mak kawan sendiri."

Salleh mengangguk. "Tapi tak hairan pun kalau gosip tu tersebar. Cuba tengok macam mana Andi layan mak dia."

Ketiga-tiga lelaki itu memerhatikan gelagat Andi yang melayan ibunya dengan sangat baik. Mesra. Siap bergelak ketawa lagi. Sekali pandang macam pasangan kekasih pula.

"Peh... Kalau macam ni dia layan mak dia, agak-agak macam mana dia layan isteri dia ya?" Bray berbisik, kagum dengan apa yang dilihatnya.

"Isteri? Jauh sangat fikir tu!" Salleh tertawa kecil.

"Sebab tu la kau mengendap mereka, ya?"

"Betul. Kalau ada kamera, dah rakam pun."

Bray tertawa kecil mendengar respon Salleh itu.

Syam hanya membisu. Rasa bersalah yang teramat timbul semula dek teringatkan ibunya yang masih ditahan di wad.

Hubung : 2 + 1 + 1(?)Where stories live. Discover now