16 (2)

112 11 1
                                    

'🎼Demi matahari, dan sinarnya di pagi hari,
Demi bulan apabila ia mengiringi.
Demi siang hari, bila menampakkan dirinya,
Demi malam, apabila ia menutupi.

Demi langit berserta seluruh binaannya,
Demi bumi serta yang ada di hamparannya,
Demi jiwa dan seluruh penyempurnaannya~🎵'

Suria menggeleng perlahan apabila mendengar lagu yang sayup kedengaran dari bilik Laily sewaktu masuk ke rumah. Dari sejam sebelum dia ke majlis tahlil, lagu itu sahaja yang dimainkan. Berulang kali, tanpa jemu.

Pintu diketuk, Suria menjengah masuk. Laily hanya duduk termenung di atas kerusi, telefon bimbit di sisinya mengulang main lagu 'Demi Matahari' oleh kumpulan Snada untuk kesekian kalinya. Tangannya meramas sebiji stress ball berwarna perak berkilat dan permukaannya bergerigi beberapa kali.

"Laily?"

Sepi. Tiada jawapan.

"Laily dah makan?"

Hanya anggukan sebagai jawapan. Tiada suara yang keluar. Malah posisinya tidak berubah langsung.

"Kak Su nak ke Plaza Iskandar, beli barang dapur sikit. Nak ikut?"

Senyap.

"Kalau nak ikut, cepat bersiap. Akak nak ke tandas ni. Lepas tu terus gerak."

Masih senyap. Suria hela nafas. Dia kemudian berjalan ke tandas. Seusai urusannya, dia ke bilik Laily, memeriksa keadaannya.

Laily tiada di situ. Malah biliknya gelap.

"Eh?"

Dia kemudian berjalan ke arah pintu utama, melihat ke arah kereta yang diparkir di situ. Laily, sudah siap berpakaian lengkap, duduk diam di tempat duduk sebelah pemandu.

Suria hanya sengih. "Lajunya. Ingatkan tak nak ikut," bisiknya perlahan.

(...)

"Mak awak okey saja, kan?"

Syam mengangguk.

"Syukurlah."

Senyum tawar terukir.

Ketiga-tiga lelaki itu berjalan-jalan di sekitar kawasan Plaza Iskandar yang luas itu selepas penat mengendap Andi tadi. Sepanjang mereka berjalan di situ, Salleh mendapat tahu akan hal ibu Syam dimasukkan ke hospital semalam. Terkejut juga Salleh dibuatnya bila mengetahui yang ibu Syam sedang sarat mengandung. Bila-bila masa saja akan bersalin.

"Mesti seronok kan, sebab tak lama lagi dapat adik baru," kata Salleh lagi.

Langkah Syam terhenti seketika. Senyuman itu tiba-tiba mati. Salleh dan Bray turut berhenti seketika kemudian.

Er... Salah cakap ke? Salleh termagu-magu seketika melihat reaksi Syam itu.

"Dia tak nak adik," bisik Bray ke telinga Salleh.

"La. Kenapa? Seronok apa ada adik?" Salleh terus kehairanan.

"Nanti... Mama dan Papa sayang baby je," kata Syam sayu.

Salleh terus garu kepala. "Tu saja sebabnya?"

"Hm..." Syam terus tundukkan kepala. Salleh terus menyilangkan tangannya.

"Macam budak-budak la awak ni. Dengan adik baru pun cemburu ke? Orang lain nak adik tapi tak dapat-dapat. Awak pula..."

"Awak tak faham."

"Ya, memang la tak faham. Kalau saya, saya suka je dapat adik baru. Yalah, dulu saya pun ada adik juga. Dua orang lagi. Tapi, mereka tengah duduk di Syurga la, tak ada peluang nak bergurau senda lagi dah," kata Salleh dengan nada sayu.

Hubung : 2 + 1 + 1(?)Where stories live. Discover now