17 (1)

130 11 5
                                    

"Nah, ini dia buku yang cikpuan tempah dua minggu lepas. 'The Lucifer Effect' oleh Philip Zimbardo."

Laily membelek-belek seketika buku tersebut. Isi dalamannya diperiksa sekilas di hadapan juruwang 'BookXpress' itu. Setelah berpuas hati, dia membayar harga buku itu.

"Terima kasih. Sila datang lagi!"

"Terima kasih juga," kata Laily sambil senyum.

Beg silang dibuka, mahu menyimpan buku itu. Namun, buku itu tidak dapat masuk sepenuhnya dek kewujudan stress ball yang dibawa bersama. Jadi, dia keluarkan bola itu, menyimpan buku itu di dalam beg lalu berjalan keluar. Bola itu dipegang di tangannya. Dengan tenang dia melangkah keluar dari kedai buku itu.

Tiba-tiba sahaja, terasa ada daya menolaknya jatuh ke atas lantai. Lantas dia jatuh terduduk. Bola itu pula tercampak, lalu jatuh di atas kepala seorang lelaki yang sudah tertiarap tidak jauh darinya.

(...)

"Aduh..."

Dengan perlahan, Syam duduk di atas lantai. Matanya tertancap ke arah bola yang jatuh di atas kepalanya tadi. Bersaiz besar sedikit dari sebiji bola tenis dengan permukaan bergerigi, bola perak itu adalah bola paling cantik di matanya. Berkilauan bola itu terkena cahaya lampu kalimantang.

Dengan segera dia mencapai bola itu.

"Er... Itu saya punya."

Dia menoleh ke belakang. Laily sudah berdiri, tangannya menunding ke arah bola di tangan Syam itu.

"Eh? Ni saya punya la! Saya jumpa dulu!"

Laily terus turunkan tangannya serta-merta. Blur seketika mendengar kata-kata Syam itu. Matanya kemudian merenung Syam. Lama.

Ada benda tak kena, tapi apa? Laily berfikir sejenak. Baiklah...

"Ye ke awak jumpa dulu?" Laily terus mendekati Syam sambil senyum misteri.

"Yalah! Eh?" Syam terkedu seketika apabila menyedari bola tadi tiada di genggamannya. "Mana bola tu?"

"Di sini."

Laily menunjukkan bola perak itu di genggaman tangan kanannya. Bila masa entah bola itu berpindah tangan.

"Cuba ambil dari saya kalau nak bola ni, dalam masa 3 minit," kata Laily lagi, masih kekal senyuman misterinya. Dengan perlahan dia berundur ke belakang, dilambung-lambung bola itu ke udara.

(...)

"Di mana, Andi?" Salleh bertanya sambil berlari menuju ke arah eskalator berhampiran.

"Depan kedai buku tingkat bawah, sejalan dengan tandas."

"Okey."

"Er... Cepat sikit ya. Makin ramai orang berkumpul di sini."

"Eh? Kenapa?"

Salleh berhenti berlari, lehernya dipanjangkan dari tepi koridor tingkat satu berhampiran eskalator. Dari situ, dia nampak Andi yang masih berdiri berhampiran tandas. Dahinya berkerut melihat longgokan manusia di hujung koridor di mana Andi berdiri itu.

"Apa halnya tu?" Zel tiba-tiba menegur, penat berlari.

(...)

Bray tarik nafas lega sebaik sahaja kelibat seseorang muncul di pintu masuk utama Plaza Iskandar. Lelaki itu mengesat peluhnya. Penat bergegas dari Dewan Persada ke situ. Sudahlah jalan sesak. Mujurlah Ash bersetuju tolong tengok-tengokkan reruai.

Hubung : 2 + 1 + 1(?)Where stories live. Discover now