Extra : Just (Du-it) - 4

171 10 3
                                    

Azan Isyak kedengaran dari surau yang terletak di hujung pantai itu. Salleh yang keluar dari tandas bertembung dengan seorang kanak-kanak berjubah dan berserban yang juga mahu keluar dari situ. Tabung dengan label 'Institut Tahfiz Nour Mina' kelihatan di pinggang.

"Adik, boleh abang tanya sikit?"

Kanak-kanak itu mengangguk. "Abang nak tanya apa?"

"Tu," tangan Salleh menunding ke arah tabung di pinggang budak itu. "Best tak belajar sana?"

"Er..." Kanak-kanak itu serba-salah.

"Kenapa?"

Tiba-tiba sahaja tangan kanak-kanak itu direntap seseorang. Lelaki bertubuh sasa itu kemudian merenung tajam Salleh yang masih berdiri di hadapan tandas.

"Kau tanya apa pada budak ni?" Dia menyoal garang. Salleh terus membisu. Terkejut dengan kemunculan lelaki itu.

"Mari!" Lelaki itu beredar dari situ, mengheret kanak-kanak itu bersamanya. Hampir terjatuh kanak-kanak itu dek tarikan kasar lelaki itu.

Salleh kaku di situ, tidak tahu apa yang patut dilakukannya. Telefonnya tiba-tiba berdering. Dia melihat nama yang terpapar di skrin.

Hana.

(...)

"Er... Syam, dari mana kau dapat benda tu?"

Bray menunding ke arah keyboard Yamaha Piaggero NP32 yang siap dipasang tidak jauh dari mereka.

"Pinjam."

"Tahu main ke?" Andi bertanya pula.

"Tahu." Sebungkus sandwic telur diambil lalu dimakan. "Whoa... Sedapnya! Patutlah laku! Nak lagi boleh tak?"

Sekejap sahaja sandwic itu habis dimakan. Sebungkus sandwic sardin diambil pula lalu dimakan dengan lahap. Bray dan Andi saling berpandangan.

"Bukan dia dah makan ke tadi?" Andi berbisik, hairan.

Bray angguk. "Maknanya..."

Di saat tangan Syam menyentuh bungkusan sandwic ketiga, tangannya ditepis Bray. Badannya kemudian ditolak ke belakang.

"Kau buat apa di sini, Aron?"

"Oh? Kau dapat cam?" Senyum sinis terukir. "Aku baru je nak test lakonan aku."

(...)

Salleh berlari-lari anak sebelum berhenti tidak jauh dari situ. Di wajahnya terpamer kehairanan dek melihat tiga kawannya sedang bergolek di atas pasir pantai.

"Dah kenapa mereka ni? Ingat cerita Hindustan ke?"

Dengan segera dia berlari ke arah mereka. Badan Syam terlentang di atas pasir, badannya terkunci dek ditahan Andi dan Bray yang juga terbaring di atas pasir. Aron cuba meronta, melepaskan diri dari pautan dua lelaki itu.

"Salleh, tolong selamatkan sandwic tu semua! Ada mambang datang!" Bray berkata, cuba menahan Aron dari terlepas.

"Mambang?" Salleh kabur seketika.

"Alah. 'Pistol' la," kata Andi pula.

"Oh. Okey."

Namun, belum sempat mereka berbuat apa-apa, pegangan Andi dan Bray terlepas. Tahu-tahu sahaja Aron sudah berada di meja batu itu. Tangannya mencapai sebungkus sandwic telur.

"Aip." Sandwic tiba-tiba bertukar tangan. "Dah. Jangan makan lagi. Ni barang berniaga," kata Salleh sambil meletakkan kembali sandwic di atas meja itu.

Hubung : 2 + 1 + 1(?)Where stories live. Discover now