RINKepala aku rasa sakit. Tangan aku pun. Apa yang dah jadi? Kenapa aku rasa macam aku dah lama tak menjenguk dunia luar? Aku dekat mana ni?
'Rin bangun Rin' Suara yang amat aku kenali tetapi aku tak ingat siapa. 'Rin bangun lah' Lagi sekali suara yang aku pernah dengar tetapi aku tak ingat siapa
Kenapa aku rasa aku sudah hilang ingatan? Aku tak ingat apa apa. Aku merasa kepala aku. Berbalut. Tangan kanan aku juga bersimen. Apa sebenarnya yang telah terjadi?
JHOPE
'Rin bangun Rin' Kata aku. Rin sudah hampir 2 bulan koma di hospital selepas kemalangan yang teruk. Kepalanya retak dan dia ada gegaran otak. Tangannya juga patah
Aku sebagai abangnya sangat sedih. Hari hari aku tunggu adik aku bangun dari koma dia. Aku pernah rasa kehilangan. Orang yang paling aku sayang telah pergi buat selama lamanya.
Ibu ayah aku telah pergi menghadapnya. Mereka tidak akan datang balik dekat aku dengan adik aku. Aku rindu dia orang. Aku harap aku tidak merasa saat kehilangan buat kali kedua. Aku hanya ada adik aku sahaja sekarang sebagai keluarga paling rapat.
Aku lihat Rin sudah bergerak gerak. Dia memegang kepalanya. Kesian aku melihat dia. Dia sedang kesakitan. Aku tidak mampu menolong apa apa. Aku bangun daripada kerusi di sebelah katil lalu menghadap Rin
'Rin, dah bangun? Sakit lagi?' Tanya aku. 'Kau siapa?' 'Aku Jhope, abang kau. Aku tahu kau tak akan ingat aku. Doktor kau dah bagitahu aku, kau hilang ingatan tetapi kau boleh pulih balik sikit demi sikit'
2 bulan yang lalu
'Awak Jung HoSeok? Penjaga Jung HeoRin?' Kata doktor sambil menuju ke arah aku. 'Ye saya, doktor macam mana keadaan adik saya?' Aku gelisah menanti jawapan doktor
'Dia di tahap yang kritikal sekarang. Tempurung kepalanya retak dan mengambil masa untuk pulih daripada pembedahan. Tangannya juga patah akibat hentakan yang kuat' Panjang penjelasannya
Aku terus terduduk. Doktor segera mendirikan aku semula. 'Awak jangan risau. Adik awak akan pulih seperti biasa cuma dia sekarang berada dalam keadaan koma'
Lagi aku terkejut sehingga air mata aku turun berderai. 'Apa lagi sakit dia doktor?' 'Adik awak kemungkinan akan hilang sesetengah daripada memori jangka lampau dia. Akan tetapi dia boleh pulih seperti biasa dengan bantuan orang disekelilingnya.
'Terima kasih doktor' Kata aku sambil menyalam tangannya. Aku menangis teresak esak selepas doktor yang merawat adik aku berlalu pergi. 'Kenapa mesti adik aku yang kena semua bala ni? Kenapa kau tak bagi aku kenapa mesti Rin?'
RIN
Siapa mamat ni? Kenapa cara dia macam dia kenal aku? Dia kata dia abang aku? Aku ada abang? Kenapa aku tak tahu? Dia nangis? Aku ada buat salah apa apa ke dekat dia sebelum ini?
'Awak kenapa nangis?' Tanya aku. Selepas dia mendengar suara aku dia terus mengelap air matanya. 'Kenapa panggil awak? Kenapa tak panggil abang? Kau adik aku' Kata dia
'Aku mintak maaf tapi aku tak ingat apa apa. Betul ke kau abang aku?'Kata aku lagi. Tiba tiba handphone Jhope berdering menandakan ada panggilan masuk
'Hello'
'...'
'Rin dah sedar dah. Cepat lah datang sini'
'...'
'Tingkat 6, wad 6B'
'...'
'Okay'
Jhope mematikan panggilan. 'Sampai mana tadi?' Katanya 'Aku tanya kau, betul ke kau abang aku?' Aku mengulang soalan
'Betul Rin. Kalau tak kenapa aku je yang ada dekat sini sekarang?' Jawabnya. Aku masih tidak percaya. Yelah orang zaman sekarang suka mengambil kesempatan di dalam kesempitan dekat orang macam aku. Nak nak yang hilang ingatan macam aku
'Kau tak percaya?' Katanya kemudian dia mengeluarkan kembali handphonenya yang disimpan di dalam poket seluar. Dia mencari sesuatu. 'Nah tengok ni' Katanya lagi
Oh video. Aku melihat video yang ditunjukkan. Aku lihat seorang perempuan sedang memotong kek hari jadi di atas meja. Muka perempuan tu macam aku. Tiba tiba seorang lelaki datang menghampirinya lalu mengusap kepala perempuan itu
Muka lelaki itu tidak lain tidak bukan seperti muka lelaki yang mengaku dirinya abang aku yang sedang berdiri di sebelah aku ketika ini.
'Ni masa birthday kau dua tahun yang lepas. Aku belikan kau kek coklat. Kau suka sangat sampai sepanjang hari tu kau senyum. Kau tak habis habis cakap thank you dekat aku sebab aku bagi kau kek dengan hadiah masa tu'
'Sekarang tak percaya lagi?' Aku menggeleng tanda aku tidak percaya. Dia segera menunjukkan sesuatu yang lain. Kali ini dia menujukkan gambar 'kami' sedang bercuti.
Betul lah. Aku rasa dia abang aku. Sudah lah Rin, jangan syak apa apa lagi dekat dia. Dia memang abang kau. Jhope segera menyimpan handphone kembali lalu menoleh melihat ke arahku.
Aku memandangnya dengan wajah yang sayu. Kesian abang aku. Lama dia tunggu aku bangun. Rambutnya juga tidak terurus. Tanpa berkata banyak aku segera memeluknya dengan erat.
'Abang, aku minta maaf. aku tak boleh nak ingat kau macam selalu. Aku minta maaf sangat sangat' Aku menangis. 'Tak apa Rin. Aku faham keadaan kau. Lama lama nanti kau ingatlah dekat aku' Jhope melepaskan pelukan
Tiba tiba ada seseorang mengetuk pintu lalu masuk kedalam wad aku. Siapa dia? Look familiar. Tak akan dia abang aku jugak? Abang aku ada berapa sebenarnya. Eh betul ke dia abang aku? Tak akan lah
'Hai Rin' Dia menyapa aku. Aku hanya mengangguk. Jhope segera membisik ke arahnya tentang sesuatu. 'Oh i see' Kata lelaki tersebut. 'Rin, aku Suga kawan abang kau. Aku pun kawan kau jugak'
Fuh nasib baik dia bukan abang aku. Suga? Macam pernah dengar. Asal dia hipster sangat ni? Pergi hospital je. Tapi rambut dia smart, biru. My favourite