RINHari demi hari akhirnya kaki aku pulih macam biasa. Cuma aku masih jalan terhincut hincut. Aku sekarang dah tak berani nak face to face dengan Taehyung. Dia tengking aku.
Flashback;
Aku jalan nak turun ke bawah nak tengok tv. Aku turun dekat tangga slow slow lah kan sebab kaki aku masih sakit. Time aku nak turun tiba tiba Taehyung nak naik. Aku ke tepi lah sikit bagi dia jalan.
'Tepi lah bodoh, kau tak nampak ke aku nak naik ni?' Dia marah aku. Aku sabar lagi. Yelah aku sakit sakit ni memang malas nak bertikam lidah. Lepas aku tengok tv aku pergi dapur.
Aku lapar so aku nak masak ramen. Time aku dah siap masak tu aku nak letak ramen dekat mangkuk lepastu periuk tu terbalik. Habis tumpah semua. Kebetulan lagi sekali Taehyung masuk dapur. Dia apa lagi terus maki aku lah.
'Hoi perempuan kau kalau tak tau nak masak tak payah lah masak! Duduk je lah diam diam. Tunggu abang kau balik. Ni dah bersepah macam gini kau nak bersihkan ke? Kalau kau bersihkan pun alamak bersemut lah dapur aku. Why? Sebab kau semua benda tak reti nak buat.'
'Menyusahkan betul lah kau ni perempuan. Tak pernah nak reda kan stress aku. Ada je yang kau nak buat' Lepas dia maki aku tu, dia tarik tangan aku dari dapur sampai ruang tamu. 'Kau jangan berani berani nak bagitahu Jhope yang aku maki kau. Kalau aku dapat tahu yang kau bagitahu dia, aku rogol kau sampai mampus. Faham?!'
Dia tunjal kepala aku. Dia buat aku macam aku ni haiwan perliharaan dia. Aku pun ada perasaan.
Sejak hari tu aku diam je dekat rumah time Jhope pergi kerja. Makan sarapan or lunch pun aku tak turun. Aku takut. Dan aku tak bagitahu Jhope pasal ni, nanti Jhope marah Taehyung lagi teruk dari dia marah aku. Aku masih baik lagi so aku tak sanggup nak tengok Jhope naik angin.
JHOPE
Aku langsung tak buat kerja. Aku asyik fikir je kenapa Rin dah kurus sekarang. Dia diet ke? Ke Taehyung tak bagi dia makan masa aku kerja? Pipi adik aku dah cengkung. Tak boleh jadi ni nanti dia tak comel aku tak dapat adik ipar kang.
Aku segera menghabiskan kerja dan pulang awal. Sebelum tu aku pergi beli kimchi lobak merah kegemaran Rin. Aku beli banyak biar dia makan banyak cepat gemuk balik. Aku beli ayam golek juga. Aku beli seekor untuk Rin.
Sampai sahaja di rumah aku lihat Taehyung tengah tengok tv. 'Rin mana?' 'Dekat atas' 'Panggil dia kejap' 'K' Taehyung segera naik ke atas.
RIN
'Abang kau panggil' Kata Taehyung lalu menghilangkan diri. Mesti dia lemas sebab abang aku asyik suruh dia je even dia owner rumah ni. Apa garang sangat ke abang aku? Aku tak pernah tengok dia naik angin.
Tanpa berlengah aku segera turun kebawah. 'Abang' 'Sini kat dapur!' Jerit Jhope. Aku segera memcepatkan langkah menuju ke dapur. Sampai je dekat dapur aku nampak meja penuh dengan makanan.
Aku terus pandang Jhope. 'Apa?' Katanya. 'Kau demam eh?' 'Asal lak?' 'Dah tu asal kau beli makanan banyak banyak macam ni' 'Aku saja nak makan banyak harini' 'So kau bukan belikan untuk aku lah?' 'Kau punya tu kimchi dengan ayam yang lain aku punya jangan kacau'
'Yeay, gomawo' Kata aku lalu duduk di sebelah Jhope. 'Taehyung meh sini makan' 'Ha otw' Aku tersedak. Aduhmak Jhope ni dah kenapa. Asal dia panggil Taehyung? Terrbantut selera aku.
Taehyung datang lalu dia duduk di hadapan aku. Lagi lah aku gigil. Aku menundukkan kepala. Aku tak nak nampak muka dia. Sumpah seram even dia handsome dengan mulut petak dia. Tapi aku je yang tahu macam mana rasa dia.
Aku makan dengan diam. Sesekali aku lihat muka Taehyung, dia perasan aku tengok dia, dia terus bagi aku jelingan maut. Peh! Kalau aku tengok dia lagi sekali mesti dah arwah aku sebab terkena heart attack.
'V, esok aku kena outstation dekat Jepun. 3 hari je tak lama pun. Bos kata kau boleh cuti 3 hari tu sebab aku kata kau kena jaga Rin' Terus tersembur ayam yang penuh dalam mulut aku. Aku terbatuk batuk. Taehyung menghulukan air.
'Depan abang aku bajet baik' Kata hati aku. 'Kau ni kenapa? Makan elok elok lah sikit' Jhope menggosok belakang aku. 'Kau nak tinggalkan aku?' 'Ye kali ni kau tak boleh ikut. Aku pergi kejap je lepas 3 hari aku balik. Aku janji'
Aku menangis. 'Kau ni kenapa? Macam budak kecil lah nak nangis nangis bagai' 'Aku tak nak duduk seorang seorang' Aku melihat ke arah Taehyung lalu dia mengeluarkan senyuman jahat.
'Bukan kau seorang, ada Taehyung. Jangan risau dia baik selama ni okay je aku tengok dia' Memang lah kau nampak dia okay Jhope, dia tu talam. Depan kau lain belakang kau lain. Aku yang sengsara tinggal dengan dia nanti.
'Aku nak..' 'Ah tak ada tak ada kau tak boleh ikut. Duduk rumah dengan V nanti aku belanja barang dapur. Kau orang tak payah keluar beli apa apa lagi' Kata Jhope lalu dia sambung makan.
Aku tak berani nak kata apa apa kang dia campak tulang ayam dekat aku dah jadi kes lain pula. Better aku diam. 3 hari je pun. Tak lama kan? Aku boleh tahan punya. Positif.