11

3.9K 346 4
                                    


RIN

Aku nak buat apa ni bosan gila macam ni. Aku nak keluar lah! Aku pun menyiapkan diri. Aku mengenakan tshirt biasa serta seluar slack hitam. Memandangkan cuaca agak sejuk dekat luar aku mengenakan bomber jacket kegemaran aku. Jhope bagi masa aku dapat masuk Universiti dulu

Lepas siap aku turun, ada pulak mamat psiko tu dekat ruang tamu. 'Kau nak pergi mana?' 'Aku nak keluar kejap' 'Tak boleh' 'Asal pulak?' 'Jhope tak bagi kau keluar seorang seorang' 'Aku bosan lah' 'Tunggu, aku teman'

Taehyung terus naik ke atas kemudian selepas beberapa minit dia turun dan mengambil kunci keretanya. 'Jom' Taehyung menarik tangan aku. Aku hanya mengikut.

Agak janggal untuk aku dengan Taehyung masa dalam kereta. 'Kita nak pergi mana?' 'Kau kata kau bosan aku nak bawa kau pergi tempat aku selalu lepak time bosan' 'Dekat mana?' 'Ikut je lah'

Aku masih berasa syak dengan si psiko ni. Buatnya dia bawa aku dekat tempat orang jual beli 'orang' tak ke seram bunyi tu? Kadang fikiran manusia kita tak boleh fikir.

Selepas 45 minit perjalanan akhirnya kami sampai ke destinasi. Fun fair rupanya. 'Wah!' Mata aku sedikit terbeliak. Sepanjang umur hidup aku, aku belum pernah pergi mana mana fun fair sekalipun.

Baru sahaja aku hendak buka pintu kereta, Taehyung memegang tangan aku. 'Rin boleh tolong tak?' 'Apa?' 'Tolong jadi girlfriend aku untuk hari ini' 'Motif?' 'Aku teringin nak ada girlfriend tapi dengan aku macam ni, kau tahu kan aku macam mana, aku tak pernah rasa hidup bercouple'

'Cinta tak boleh direka v' 'Hari ni hari jadi aku, boleh lah kau tunaikan. Kali ni je aku minta' Oh my god! Hari ni birthday dia? Aku tak tahu pun. Jhope? Dia tak cakap apa apa pun. Ke Taehyung tipu? Dia ni bukan betul ada je agenda tersembunyi dia.

'Err...' Aku berfikir sebelum jawab. 'Boleh lah, jebal' Taehyung berbunyi sedikit terdesak. 'Okay aku setuju' ISHH asal dengan aku ni? Otak kata tak hati kata ye. Argh! 'Yeay, gomawo'

Akhirnya aku dapat berjalan jalan di dalam fun fair yang serba besar itu. Taehyung memberi isyarat supaya aku memeluk lengannya. Okay aku ikut je sebab dia kata hari ni dia jadi 'birthday boy' kan.

Aku memeluk lengan dia. Aku rasa selesa sangat even just tangan dia. Kalau dulu masa dengan Suga aku tak pernah rasa macam ni. Kenapa eh? Pelik en?

'Tae, aku nak naik tu' Aku menujuk ke arah roller coaster yang sedang bergerak laju. Bising bunyi jeritan daripada penunggangnya tapi bunyi macam best. 'Panggil aku oppa'

'Tak nak aku. Janggal lah' Aku menjawab. 'Kau menjawab?' Taehyung merenung ke arah aku. Aku rasa aku tahu maksud renungan tersebut. Aku segera mengalihkan muka supanya tidak bertemu mata dengannya. Dia ni kejap baik kejap kejam.

TAEHYUNG

Aku saja je nak main main dengan Rin. Macam macam aku suruh dia buat masa kita orang dekat fun fair tu. Salah satunya termasuk lah aku suruh dia share aiskrim dengan aku. Muka dia redha je haha aku gelak dalam hati. Comel juga Rin.

Selepas Rin berpuas hati dengan permainan permainan yang ada kami akhirnya pulang ke rumah pada waktu malam. 'Rin lapar tak?' 'Lapar lah juga' 'Jap aku pergi beli ramen kita makan ramen je lah' 'Okay'

Aku pun keluar menuju ke seven eleven untuk membeli ramen. Aku biar Rin dalam kereta tapi aku kunci kereta tersebut. Kunci kereta pun aku ambil. Nanti kalau tak mesti dia merayap entah pergi mana. Dah tahu dah.

RIN

Apa punya perangai lah dia ni. Dia kunci aku dalam kereta kot. Apa masalah dia? Lemas aku dalam ni. Cepat lah sikit beli ramen tu. Terhegeh hegeh, aku yang terseksa dalam kereta panas ni. Cikai

Aku memandang ke sekeliling jalan sambil berada di dalam kereta. Tiba tiba aku terlihat beberapa orang remaja mungkin sebaya dengan aku melepak di tepi jalan. 'Apa lah dia orang ni. Akidah tak elok langsung'

Aku lihat ada perempuan yang hisap rokok. Lepas itu lelaki tu cium perempuan tersebut. Geli aku tengok. 'Teruk gila perangai' Tanpa aku sedar Taehyung sudah pun berada di dalam kereta.

'Siapa?' 'Tak ada siapa siapa' Aku mengelak. 'Dah jom balik' 'Okay' Taehyung terus memulakan perjalanan pulang ke rumah. Perjalanan agak lama kerana kesesakan lalu lintas. Aku mengambil keputusan untuk tidur sebentar.

'V, kalau dah sampai kejut aku tau' 'Okay sayang' Aku tidak menghiraukan apa sekalipun patah perkataan yang di keluarkan oleh Taehyung. Mata aku berat sangat. Lama kelamaan aku terlena jauh dalam mimpi yang indah.

Baran; Kim TaehyungWhere stories live. Discover now