14

4K 346 1
                                    


TAEHYUNG

Modal betul si Rin ni. Dah nangis lepastu sedap je tidur dekat dada aku. Sesak nafas aku. Nasib baik comel. Aku kata dia comel? Aku dah suka dia ke apa ni?

Aku baringkan Rin dekat sofa lalu aku bawa bagasinya ke dalam bilik. Aku kemas baju dia. Aku susun balik baju yang dia letak dalam beg kembali ke dalam almari. Tiba tiba aku ternampak satu buku warna biru laut.

Aku pandang sekeliling, mana tahu ada orang. Aku nak tengok apa yang ada dalam buku dia. Dalam buku tu ada banyak gambar budak kecil aku tak cam siapa. Aku pandang dengan lebih dekat.

'Tu aku dengan Jhope masa kita orang kecik' Rin tiba tiba masuk ke dalam bilik lalu duduk di hadapan aku. 'Comel' Aku berkata perlahan. 'Aku tahu' Jawab Rin.

'Eh aku cakap Jhope' 'Aku tahu la aku tak cakap aku comel pun. Jhope memang comel sampai sekarang dia comel. Kalau adik boleh bercinta dengan abang dah lama aku sambar Jhope hehe' Gurau Rin.

'Habis kau sekarang kau bercinta dengan siapa?' Soal aku saja nak tahu. 'Diri sendiri' Kata Rin. 'Thanks pujuk aku tadi. Lepas ni aku nak stay luar negara lah aku nak bincang dengan Jhope dulu' Sambungnya lagi

'Kenapa?' Aku menyoalnya. 'Aku dah tak...' Aku menutup mulutnya. 'Itu kan cerita lama' Kata aku. 'Tapi nanti orang lain hina aku' Rin sebak. Matanya berair lagi sekali. Ah sudah dia nak menangis lagi.

'Weh tak payah lah nangis. Aku kan ada?' Kata aku. 'Aku takut tak ada siapa nak aku. Aku dah macam ni. Aku takut' Kata Rin sambil mengesat air matanya.

Dia ni nampak je kasar hati lembut nak mati ah. Cengeng sikit sikit nak nangis. 'Dah lah' Aku kesat air mata dia. Rin tengok aku. 'Asal kau buat macam tu?' 'Aku buat apa?' 'Asal kau lap air mata aku? Kau bukan benci aku ke aku kan menyusahkan?'

'Its okay Rin. Aku ada juga perasaan. Aku bukan zalim sangat. Dulu ye lah aku tak suka kau tiba tiba muncul. Sekarang tak dah' Rin menundukkan kepalanya ke bawah.

'Lepas ni mesti kau tak nak kawan dengan aku dah. Aku tak suci lagi' 'Rin dengar sini' Aku pegang kedua belah pipinya yang tak berapa tembam.

'Kalau kau rasa aku lepas ni tak nak kawan dengan kau habis sebelum ni? Masa kau eksiden lagi aku dah tahu semua yang jadi dengan kau. Kenapa aku still layan kau sampai sekarang? Aku tak kisah. Lagipun kawan kawan abang kau yang lain pun okay je kan dengan kau? Dia orang pun tahu juga'

'Malunya aku' Kata Rin sambil menutup mukanya. 'Sabar, semua jadi ada hikmah. Tak apa sekarang kau ada aku. Pasal Suga aku dah bagitahu Jhope suruh bagitahu Suga yang dia dah boleh stop berlakon jadi namjachingu kau' Terang aku panjang.

'Kau nak jaga aku?' Soal Rin pelik. 'Dah tu? Siapa lagi dekat sini' 'Aku tak faham' Kata Rin. 'Okay macam gini la. Kau kata kau takut tak ada orang nak kawan dengan kau kan. Okay sekarang kau ada aku. Hi, nama aku Kim Taehyung baru berumur 23. Masih lagi single mingle. Aku sudi jadi kawan kau tak kira apa kisah lama kau sekalipun'

'Serious ah Taehyung? Aku...' 'Kau takut aku marah kau lagi?' 'Hm' 'Marah tu memang sifat aku tak boleh ubah. Aku memang suka marah apa semua. Trust me. Im still the best here' Kata Aku. Rin hanya diam. 'Sambung lah ayat aku gila' Aku mula marah

'Err sambung apa?' 'Slow lah kau ni' Aku mengetuk kepalanya. 'Ouh okay aku faham! Jap kita mula balik' 'Kau ni leceh lah' 'Cepat lah' 'Malas aku. Penat mulut aku asyik cakap je' 'Kau ni tak bagi kerjasama ah aku nak tidur lah' Kata Rin sambil bangun lalu menuju ke katil.

RIN

Aku bangun daripada tidur sedar sedar je dah pukul 8:15 malam. Lama gila aku tidur. Malam ni konfirm tak boleh tidur sebab dah tidur lama. Ah masak aku mereput jadi abu malam ni

Aku segera bangun dari katil lalu turun kebawah. Aku nampak cahaya lampu dari dapur terpasang. Ni mesti si Taehyung tengah buat something, i mean makan. Aku berjalan menuju ke dapur.

'JHOPE!' Aku jerit sebaik sahaja nampak abang kesayangan aku duduk di ruang makan. Aku segera berlari ke arahnya dan memeluknya sekuat hati. Aku tahu agak janggal sebab aku dah besar tapi aku still anggap kita orang masih kecil. Tak ada masalah kan?

'Weh rindunya' Aku memeluk Jhope sambil bermain main dengan rambutnya. 'Kau ni buat malu aku je lah kau bukan kecik lagi nak buat macam ni' Kata Jhope.

'Tapi kau abang aku' Kata aku lalu melepaskan pelukan. 'Memang lah siapa kata aku kakak kau?' Gurau Jhope. 'Tak lawak okay!' Kata aku lalu mengambil tempat di sebelah Jhope, dihadapan Taehyung.

'Rin macam mana duduk dengan Taehyung?' Soal Jhope. Aku memandang Taehyung dan Taehyung memandang aku. 'Biasa je. Kau kenapa balik awal? Kau kata tiga hari ni baru berapa hari'

'Oh kau tak suka lah ni aku balik?' Marah Jhope. 'Mana ada, aku tanya je salah ke?' 'Kerja aku habis awal sebab tu aku balik awal. Lagipun aku takut kau buat perangai kau kata haritu kau nak chaw dari rumah ni kan? Tah mana mana kau pergi nanti' Bebel Jhope

'Aku okay, lain kali lah aku lari rumah' Kata aku. Taehyung dengan tiba tiba menghempaskan garfu di meja. Aku dan Jhope saling berpandangan. 'Kau kenapa?' Soal Jhope.

'Tak ada apa garfu ni tiba tiba terlepas daripada tangan aku' Selamba Taehyung menjawab lalu bangun dan hilang entah ke mana.

Baran; Kim TaehyungWhere stories live. Discover now