RIN'Jhope jom holiday nak tak?' Soal aku sambil bersandar di bahunya di atas sofa. Taehyung hanya memerhati dari jauh. 'Rimas lah aku kau ni' Jhope menolak aku
'Weh kau pernah dengar cerita adik jatuh hati dekat abang?' Aku sengaja memulakan perbincangan ngarut. 'Cakap ah kau in love dekat aku?' Jhope membuat muka *seriousahkauni
Aku sengaja meleset lesetkan tangan aku di mukanya. 'Weh kau jangan macam macam' Muka Jhope merah. 'Oppa saranghae' Kata aku lagi membuatkan muka Jhope kelihatan merah.
'Weh jangan lah aku tak boleh ah' Kata Jhope lalu melepaskan tangan aku dan bangun dari sofa. 'Hahaha' Aku hanya gelak. 'Kau suka buat aku gelabah macam ni' Marah Jhope
'Aku nak kakak ipar. Aku dah bosan hidup dengan lelaki dekat sekeliling aku. Kau tak kasihan ke dekat aku?' Soal aku panjang. 'Kau siapa nak mintak akak ipar' Kata Jhope lalu kembali duduk di atas sofa.
'Aku bukan tak nak kawin, aku belum sedia lah. Aku nak kau kawin dulu. Kau tu dah lah macam budak kecik nanti aku kawin entah apa jadi dekat kau. Entah entah jadi mat gian tak?'
Pang! Satu hinggapan tangan lekat di pipi Jhope. 'Kau nak sangat ke aku jadi macam tu? Aku boleh je. Aku takut kau yang merana nanti' Kata aku sambil bermain Mobile Legend. Haha acah tak acah? lel
'Ala kau ni tak boleh bawa gurau ah. Duduk hutan ah sana' Kata Jhope sambil menggosok pipinya yang merah dek kerana lempangan aku tadi. 'Kau bila nak kawin? Boyfriend pun tak ada' Katanya lagi. 'Suga?' 'Suga dah kawin lah dah anak satu dah. Kan haritu aku suruh dia berlakon je jangan ah ambil serious' Kata Jhope
'Jimin? Dia comel' Kata Aku lagi. 'Jangan lah! Kalau boleh aku tak nak kau kawin dengan dia orang! Perangai semua tak senonoh aku tak nak ada adik ipar macam dia orang' Bebel Jhope
'Dah tu aku tak ada calon lain. Kau kena lah tunggu lama sikit' 'Ehem' Tiba tiba Taehyung berdehem mintak perhatian. 'Ha ni Taehyung ada. Kalau Taehyung tak apa aku restu' Kata Jhope sambil bangun lalu memegang bahu Taehyung.
'Asal?' Taehyung acah terkejut. 'Kau nak tak kawin dengan adik aku? Kau pun dah lama membujang' Kata Jhope. 'Kau pun apa kurangnya' Amek kau kena batang hidung sendiri balik hahaha.
'Aku mendahulukan adik aku' Ada je alasan yang tercipta daripada kepala otak si Jhope ni. 'Boleh ke tak?' 'Aku tak tahu lah. Rin mana suka aku' Kata Taehyung.
'Asal?' 'Kau ingat tak haritu dia sampai nak lari rumah sebab tak tahan duduk dengan aku. Padahal aku tak buat apa apa pun' Ngadu Taehyung. 'Eh kau memfitnah ni' Sampuk aku.
'Eh betul lah aku mana ada buat apa apa' Kata Taehyung. 'Suka hati kau lah' Kata Taehyung lagi lalu keluar daripada rumah. Nak merayap lah tu.
Selepas beberapa ketika, rumah menjadi kembali sunyi. Jhope tidur. Taehyung tidur. Aku je tak tahu nak buat apa.
Jhope ni gila lah. Ada ke dia nak aku kawin dengan Taehyung? Silap haribulan aku kena terajang dengan dia. Bulu roma aku meremang bila membayangkan apa yang akan terjadi kalau aku kawin dengan Taehyung. Very scary uolls.
Tiba tiba satu mesej masuk daripada notifi handphone aku.
Unknown : Hi babes. How are you? I miss you baby
Rin : Kau siapa?
Unknown : Im your husband. Kau tak kenal aku ke lancau
Rin : Excuse me aku belum kawin. And lagi satu. Aku tak akan kawin dengan kau mulut macam haram
Unknown : Aw baby kau tak pernah berubah tunggu aku ye sayang
Aku terus tak balas mesej orang tu. Dah la nombor tak kenal nak bersayang pula tu dengan aku. Wei seram lah. Aku nak bagitahu Jhope la. Aku takut.
Aku segera menuju ke bilik Jhope. Aku memulas tombol pintunya lalu masuk ke dalam. Kelihatan Jhope sedang nyenyak tidur dengan berpelukan bantal kudanya.
'Ala dia ni tidur lagi. Bila nak bangun ni' Aku tak nak kacau dia tidur, aku keluar daripada bilik tersebut. Akhirnya aku mengambil keputusan untuk keluar berjalan jalan seorang diri.
Aku keluar daripada rumah dan mula berjalan kali di kawasan sekitar. Udara di kawasan tersebut sangat nyaman. Tanpa aku sedar aku telah berjalan sehingga keluar daripada kawasan perumahan yang dijaga oleh pengawal.
Aku berjalan tanpa hala tuju. Tiba tiba sebuah kereta hitam datang menghampiri aku. Aku terkejut kerana kereta tersebut berhenti betul betul dihadapan aku. Dua orang lelaki keluar daripada kereta tersebut dengan memakai topeng hitam.
Salah seorang daripada mereka mencekup muka aku menggunakan kain hitam. Aku meronta ronta minta dilepaskan. Seorang lagi mencucuk jarum di belakang leher aku dan serta merta aku menjadi lemah. Aku tidak boleh bergerak walau seinci. 'Taehyung tolong' Sempat aku ucapkan kata terakhir.
TAEHYUNG
Aku bangun selepas tertidur buat seketika. Aku rasa pelik. Aku rasa ada orang cuba panggil aku tapi aku tak tahu siapa. Aku melangkah menuju ke bilik Rin. Kosong, tiada orang.
Tiba tiba loceng rumah berbunyi. Aku segera turun kebawah dan membuka pintu. Tiada siapa di hadapan pintu tetapi ada sebungkus kotak berbentuk bulat berada di hadapan rumah. Aku mengambil kotak tersebut dan diletakkan diatas meja.
Aku sambung mencari Rin. Di dapur, tiada. Bilik Jhope, tiada. Bilik air, tiada. Stor, tiada. Aku merengus sendiri. 'Mana dia ni time aku cari lah tak ada, time tak cari ada je depan mata'
Aku kembali ke ruang tamu dan menghadap kotak tersebut. Tanpa rasa ragu ragu aku segera membuka kotak yang berwarna merah itu. Alangkah terkejutnya aku melihat isi di dalam kotak tersebut.
Aku segera memanggil Jhope. 'JHOPEEEEEE! ( Macam Suga panggil Jhope ) Jhope yang dengar panggilan tersebut segera turun ke bawah.