2

7.5K 508 14
                                    


JHOPE

Sudah seminggu Rin sedar daripada koma. Akhirnya dia kenal aku dengan Suga. Aku seronok gila sebab dapat adik aku yang dulu.

'Weh weh mana aci aku dah menang asal kau ambil balik kad kau' Kata Rin 'Mana ada aku ambil. Aci kat India lah' Kata Suga pula. Mereka berdua sedang bermain UNO.

Suga lagi tua kot daripada aku. Kenapa perangai dia macam budak budak? Mana Suga swag yang aku kenal sebelum ni. Ada ada saja lah si smurf ni.

'Rin, Suga. Aku nak pergi kedai bawah nak beli makanan kau orang nak apa? Tanya aku. 'Aku nak ramen' Jawab Rin. 'Aku nak ikut kau lah Jhope' Kata Suga lalu mengikut aku menuju ke kedai di tingkat 1 hospital

RIN

Apa lah dia orang ni tinggal aku pula. Dah lah dalam bilik ni aku seorang je. Mana entah yang lain. Seram jugak ni duduk seorang seorang.

Tiba tiba pintu dibuka. 'Kejap gila kau beli makanan' Kata aku tanpa menoleh ke arah orang tersebut. 'Mana ada aku pergi beli makanan aku baru sampai sini' Kata orang tersebut.

Aku segera memandang ke arahnya. Aduh siapa pula ni? Ramainya kawan abang aku. Dia ni gila kuasa betul kawan dengan orang ramai.

'Sorry, kau siapa?' Kata aku. 'Kau tak kenal aku? Seriously?' 'Ye, aku hilang ingatan buat sementara waktu sebab aku baru sedar daripada koma' 'Aku tahu kau koma tapi aku tak tahu kau hilang ingatan err sokay lah'

Aku terus memandang ke arahnya. 'Kenapa?' Soalnya. 'Kau siapa?' Tanya aku lagi. 'Aku Namjoon. Kim Namjoon' 'Oh Namjoon. Kau kawan Jhope ke?' Tanya aku

'Haah lah, tak akan kawan monyet pula' Loya buruk betul mamat ni. Mata dia sepet gila! Tapi handsome. Tiba tiba kedengaran suara Jhope gelak daripada luar sambil membuka pintu

'Eh Namjoon!' Jerit Jhope sambil memeluk Namjoon. Macam lama je dia orang tak jumpa. 'Jangan jerit lah bongok' Kata Suga sambil memukul kepala Jhope. 'Sakitlah gila!'

Sedang sedang mereka berbual bual tiba tiba doktor yang merawat aku masuk ke dalam bilik. 'Selamat pagi doktor' Kata mereka bertiga. 'Ye selamat lagi' Jawab doktor tersebut lalu menuju ke arah aku

'Rin okay?' Katanya sambil melihat lihat kepala dan tangan aku yang berbalut. 'Okay doktor' 'Kalau dah okay, esok atau petang ni awak dah boleh balik. Nanti suruh abang awak jumpa saya untuk mengambil ubat sampingan' 'Baik doktor'

Selepas habis doktor tersebut melihat keadaan aku, dia terus berlalu pergi. Aku macam tak percaya aku dah boleh keluar daripada hospital ini! Tak sabar nak balik nak hidup macam orang biasa yang lain.

'Abang!' Panggil aku. Jhope yang sedang makan ramen di sofa terus menuju ke arah aku. 'Kenapa? Kepala kau sakit ke?' 'Tak lah, tadi doktor kata..' Belum sempat aku menghabiskan ayat Jhope sudah menyampuk.

'Doktor kata kau dah boleh balik petang ni. Aku tahu. Nanti aku jumpa dia nak ambil ubat lepas tu bayar bil dekat kaunter' Katanya lagi. 'Aku tak sabar nak balik rumah' Kata aku. 'Aku tahu Rin. Sabar eh, sikit lagi'

Petang tu. 'Rin nah tukar baju ni dulu baru kita balik' Kata Jhope. Aku tidak cakap banyak aku segera menukar pakaian yang diberi di dalam toilet wanita.

'Dah' Kataku. 'Okay kalau dah jom balik' Kata Jhope lalu membawa barang barang aku yang ada di hospital selama dua bulan. Bantal kesayangan aku salah satunya.

'Suga dengan Namjoon mana?' Tanya aku ketika kami dalam perjalanan. 'Dia orang dah balik lah kenapa?' 'Tanya je' 'Rin aku ada something ni nak bagitahu'

'Apadia?' 'Since kau dah keluar hospital, aku nak sambung kerja aku yang terbengkalai dekat Jeju' Kata Jhope 'Peh kau tinggal aku lagi' 'Sorry babe tapi aku kena pergi jugak sebab dah dua bulan aku tinggal'

'Hm' Aku hanya menjawab lemah. Aku ada Jhope je sekarang lepas tu dia nak tinggal aku? Mana boleh. Aku takut.

'Bang' Panggilku 'Apa?' Kata Jhope sambil memandu, matanya tertumpu ke arah depan kereta dengan khusyuk sekali. 'Kalau aku ikut boleh tak? Aku takut duduk seorang seorang'

'Mana boleh!' 'Ala bolehlah' 'Tak boleh' 'Okay bagi tahu aku kenapa tak boleh?' 'Aku tinggal sana lama lepastu aku duduk dengan member aku, lelaki' Terang Jhope

'Tapi aku takut. Boleh lah' Kata aku manja. Nak tak nak aku kena ikut juga dia. Serious talk aku takut nak tinggal seorang seorang even aku dah besar panjang macam ni.

'Nanti lah aku tanya member aku ada bilik kosong tak dekat rumah dia. Tapi member aku tu panas baran sikit' Kata Jhope. 'Yeay! Tak apa lah panas baran ke panas apa ke janji aku dapat ikut kau'

'Jangan nak suka sangat. Aku tak sure lagi kau boleh ikut ke tak. Kalau tak boleh kau kena juga tinggal seorang seorang' Kata Jhope. 'Abang..'

'Apalagi?!' Kata Jhope mula naik angin. 'Rilek ah do. Aku nak tanya ni' 'Ha tanya tanya' 'Aku tak ada kawan ke? Kenapa masa dekat hospital kawan kau je yang datang melawat? Kawan aku mana?'

Lama aku tunggu Jhope jawab. 'Kau tak ada kawan' Jawab Jhope 'Dah jangan bising aku nak memandu ni nanti eksiden kang sebab kau bising'

JHOPE

'Apalagi?!' Kata aku mula naik angin. 'Rilek ah do. Aku nak tanya ni' 'Ha tanya tanya' 'Aku tak ada kawan ke? Kenapa masa dekat hospital kawan kau je yang datang melawat? Kawan aku mana?'

Ah sudah kau tanya pulak soalan ni. Sorry Rin aku tak boleh jawab. Biar lah kau tahu sekarang kau tak ada kawan. Daripada kau tahu kau ada kawan tak guna macam dia orang baik kau tak payah tahu sampai bila bila.

'Kau tak ada kawan' Jawab aku ringkas. Dah jangan bising aku nak memandu ni nanti eksiden kang sebab kau bising' Aku memberi alasan supaya dia tidak terus bertanya tentang kawannya.

Baran; Kim TaehyungWhere stories live. Discover now