TAEHYUNG'Dah, kaki kau sakit lagi ke?' 'Sikit' Aku segera duduk berhadapan dengannya. Aku lapar so nak tak nak aku kena lah makan dengan dia sekali nanti kang Jhope tanya aku nak jawab apa.
'Asal kau makan kat sini?' 'Abang kau ah suruh kalau tak, tak ada maknanya aku nak makan sambil tengok muka sakai kau tu' 'Aku tak suruh pun kau tengok muka aku. Aku sakai? Excuse me kau lagi sakai'
Rin melawan cakap aku. Sebelum ni tak ada siapa yang berani melawan cakap aku except Jhope. Aku segera pergi ke arahnya dan mendekatkan muka aku dekat dengan muka dia.
'Ka.. kau.. nak bu.. buat apa ni?' Rin menggigil. Aku berlakon macam aku nak 'taste' dia tapi sebenarnya tak pun. Aku still tahu hukum halal haram. Aku bermain main dengan rambut dia. Muka dia dah pucat.
Great! Dia dah takut. HAHA. 'Lain kali kalau kau melawan cakap aku. Kau pun tahu apa akibatnya kan?' Kata aku sambil menjilat bibir. 'O.. Okay a.. aku.. faham' Katanya sambil menggigil.
Sorry Rin aku terpaksa buat macam ni kalau tak nanti kau naik lemak. Nanti kalau aku baik dengan kau, kau pijak kepala aku. Cara aku memang macam ni. Sorry. Aku segera membawa turun makanan yang dimakan oleh Rin tadi.
Sampai sahaja di bawah aku mengemas meja makan yang berselerak tadi. Aku juga membasuh pinggan. Rajin tak aku? Aku lah yang kena buat semua benda. Aku tak suka orang lain yang buat.
Sebab tu sampai sekarang aku tak kawin lagi. Tak ada masa nak cari jodoh. Kalau dah sampai masa nanti ada lah tu. Selepas sahaja aku selesai aku pun duduk di atas sofa ingin berehat sebentar sebelum masuk kerja petang nanti. Tiba tiba notification aku masuk.
Unknown
Aku nak turun nak tengok tvTaehyung
Kau siapa?Unknown
RinTaehyung
Kau nak apa?Rin sakai
Aku nak tengok tv aku bosanTaehyung
Tak payah mengada. Kau ingat kau ringan ke nak aku angkat hari hari. Mana kau dapat nombor aku ni?Rin sakai
Jhope.Aku segera memberi bluetick. Dia ni tak serik ke aku dah buat macam tu tadi pun tak sedar lagi. Dah la duduk rumah aku. Lepas tu nak layan aku macam aku ni bibik kau. Memang tak lah aku nak layan. Duduk diam diam kat atas.
RIN
Sumpah aku kata aku benci Taehyung. Dah lah sombong. Aku nak tengok tv je pun tak bagi. Dia ugut aku? Maigad muka dia tadi sumpah serious aku takut. Kenapa dia buat macam tu?
Dia memang tak akan pernah kasihan dekat aku ke? Kalau betul lah dia macam tu. Kenapa dia tuam ais dekat kaki aku tadi? Kenapa dia ambilkan aku makanan? Dia ni pelik lah. Dia siapa sebenarnya? Macam macam watak ada.
Setelah dilanda kebosanan akhirnya aku mengambil keputusan untuk tidur sebentar. Aku tak cukup tidur semalam. Kaki aku asyik sakit je langsung tak bagi kerjasama.
JHOPE
Aku melihat ke arah jam tangan. Dah pukul 5:35 petang. Yeay kerja dah habis. Aku segera mengemaskan pejabat sebelum pulang. 'Sebelum aku balik baik aku beli gimbab' 'Rin suka tu'
Aku memandu laju sehingga ke kedai gimbab yang selalu aku singgah. Gimbab dia sedap serious sedap tak macam gimbab orang lain. Padahal sama je bentuk warna semua. Tapi yang ini special tak tahu kenapa.
'Ahjuma, saya nak dua bungkus gimbab' 'Nae' Jawab ahjuma tersebut lalu dia cepat cepat membungkuskan dua bungkus gimbab. Banyak tau. Satu bungkus je dah ada 10 biji. Dua dah 20.
Setelah selesai pengurusan jual beli aku segera pulang ke rumah. Sekarang waktu V bekerja dan aku tak nak adik aku tinggal seorang seorang. Nanti dia bebel macam mak jemah pagi era pula. Darah telinga aku.
Sampai sahaja di rumah aku lihat V sudah bersiap sedia untuk pergi bekerja. Segak juga V ni sebenarnya. Okay aku bukan kunyit just dari segi pandangan mata kasar.
'V, ambil gimbab ni bawak pergi kerja' 'Tak apa lah hyung aku dah makan tadi. Tu aku tinggalkan kimchi atas meja' V segera keluar untuk pergi ke kerja.
Rushing no budak ni? Selalu bukan main lambat lagi nak siap. Ni apahal tiba tiba bersemangat semacam. Selepas V keluar daripada rumah aku segera ke bilik Rin.
Aku main masuk je dalam bilik dia. 'Woi keluar balik!' Aku lihat Rin sedang berkemban. Wow! Hahaha. 'Sorry sorry, dah cakap' Selepas beberapa minit, aku masuk'
'Lain kali nak masuk tu ketuk pintu dulu boleh tak?! Nasib baik aku tak naked tadi! Abang jenis apa kau ni?!!!!!' Rin marah. Muka dia jadi merah. Aku tahu salah aku yang dia marah macam singa lapar kenapa. Bukan aku nampak apa pun. Rilek ah.
'Aku minta maaf' 'Ha tu je lah kau tau. Maaf maaf maaf' 'Tak yang kau mental sangat apahal?! Benda kecik je pun' 'Benda kecik kau kata?! Maruah aku sial' 'Aku dah mintak maaf kan'
Rumah V jadi huru hara semua sebab aku masuk tak ketuk pintu. Salah dia juga, asal dia tak kunci? Ha lepas tu nak marah aku. It Sucks! 'Nah gimbab kau, aku minta maaf' 'Aku tak nak makan'
'Ha baguslah! Tak payah makan. Biar aku je habiskan. Apa entah nak mental lebih lebih, chaw!' Aku segera tinggalkan dia seorang seorang. Gimbab tadi aku bawa balik turun. Biar dia serik gaduh dengan aku lepas tu tak dapat makan. Kejamnya aku.
RIN
Aku lapar. Tapi aku masih marah dengan Jhope. Ada ke dia masuk bilik aku tak ketuk pintu? Dah lah aku tengah berkemban lepas mandi. Lepas tu nak salah kan aku balik. Tak bagi aku makan pula tu!
'Aku lapar' Aku berkata sendiri. Tiba tiba ada orang ketuk pintu. Aku buat buat tidur. 'Dik, bangun makan. Kau tak makan lagi dari tadi. Nanti gastrik' Ha tahu pulak risau dia ni.
Tengah syok berlakon tidur tiba tiba perut aku berbunyi tanda minta diisi. 'Krokhh' 'Haha. Rin kau jangan nak berlakon tidur lagi. Kau tak tidur lagi kan?' Jhope segera menggeletek aku di pinggang.
Aku tak dapat tahan gelak. Aku terus ketawa berdekah dekah. Sungguh aku sayang Jhope. Dia tahu apa yang aku nak, apa yang aku suka, apa yang aku buat. Tapi tu lah, kadang perangai macam bapak syaitonirojim.
Selepas habis gelak aku terus bersandar di katil untuk mengambil nafas. Penat gelak. 'Dah jom turun makan' Katanya. 'Aku tak boleh jalan' 'Sampai bila tak nak cuba jalan? Orang yang sakit dekat hospital pun doktor suruh jalan jalan'
'Tapi hari tu aku dekat hospital doktor tak suruh aku jalan pun?' Pang! Jhope lempang pipi aku dengan lembut. 'Kau nak kena lagi ke?' 'Tak nak tak nak' 'Kalau tak nak jom turun makan'
Aku pun ikut je lah dia turun dengan berhati hati. Dia memapah aku. Banyak kali aku hampir terjatuh tapi bersyukurlah aku ada abang yang sanggup tolong aku susah senang.