JHOPEAku mintak maaf Rin. Aku bukan sengaja plan semua benda ni. Ini pun atas kebaikan kau jugak. Aku sayang kau. Aku tak nak hilang kau buat kali kedua. Cukup lah ibu ayah tinggal kan kita. Bukan kau.
Aku berkata demikian di dalam hati setelah melihat Suga meninggalkan Rin di tepi dinding sendirian. Biar lah kau tak ingat langsung tentang masa lampau kau.
Aku memanggil kawan kawan aku termasuk Rin untuk duduk bersama. Aku ada hal mustahak yang aku ingin sampaikan. Jungkook dengan Jimin sahaja yang masih tidak kelihatan.
'Mana Jungkook dengan Jimin?' Mata aku melilau mencari kelibat mereka. Tidak kelihatan. Tiba tiba aku dengar ketawa berdekit dekit di luar rumah. Aku segera keluar ke luar rumah dan melihat mereka sedang bermain badminton.
Sejak bila aku beli badminton? 'Woi Jungkook! Jimin! Masuk lah aku ada benda nak bagitahu ni!' Aku jerit daripada pintu rumah. 'Ha okay okay!' Kata mereka lalu berlari masuk ke dalam rumah.
Akhirnya mereka semua berkumpul di ruang tamu. 'Ha cepat lah aku nak balik dah petang ni' Kata Namjoon 'Sabar lah nyai bagi aku tarik nafas dulu' 'Cepat cepat aku tak sabar nak tahu apa kau nak cakap' Kata Jimin
'Hormat sikit aku ni abang kau' Kata aku lalu jeling ke arah Jimin. 'Rilek ah hyung nak gurau je' 'Okay macam ni' Aku pun mula cerita perkara yang aku ingin beritahu mereka sebentar tadi
'Apa?! Hyung nak pergi Jeju? Buat apa?' Jerit Jungkook. 'Kan tadi dah cakap dia nak settlekan kerja dia' Suga menjawab sambil memukul kepala Jungkook. 'Sakitlah hyung'
'So kau dekat sana berapa hari?' Tanya Seokjin. Aku berfikir sebentar. 'Tunggu sampai kerja aku habislah baru aku balik Seoul' Aku menjawab sambil mengunyah potato.
'Abis Rin nanti tinggal dengan siapa?' Tanya Namjoon sambil melihat ke arah Rin. 'Aku ikut Jhope lah. Tak kan aku nak tinggal rumah seorang seorang' Rin menjawab
'Haah nanti aku bawak Rin sekali. Dekat rumah member aku tu memang ada bilik extra so dia kata dia tak kisah kalau aku bawak Rin' Aku menjawab selamba. 'Jap jap, member kau tu kita orang kenal ke?' Tanya Suga.
'Kim taehyung. Junior aku masa dekat sekolah menengah dulu. Sekarang dia pun kerja dekat tempat sama dengan aku' 'Oh budak keras kepala tu eh?' Kata Jungkook. Jimin menyiku Jungkook. 'Kenapa?' 'Kau ni banyak soal la' Jawab Jimin
'Haah kook. Budak keras kepala panas baran tahap cipan tu. Tapi dia dengan aku okay je tak ada lah dia tunjuk sangat perangai dia. Tapi tak tahu lah kalau dengan dia' Aku menunjuk ke arah Rin.
RIN
Jhope menunjuk ke arah aku. Aku tak sabar nak pergi ke Jeju, lagi lagi nak tengok betul ke kawan abang aku tu macamtu? 'Garang sangat ke dia?' Aku menyoal
'Biasa je. Dia pernah langgar kereta orang sebab masuk simpang tak bagi signal. Dia pernah racun pokok bunga jiran dia sebab memekak malam malam buta' Jhope menjawab tenang.
'Hek eleh. Itu je?' Kata aku. 'Kau tunggu sampai kau jumpa dia. Kalau kau merengek nak balik Seoul aku tak layan au' Kata Jhope. 'Taehyung hyung garang' Kata Jungkook
'Mana kau tahu?' 'Aku pernah terjatuhkan kasut baru dia dekat rak kasut. Masa tu aku tengah main kejar kejar dengan Jimin. Dia punya marah sampai dia kurung aku dengan Jimin dekat luar rumah. Esok paginya baru dia bagi kita orang masuk'
'Abis kau tidur luar lah?' 'Haah' Jawab Jungkook sambil membuat muka *aku~tak~akan~buat~taehyung~marah~lagi.
Aku hanya mendengar mereka bercerita tentang Taehyung. Apa teruk sangat ke budak tu? Habis lah aku kalau perangai dia memang macam tu.
'Aku dengan Rin gerak esok pagi. Nanti kau orang tak payah datang hantar kita orang. Aku yang bawak kereta sampai sana' Kata Jhope. 'Ala baru nak datang nak bagi hyung sarapan' Kata Jimin
'Tak payah aku kata. Kang aku jadi macam Taehyung kang haha' Perli Jhope. Kawan kawannya hanya gelak. 'Jhope aku balik dulu lah dah lewat ni' Kata Seokjin
'Ha aku pun' Kata Namjoon. 'Jimin dengan Jungkook pun pergilah balik sekali' Kata Jhope. Jimin hanya mengangguk. 'Okay see you guys' Kata Jhope lalu membuka pintu membenarkan mereka pulang ke rumah masing masing.
Hanya Suga yang tinggal. 'Kau asal tak balik lagi?' Kata Jhope. 'Aku nak lepak sini. Esok kau dah tak ada siapa nak layan aku? Rin girlfriend aku siapa nak jaga dia?' Tanya Suga sambil duduk menegak.
'Kau takpayah risau lah. Lepas aku siap semua kerja aku balik lah sini. Bukan lama pun. Dalam 3 bulan aku balik lah' 'Kau ingat 3 bulan tu kejap ke? Rin koma 2 bulan pun dah lama ini tambah lagi 3 bulan aku tak dapat jumpa dia'
Aku hanya diam. Betul ke apa yang aku dengar? Dia ambil berat pasal aku? Memang lah dia ambil berat pasal aku dia boyfriend aku. 'Kalau tak dapat jumpa aku, kau datang lah sana time free' Kata aku
'Tengok lah' Kata Suga sambil menonton televisyen. Malam menjelma akhirnya Suga mengambil keputusan untuk pulang ke rumah. 'Jhope aku balik dulu'
'Ha okay!' Jawab Jhope dari arah dapur. Aku hanya melihat Suga mengemaskan dirinya sebelum balik. 'Rin aku balik dulu' Suga memeluk aku sambil membisik. 'Jumpa lagi sayang'
What the? Aku pun hanya membalas pelukan dia. Aku tak tahu kenapa tapi aku rasa tak selesa Suga sebagai namja chingu aku. Pelik. Macam benda ni direka reka. Aku hanya memerhati Suga keluar daripada rumah. Lama kelamaan bayang keretanya tidak lagi kelihatan.
Aku menutup pintu lalu menghempaskan punggung di sofa. 'Rin' Panggil Jhope. 'Apa?' 'Kau dah kemas baju ke belum?' 'Dah' 'Bagus, dah pergi tidur. Esok bangun awal'
Aku mengangguk lalu berjalan perlahan menuju ke bilik. Aku memang dah mengantuk pun sebenarnya. Elok lah tu aku pergi tidur sekarang.
![](https://img.wattpad.com/cover/134187024-288-k703207.jpg)