RINGelap betul tempat ni. Aku tak nampak walau sekecil zarah cahaya sekalipun. Aku takut. Aku meronta ronta cuba menjerit tapi mulut aku diikat. Aku menendang pintu dengan kaki yang berikat. Seperti yang dijangka tiada apa apa yang berlaku.
'Taehyung, Jhope tolong lah aku. Aku takut' Aku hanya mampu jerit dalam hati. Mana tak nya dah berapa jam aku dalam tu tapi dia orang tak sampai lagi. Ni yang nak marah ni. Tak tahu ke aku ni cepat panik takut pesemua.
TAEHYUNG
Tepat jam 5:30 petang aku dan Jhope sampai di tempat yang diarahkan. Aku keluar daripada kereta dengan membawa beg bimbit yang dipenuhi wang tunai sebanyak 20 ribu. *author-taktahula-won-ke-rm-ke-lenjanje
'Jhope, aku rasa ni lah tempatnya' Aku memandang sekeliling. Hanya ada beberapa bangunan buruk tergendala dan keadaan di situ sangat gelap. 'Aku tak rasa ni tempatnya. Kau tengok lah tak ada orang langsung' Jawab Jhope
'Ye tapi gps aku kata dekat sini. Gps aku tak pernah salah' Aku mula melangkah menuju ke bangunan tersebut. Jhope hanya mengikut dari belakang. Penakut juga dia ni.
Tiba tiba kelibat seorang lelaki di hadapan aku dan Jhope. Jhope yang berada dibelakang aku segera berlari ke arahnya setelah melihat lelaki tersebut.
Jhope menumbuknya di muka. 'Mana adik aku?!' Jhope memegang kolar bajunya. 'Sabar hyung, bagi duit aku dulu baru aku bagi Rin dekat kau' Lelaki tersebut berkata sambil tersenyum jahat.
'Hyung? Ni mesti adik tiri yang Jhope cerita tadi' Kata aku dalam hati. 'BAGI ADIK AKU DULU!' Jhope menjerit. Serta merta satu tembakan hinggap di tangan Jhope. 'ARGHH!' Jeritnya.
Aku segera melepaskan beg bimbit yang penuh dengan duit dan berlari ke arah Jhope. Aku tidak lagi memikirkan tentang duit. Aku fikir Jhope dengan Rin selamat je sekarang.
Adik tiri Jhope segera mengambil beg tersebut dan meninggalkan tempat kejadian bersama sama orang suruhannya. Dia langsung tidak memberitahu tentang lokasi Rin.
'V, better kau pergi cari Rin. Aku risau apa apa jadi dekat dia. Kau jangan risaukan aku, sikit je ni' Jhope berkata sambil menolak aku.
Tanpa sebarang alasan aku segera berlari masuk dan mencari Rin. 'RIN!' 'Rin!' Aku memanggilnya banyak kali namun tiada jawapan. 'Rin!' Aku memanggilnya lagi.
Aku panik. Aku takut sebelum kita orang sampai tadi dia dah bawa lari Rin ke tempat lain. Tiba tiba aku ternampak satu pintu yang berdentum. Aku rasa tu Rin.
Aku segera ke pintu tersebut. Aku menendang dan pintu tersebut terbuka. Lalu terlihat tubuh Rin yang lemah berlumuran darah. 'Rin!' Aku segera mendapatkan Rin.
Rin melihat aku sambil tersenyum lalu tidak menyedarkan diri. 'RINNN!' Lagi kuat aku jerit. Aku memeluk Rin dan memaksanya bangun tapi Rin langsung tidak bergerak.
Akhirnya aku mendukung Rin dan bawa dia keluar daripada tempat tersebut. Sampai sahaja di luar aku lihat pasukan polis dan ambulans telah sampai di tempat kejadian.
Mujurlah Jhope masih sedar dan dia yang menghubungi pihak tersebut. Aku membawa Rin ke dalam ambulans dan Jhope. Jhope hanya cedera di tangan tapi darahnya agak banyak.
Jhope dibawa ke hospital dengan ambulans kedua. 'Jhope..' Aku memanggil Jhope sebelum bergerak menuju ke hospital. 'Tengok kan Rin, aku tak apa apa. Kita jumpa dekat hospital' Mulut Jhope petah berkata walau sedang dalam kesakitan.
Aku mengangguk lalu naik ambulans tempat Rin dirawat sementara. Ambulans dengan pantas segera menuju ke hospital yang berdekatan. Aku amat lega kerana Rin dapat diselamatkan.
