18

3.9K 329 10
                                    


RIN

Aku membuka mata perlahan lahan. Dan aku sedar aku berada di hospital. Aku tersenyum ketika melihat Taehyung disebelah aku. Dia sedang tidur. Dia penat kot. Di kerusi sebelah kanan pula ada Jhope.

Aku kasihan melihat Jhope yang terpaksa memakai anduh di tangannya. Mesti ada something happened dekat tempat yang macam neraka tadi. Aku menggerakkan tangan lalu Taehyung memegang tangan aku.

'Dah sedar?' Taehyung merenung aku. Aku hanya mengangguk. Dia ni tiba tiba berubah jadi sweet pula kenapa? Mana sikap suka marah dia sebelum ni. Tapi tak apa aku suka karakter baru dia.

'Taehyung, aku nak duduk' Taehyung pun bangun lalu membantu aku duduk. Aku berasa sayu lalu aku memeluk Taehyung. 'Eh kenapa ni?' Soalnya. 'Aku sayang kau. Aku tahu kau yang selamatkan aku dengan Jhope. Terima kasih' Aku makin memeluknya dengan erat.

'Ye sama sama aku pun sayang kau. Lepas ni jangan pergi mana mana kalau tak ada aku atau Jhope okay. Janji?' 'Aku janji' Aku melepaskan pelukan sambil mengesat air mata. 'Dah jangan menangis nanti Jhope sedih nampak kau macam ni'

Aku mengejut Jhope. Jhope sedar dan dia terus memeluk aku. 'Rin kau okay? Kesian kau. Aku minta maaf sebab lambat selamatkan kau tadi' Jhope melepaskan pelukan. 'Tak apa, aku okay je' Kata aku sambil membuat gaya peace.

'Semua salah aku, kalau aku jaga kau elok elok mesti tak jadi macam ni. Ibu dengan ayah mesti marah aku sekarang' Kata Jhope. 'Hey Jhope, aku okay kan' Kata aku sambil ketawa.

'Baguslah kalau macam tu. Kau jangan keluar seorang seorang lepas ni. Janji dengan aku' 'Aku baru janji dengan Taehyung tadi pasal ni' 'Tu Taehyung ni aku' Kata Jhope. 'Okay aku janji tak keluar seorang seorang lagi.

JHOPE

Seminggu berlalu dan keadaan pulih seperti sediakala. Tangan aku dah 100% okay. Taehyung dengan Rin makin hari makin rapat. Aku bercadang nak kahwinkan dia orang secepat yang mungkin.

'Rin! Taehyung! Sini kejap!' Jerit aku memanggil mereka yang sedang makan di dapur. 'Kejap hyung!' Jerit Taehyung pula. 'Amboi kau menjerit mengalahkan tuan' Kata aku. 'Hehe' Balasnya.

Rin dan Taehyung segera menuju ke ruang tamu dan duduk di hadapan aku. 'Kenapa?' Kata Rin. 'Hari ni berapa haribulan?' Soal aku. 'Hari ni 10 Disember kot' Jawab Taehyung sambil melihat kalender di tepi televisyen. 'Ha 15 hari bulan hyung nak Taehyung dengan Rin kahwin'

Selamba badak je aku cakap macam tu. 'Hah?' Rin sedikit terkejut. 'Okay hyung Taehyung on!' Kata Taehyung pula. 'Ha Rin kenapa?'Soal aku. 'Rin tak nak kahwin dengan Taehyung dia panas baran'

'Elok lah tu. Dia panas baran biar Rin tak boleh buat something ikut suka Rin. Aku suka macam tu' Kata aku terus terang. Sejujurnya even Taehyung macam tu perangai dia tetapi dia seorang yang penyayang.

'Err.' Gumam Rin. 'Tak ada alasan eh. Aku tahu 15 hari bulan kau orang kahwin. No excuse' Kata aku. Rin dan Taehyung hanya mengangguk.

Baran; Kim TaehyungTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang