5

5.2K 413 12
                                    



JHOPE

'Rin bangun!' 'Jung HeoRin!' 'Bangun!' Berpuluh kali aku menjerit daripada dapur. Dia tetap tidak bangun. Aku geram aku menuju ke biliknya. Aku memulas tombol pintu.

'Ya Allah budak ni tak bangun lagi!' Rin sedang tidur berpelukan bantal kesayangannya di atas katil. Aku mula ada niat jahat. Mula mula aku matikan aircond. Kemudian aku keluar sekejap daripada biliknya.

Aku mengambil sebaldi air lalu kembali. 'Rin bangun' Kata aku lembut.
'Panas lah kau tutup aircond ke?' Kata Rin. 'Bangun' 'Kejap kejap. Bukak aircond dulu' 'Okay'

Aku apa lagi. Terus menyimbah sebaldi air ke arah Rin. 'Nah aircond kau' 'HUWAAAHH!' Jerit Rin lalu terus terlompat dari katil ke lantai. 'Hahaha. Padan muka. Aku kejut tak bangun kan. Rasakan!' Kata Jhope lalu berlalu pergi.

RIN

Aku rasa panas. Ni mesti Jhope tutup aircond. 'Rin bangun' Aku dengar suaranya. 'Panas lah kau tutup aircond ke?' Kata aku 'Bangun' 'Kejap kejap bukak aircond dulu' 'Okay'

Tiba tiba aku terasa sejuk satu badan. Aku terus melompat dari katil. Jhope simbah aku guna air satu baldi! 'Hahaha padan muka, aku kejut taknak bangun kan. Rasakan!' Katanya

Muka aku merah menahan marah. Aku geram gila ah dengan si Jhope ni. Naik demam aku rasa sejuk. 'Cepat mandi! Turun bawah sarapan lepastu kita gerak!' Jerit Jhope dari bawah

'Yelah!' Aku terus menuju kebilik air lalu membersihkan diri. Selepas sahaja mandi aku mengenakan hoodie warna biru dan seluar jeans hitam. Aku mengangkat beg baju untuk di bawa ke Jeju

Aku meletakkan beg tersebut di atas sofa lalu menuju ke dapur. 'Ha dah siap pun adik aku seorang ni. Amacam?' 'Benda kau. Aku dah nak demam ni kau simbah aku macam tu'

'Omo! Serious ah Rin?' Aku memandangnya sambil membuat muka. *kau~nampak~muka~aku~main~main~ke

'Okay okay sorry. Abis aku kejut kau elok elok kau tak bangun. Aku terpaksa simbah kau' Kata Jhope. 'Agak ah nak simbah pun lain kali satu cawan je cukup lah. Ni satu baldi. Kau nak aku mati lemas atas katil ke apa?' Hembos aku

'Sorry sorry nanti aku beli ubat untuk kau. Makan ni dulu' Kata Jhope lalu menghulurkan sandwich. Selepas bersarapan, kami bertolak menuju ke Jeju.

Sepanjang perjalanan aku bersin. Aku selsema lagi. Ni semua angkara Jhope si takguna tu. 'Kau okay ke?' Lagi tanya aku okay ke tak. Confirm confirm lah tak okay

'Aku rasa nak demam' Kata aku ringkas. 'Kejap aku cari klinik' Mata Jhope melilau mencari klinik. Akhirnya dia jumpa satu klinik di tepi jalan.

'Jom Rin' Aku terasa sangat lemah. Kepala aku pun pening. Nasib baik tangan aku yang patah haritu sudah okay. Kalau tak tangan pun sakit. 'Jhope aku tak larat nak jalan'

'Tak apa aku boleh dukung kau' Jhope segera piggyback aku. Aku lemah sangat. Mata aku pun tak berapa jelas. Kami masuk kedalam bilik rawatan. Aku memasang telinga.

'Macam mana adik saya?' 'Adik awak hanya mengalami demam biasa tetapi suhu badannya sudah mencecah 40 darjah celcius' Aku mendengar aku berasa bersyukur. Aku takut kalau kena duduk hospital lagi. Dah lah tak best.

Selepas mengambil ubat dan bayar bil. Jhope memapah aku menuju ke kereta. Aku masuk ke dalam kereta dan terus tidur. Lama keadaan menjadi senyap.

Tiba tiba Jhope bersuara. 'Rin sorry tau. Aku tak ada niat pun nak sakitkan kau macam ni. Aku janji aku tak buat lagi' Aku tersadar. 'Tak apa bang. Aku tak kisah memang salah aku pun kau kejut aku takbangun. Hm. Tak apa nanti aku makan ubat okay la'

Selepas beberapa jam akhirnya kami sampai di destinasi. Rumah Taehyung. 'Tunggu dalam kereta kejap' Jhope segera keluar daripada kereta lalu menekan loceng rumah tersebut.

Tidak lama kemudian kelihatan seorang lelaki berpakaian segak dengan rambut kelabunya keluar daripada rumah tersebut. Aku tidak dapat melihat mukanya dengan jelas kerana dihalang oleh Jhope.

Lelaki tersebut menyalam Jhope dan membuka pagar menyuruh Jhope meletakkan keretanya di dalam. Jhope segera kembali ke kereta. 'Tu ke Taehyung?' 'Haah'

Jhope dan aku keluar daripada kereta tersebut. Aku mengambil bagasi aku!kemudian meletakkan di dalam rumah. Wah! Rumah dia kemas gila! Cantik pula tu!

Selepas meletakkan barang, Jhope memperkenalkan aku dekat Taehyung. 'Tae, ni Rin adik hyung. Rin ni Tae panggil V pun boleh' Aku menghulurkan tangan untuk bersalam denganya. Dia terus keluar tidak menghiraukan aku.

'Sombong gila' Kata hati aku sambil menjeling ke arahnya. 'Calm down. Dia memang macam tu. Kan aku dah bagitahu dia panas baran keras kepala sombong semua tu' 'Jangan minta nak balik Seoul. Aku siram kau lagi nanti' Kata Jhope panjang

Aku hanya mengangguk. 'Rin esok aku dah start kerja. Aku pergi kerja pukul 7' 'Habis aku? Aku nak makan apa pagi tu? Sampai hati kau tinggalkan adik kesayangan kau ni seorang seorang'

'Pagi tu V ada. Dia kerja malam. Nanti aku balik dia pula pergi kerja. Kau makan lah dengan dia. Dia pandai masak tau. Ramen dia sedap gila' Kata Jhope. Aku tunduk. 'Kenapa?'

'Dia sombong, aku tak nak tinggal dengan dia' 'Aku dah kata jangan buat perangai. Duduk je dengan dia. Lama lama nanti okay lah' Kata Jhope lalu menuju kebiliknya. Dia penat kot tu yang angin macam ngam tak ngam je.

Aku menonton televisyen seketika sementara hendak menunggu makan malam. Aku ketawa terbahak bahak tengok cerita Goblin. Even dah lama still kelakar. Part Lee Dong Wook as malaikat maut tu yang kelakar. Asyik bergaduh je dengan Goblin tu. Haha

Tiba tiba V muncul. 'Jangan ketawa macam tu aku tak suka perempuan ketawa tak ingat dunia' Lalu dia berlalu pergi. Weird. 'Annoying sei mamat ni suka hati aku lah nak gelak macam mana pun' 'Lagipun dia siapa nak suka aku ke tak? Dah lah sombong'

Terus tak ada mood aku nak sambung tengok tv. Aku mematikan tv lalu menuju ke dapur. Kebetulan V tengah makan. Dia tengok aku. 'Nak apa?' Kata dia sambil berkerut.

'Tak ada apa' Aku terus berlari menuju ke bilik. Sedang aku berlari kaki aku tersadung di tangga dan kemudian aku tergolek jatuh ke bawah. Auch!

Cuainye kau Rin. V yang nampak situasi tersebut hanya buat endah tak endah sahaja. Shit! Dia tak nak tolong aku langsung even nampak aku jatuh. Aku benci dia.

Aku cuba bangun. Gedebuk! Aku jatuh lagi. Aku bangun and jatuh lagi. Kaki aku rasa sangat sakit. Aku tak tahu nak buat apa. Aku panggil Jhope tapi dia tak dengar. Aku mula menangis.

Tiba tiba ada seseorang menghulurkan tangan. Aku terkejut. V? Asal tiba tiba dia nak tolong aku? Sibuk je. Pergi lah makan sana tadi tak kisah pun. Aku still menangis then buat tak nampak je dia ada dekat situ.

Baran; Kim TaehyungWhere stories live. Discover now