3

5.9K 477 22
                                    


RIN

Kami memasuki satu kawasan perumahan. Aku terkejut gila. Rumah dekat kawasan tu semua besar besar. 'Abang, rumah kita besar ni ke?' Kata aku sambil menunjuk nunjuk rumah di kiri dan kanan kami.

'Of course. Aku yang beli rumah kita tu sebab dulu kau selalu merungut rumah kecik sangat' 'Ye je aku macam tu?' 'Ye Rin kau cerewet nak mampus' Aku hanya mendiamkan diri sambil teruja melihat rumah rumah besar tersebut.

'Okay dah sampai' Kata abang aku lalu dia meletakkan kereta di kawasan garaj. Wah besar gila weh rumah aku! Untung aku ada abang kaya macam Jhope haha.

'Dah tercegat apa lagi? Tak nak masuk ke?' Kata abang aku. Aku segera mengambil beg di tempat duduk belakang dan segera masuk ke dalam rumah.

'Suprise!!!!' Aku terkejut. Siapa dia orang ni? Okay ada Namjoon aku kenal dia. Suga? Dia pun ada. Tapi yang lain ni siapa? Aku menyiku abang aku. 'Berapa ramai member kau ni? Tak kan aku nak ingat semua?'

'Haha' Abang aku hanya gelak melihat tingkah laku aku yang begitu terkejut dengan keadaan itu. 'Relax, party ni aku yang bagi idea sebab kau dah lama tak balik rumah so thats it nah untuk kau' Kata abang aku sambil menghulurkan sekotak hadiah.

Aku tanpa berasa syak wasangka aku terus membuka kotak tersebut. Wah! Aku dapat handphone baru! Iphone X pula tu! Aku memandang abang aku. Dia pun pandang aku. 'Apa?' Katanya

'Terima kasih' Kata aku lalu aku memeluknya. 'How sweet this adik beradik' Kata satu suara. Macam biasa, aku tak kenal dia orang selain Jhope, Suga dan Namjoon.

'Siapa dia orang ni?' Kata aku kepada Suga. Suga segera berdiri di sebelah aku dan memperkenalkan mereka seorang demi seorang. 'Yang rambut oren tu Namjoon' 'Itu aku tahu lah'

'Yang rambut blonde tu Jimin' Aku memandang Jimin dan kemudian dia senyum. Comel nya pipi dia tembam. 'Yang rambut hitam tu Seokjin' 'Dan yang paling tinggi tu Jungkook'

Aku mengimbas muka mereka sekaligus. Setakat ni Jimin paling comel. Pipi dia! Geram aku. Rasa macam nak cubit cubit je. Tembam sangat.

'Dan aku' Suga menhulurkan tangannya untuk berjabat tangan. 'Aku Min Yoongi atau Suga. Merangkap boyfriend kau yang kau dah tinggal selama dua bulan' Kata Suga. Aku shock! Serious ah dia boyfriend aku? Tak akan!

Aku segera menuju ke arah Jhope yang sedang minum wain di hadapan televisyen. 'Jhope..' 'Apa?' 'Suga boyfriend aku ke?' 'Dulu' 'Habis sekarang?' 'Tanya lah dia' Aku benci betul lah. Sepatah ditanya sepatah dia jawab.

Aku putus asa dengan Jhope lalu aku mengambil keputusan untuk bertanya sendiri dengan Suga. Aku segera pergi ke arahnya. 'Suga' Suga melihat aku lalu menyuruh aku duduk di sebelahnya. 'Apa?' Katanya sambil makan coklat kegemarannya.

Kegemarannya? Macam mana aku tahu dia suka coklat tu? Tiap kali dia lepak dekat hospital hari tu mesti dia akan makan coklat tu. Kalau dia makan memang dia tak akan bagi orang lain rasa. Kedekut!

'Aku nak tanya' 'Tanya apa? Betul ke aku ni boyfriend kau?' 'Mana kau tahu aku nak tanya pasal tu?' Aku tahu lah kau kan girlfriend aku' 'So?' Suga menunjukkan gambar gambar aku dan dia waktu sebelum kemalangan itu berlaku.

Aku pun rasa kali ini betul, sebab gambar aku dengan dia banyak sangat. So aku percaya yang dia boyfriend aku. Tapi. 'Suga tapi kenapa masa dekat hospital kau tak pernah bagi tahu aku pasal ini?'

'Itu sebab Jhope tak bagi aku bagitahu kau. Dia kata nanti kau tak akan percaya. Aku kecewa. Aku tunggu masa yang sesuai nak bagitahu kau' 'Tapi bukan ke kau lagi tua daripada Jhope? Macam mana aku boleh jadi awek kau ni?'

Lagi tadi aku pelik. Macam mana aku boleh fall in love dengan orang yang lagi tua daripada abang aku? Pelik kan? 'Ouh tu sebab..' 'Sebab apa?'

'Sebab kau yang start suka aku dulu. Aku iya kan je' Kata Suga lalu berlalu pergi. Apa semua orang ni? Suka sangat buat aku tertanya tanya.

SUGA

'Tapi bukan ke kau lagi tua daripada Jhope? Macam mana aku boleh jadi awek kau ni?' 'Ouh tu sebab..' 'Sebab apa?' 'Sebab kau yang start suka aku dulu. Aku iya kan je'

Selepas aku menjawab soalan Rin. Aku segera berlalu pergi. Sorry Rin aku terpaksa tipu kau. Betul lah kau cakap. Pelik untuk orang yang lagi tua dari Jhope jadi boyfriend kau. Gambar yang aku tunjuk tu semua gambar edit je. Aku dengan Jhope yang edit.

Ni semua pun sebab boyfriend dan kawan kawan tak guna kau dulu. Sebab dia orang kau koma dua bulan. Kesian kawan aku Jhope hari hari tunggu kau. Kali ini aku tak akan bagi benda yang sama jadi dekat kau lagi. Biar aku je yang jaga kau lepas ni.

Plan ni pun aku Jhope dengan kawan kawan lain yang rancang. Kita orang serik dengan apa yang jadi dekat kau. Harap kau faham. Aku memandangnya.

Sorry Rin sebab bagi kau fikir banyak. Aku nak kau happy macam selalu tanpa ingat kisah lama kau yang menyedihkan. Seram pun ada. Aku minta maaf Rin. Aku minta maaf.

Baran; Kim TaehyungWhere stories live. Discover now