7

4.7K 381 9
                                    


JHOPE

Aku macam rasa hari ni aku kerja tapi kenapa aku rasa macam aku atas katil lagi. 'Jhope hyung bangun lah kata nak pergi kerja' Suara V memanggil aku. So betul lah aku tidur lagi ni.

Aku segera bangun lalu membersihkan diri di bilik air. Aku mengenakan pakaian kerja aku. Setelah semua siap aku turun kebawah dengan beg bimbit aku. Aku menuju ke pintu untuk keluar.

'Hyung tak nak sarapan dulu ke?' 'Tak apa lah V, aku takut jalan sesak. Kau kejut Rin makan dengan dia je nanti' 'Er okay' Aku terus keluar meletakkan diri dalam perut kereta lalu memecut pergi.

TAEHYUNG

Aduh satu kerja lagi nak pergi kejut budak sakai tu. Asyik asyik dia tak ada orang lain ke. Tak payah lah kejut pandai lah dia nak makan dia turun. Menyusahkan betul lah dia tu. Pakal je dia adik hyung. Kalau tak, dah lama aku halau.

Aku nak makan ah kejap. Akhirnya aku dapat merasai ketenangan bila makan di awal pagi. Happy gila hari ni. Lagi happy bila Rin tak ada

Jhope hyung🤷🏻‍♂️
Jangan lupa kejut adik aku suruh dia makan. Kalau tak balik nanti aku sekeh kau.

Taehyung
Ye lah kejap lagi aku kejut lah dia. Aku nak makan dulu ni

Jhope hyung🤷🏻‍♂️
Kurang asam kau makan tak ajak dia. Pergi kejut dia sekarang makan sama sama.

Taehyung
Okay fine! Chaw

Apa lah hyung ni. Aku nak makan pun tak senang. Macam tau tau je aku tak kejut adik dia. Ah nyirap! Aku terus menutup makanan takut lalat hinggap dan segera naik ke atas.

Aku menuju ke bilik Rin. Okay bilik aku yang lama actually dia tu suka betul menyibuk dalam life aku. Aku tak terus ketuk pintu. Tapi aku menerjah je masuk. Rumah aku kan suka hati aku lah.

'Woi perempuan bangun!' Rin tak bergerak pun aku tengok. Hish dah lah menyusahkan. Tambah lagi menyusahkan nak kejut dia pagi pagi ni.

'Rin bangun abang kau suruh sarapan' Rin terus bangun sambil menggosok matanya. Comel juga dia ni bila baru bangun tidur. 'Cepat turun makan'

Dia tidak membantah. Dia segera hendak turun dari katil tapi dia terjatuh. 'Aduh!' Rin menggosok pergelangan kakinya yang sakit. Sumpah aku lupa kaki dia belum baik.

Aku segera mengangkat Rin kembali atas katil. 'Sorry aku lupa kaki kau sakit. Duduk sini aku ambilkan makanan kau kejap' Aku terus berlalu pergi.

RIN

Fuck Taehyung! Sakit sial kaki aku. See aku dah mencarut. Ya allah berdosanya aku. Tapi serious sakit kaki ni hm. Apa aku nak jawab dekat Jhope nanti kaki aku dah bertambah merah.

Aku pun satu, asal lah pergi turun melulu je tadi. Cuai lah kau ni Jung HeoRin. Lain kali hati hati lah sikit. Haih!

TAEHYUNG

Aduh menyesalnya aku suruh dia turun. Tapi kaki dia nampak tak okay je. Baik aku ambil ais sekali. Aku turun kebawah sambil memikirkan pasalnya. Kenapa dengan aku ni?

Sampai sahaja di dapur, aku segera mengambil semua makanan yang ada di atas meja. Biar aku makan dekat atas sekali. Nanti dia seorang seorang kasihan pula. Aku kasihan dengan dia? Maigad kenapa aku rasa macamtu!

Aku segera naik ke atas kembali dengan membawa makanan dan juga sebungkus ais. Banyak betul ais rumah aku haha. Aku tolak pintu yang aku tidak tutup tadi.

Kelihatan Rin sedang bermain dengan handphonenya. Dia segera menyimpan handphonenya setelah melihat kehadiran aku. Aku pun letak lah makanan tu atas meja yang aku letak khas untuk buat kerja atau apa.

Aku mendekatkan meja tersebut dengan katil Rin. Biar dia senang nak makan. 'Rin makan lah' 'Okay' 'Kaki kau' 'Apa?' 'Meh sini kaki kau' 'Kau nak buat apa dengan kaki aku?' Rin segera menghulurkan kakinya ke arah aku

'Kaki kau merah ni nanti Jhope marah aku sebab tak jaga kau elok elok. Ingat eh kali ni je aku tolong' 'Hm' Rin tidak memperdulikan aku lalu dia terus makan. Tiba tiba dia menghulurkan aku makanan

'Nah makan' Katanya. 'Kau makan dulu. Kaki kau lagi penting nanti aku yang kena' 'Tapi kalau kau tak makan lagi lah kau kena marah dengan abang aku nanti'

Aku malas nak berlawan suara dengan dia aku terus mengambil makanan tersebut lalu memakannya. 'Jangan bagi aku makan lagi' Even aku tengah lapar lagi ni.

Aku panas baran and keras kepala tapi aku lagi takut dengan Jhope. Sejak dia tolong aku masa sekolah dulu. Aku dah hormat dia macam abang aku sendiri.

Bertahun tahun yang lalu

Aku suka buli orang. Hari hari aku buli orang. Aku mintak duit aku push dia macam macam lah aku buat. Sebab aku dari kecik dah stress dengan parents aku. Dia orang asyik bergaduh je. Aku muak.

Satu hari tu bila aku buli budak bawahan, dia mengadu dekat abang dia. Abang dia baya Jhope masa tu. Abang budak tu datang jumpa aku. Dia tumbuk aku. Bibir aku berdarah. Dia kata aku siapa nak buli adik dia.

Tiba tiba Jhope muncul. 'Sorry bro dia adik aku' Jhope kata. 'Ajar sikit adik lu bro jangan bagi dia buli orang lagi, dia ingat dia dah taiko sangat nak buli je kerja' 'Okay nanti aku ajar dia kau balik lah dulu'

Lelaki tu pun berlalu pergi. Tiba tiba Jhope pergi dekat aku. 'Kau okay tak? Aku Jhope' 'Lain kali jangan buli orang lagi, kalau tak aku yang bunuh kau' Kata Jhope sambil menjeling. Sejak hari tu aku rapat dengan Jhope.

Tak tahu kenapa tapi aku rasa selesa gila kawan dengan Jhope. Maybe sebab dia baik kot. Sebab tu juga la aku dapat tinggal dengan dia sekarang. Pakej dengan adik dia sekali. Urgh

Baran; Kim TaehyungWhere stories live. Discover now