Chapter 2
#gunslinger
Date Post : 09.01.2018Introduction of Christiansen Jerome.
"It's her wish to be a fashion designer. I will fulfill her last wish no matter what will happen in future. So she can rest in peace"~ Christiansen Jerome.
2017.17.7
Christiansen berdiri menghadap pusara Winulan sambil memegang bunga tulip kegemaran Winulan. Perlahan dia membongkok dan mengelap gambar Winulan yang dilekatkan di tanda pusaranya menggunakan tangannya. Kemudian dia meletakkan bunga tulip itu perlahan diatas pusara Winulan.
Winulan Winnyl
R.I.P
17.7.2007Christiansen tersenyum tawar. Perlahan dia membuka cermin mata hitamnya. Lengan bajunya yang panjang dilipatnya paras siku. Tali lehernya dilonggarkannya. Dia mendongak melihat langit yang biru terang. Kemudian pandangannya dialihkannya kepada pusara Winulan.
"Win, how are you? It's been a while"sapa Christiansen sambil mengeluh perlahan. Matanya sepet dipanah silau mentari pagi. Pipinya sudah kemerahan menahan haba mentari pagi. Satu jam sudah berlalu dan dia masih berdiri disana. Melepaskan segala kerinduannya. Tiada tanda-tanda dia mahu berganjak dari situ. Kakinya seolah-olah digam. Mengimbas segala memori antara dia dan Winulan. Kenangan yang tersimpan sekian lama didalam kotak memorinya
"Mr CJ, it's time."bilang salah seorang daripada pengawalnya dengan perlahan sambil menundukkan wajah.
Christiansen mengangguk tanda faham.
"Win...saya jalan dulu. Take care there."ucap Christiansen perlahan sambil melangkah menuju ke arah kereta yang siap sedia menunggunya.
Kembalinya ke Soul City selepas 10 tahun berlalu membuatkan dia sedikit gementar. Segala kenangan buruk 10 tahun lalu kembali berlegar-legar di ruangan mindanya. Christiansen cuba memejamkan matanya. Dia perlu bertenang sebelum tiba di rumah agam dan berhadapan dengan keluarganya.
"Mr CJ, are you alright?"soal Raffin sambil memandang wajah Christiansen yang berkerut seribu.
"Hmm.. I need to sleep first Raff. Wake me up when we reach there" jawab Chris pendek.
Raffin menganggukkan kepalanya perlahan. Dia merupakan pengawal yang paling setia dengan Christiansen. Dia menjaga Chris sejak dia berumur 12 tahun dan ketika itu Chris hanya berumur 4 tahun. Hampir 25 tahun dia berkhidmat dengan Chris. Chris tidak pernah menganggapnya sebagai orang suruhan malahan hubungan mereka seperti adik beradik. Namun Raffin tahu segala batas dia dan Chris. Chris tetap anak kepada tuannya dan tugas dia ialah melindungi dan menjaga Chris walaupun apa pun yang terjadi. Namun peristiwa 10 tahun lalu membuatkan Chris berubah 100% . Dia bukan lagi Chris yang dulu. Trauma dengan kejadian 10 tahun yang lalu.. Christiansen Jerome telah berubah menjadi seorang lelaki yang lembut walaupun bukan pondan. Dia tidak mahu mana-mana wanita mendekatinya. Dan dia tidak mahu jatuh cinta dengan mana-mana wanita disekelilingnya lagi. Chris membawa diri ke luar negara dengan membawa impian Winulan bersamanya iaitu menjadi seorang pereka fesyen. Chris tidak mahu ada kaitan dengan kehidupan keluarganya. Baginya kehidupan mereka yang bergelumang dengan dark secret merupakan penyebab kematian Winulan. Christiansen menyalahkan The Legendary sepenuhnya atas kematian Winulan. Tanpa dia mengetahui kebenarannya dia membuat keputusan untuk keluar dari keluarganya.
Kerjaya sebagai pereka fesyen memerlukan Chris sentiasa tampil kemas dan menarik. Chris amat mementingkan penampilannya. Oleh sebab yang demikian ramai yang berfikir Chris merupakan seorang yang "gay". Chris tidak memberikan sebarang komen mengenai ulasan orang ramai mengenai dia. Malaha dia lebih senang begitu. Biarlah hanya dia dan Raffin sahaja yang tahu siapa dia sebenarnya.
