Part 15

423 43 3
                                    

#gunslinger
Chapter 15: Losing You

~Old Factory at Soul City~

Chrysanthea Vs  Zara

"Emmmmm...emmmmmm" Thea cuba bersuara namun bibirnya disumbat dengan kain manakala matanya ditutup. Dia cuba mengerakkan tangannya namun tangannya diikat dengan begitu ketat sekali. Dia mencuba mengerakkan kakinya pula namun kakinya turut diikat. Thea menyumpah di dalam hatinya. Dia tidak tahu dimana dia berada sekarang. Namun dia yakin Chris dan papanya sedang mencarinya.

"Chrysanthea kamu sedar sudah? Hmm.. sayang sekali saya tak boleh bunuh kamu."bilang Zara sambil tersenyum sinis melihat Thea di hadapannya.

Thea cuba mengamati suara yang bercakap itu.

"Perempuan.."desis hatinya.

"Emmm..emmm.."Thea mencuba lagi.

"Ouhh..kamu mahu bicara ya. Sebentar."bilang Zara lagi. 

Kedengaran bunyi tapak kasut menghampiri Thea. Haruman wanginya harum semerbak bila dia mendekati Thea. Dengan kasar Zara mengambil kain yang disumbat di mulut Thea.

"Who are you?!"soalan Thea yang pertama keluar dari mulut dia.

"Me? Someone you never know Chrysanthea."jawab Zara.

"What do you want?"soal Thea lagi.

"Nothing except to kill you. But that is the only thing I can't do now."balas Zara lagi sambil kedengaran dia mengeluh. Seolah-olah sangat kecewa yang dia tidak boleh menamatkan riwayat Thea.

"Apa yang saya sudah buat sampai kamu mahu bunuh saya?"soal Thea.

Namun tiada jawapan. Hanya kedengaran bunyi pintu ditutup kasar.

Selepas beberapa minit kemudian kedengaran pintu terbuka lagi. Bunyi tapak kasut semakin menhampirinya.

"Arghhhh..."jerit Thea bila dia merasakan rambutnya ditarik kasar. Rasa mahu tercabut kulit kepala dia.

"How you feel Thea? Sakit?"bisik Zara hampir ditelinga Thea.

"Let me go bitch!"jerit Thea. Dia cuba melawan namun seluruh badannya diikat ketat.

"I will but not before I give you some memories."jawab Zara kasar.

Kali ini dia menampar muka Thea. Terasa masin di bibir Thea. Tak cukup dengan itu dia menumbuk Thea. Thea hanya mampu mengerang kesakitan. Matanya tertutup rapat. Seluruh badannya sakit dan pedih.

Setelah Thea sudah tidak bermaya barulah Zara berhenti. Dan meninggalkan Thea terbaring di lantai. Dia merasa puas menyeksa Thea. Dendamnya terhadap Thea membuak-buak sejak Zinadine mengambil keputusan untuk pergi ke Dark Site demi Thea. Baginya Thea harus merasakan apa yang dia rasakan juga. Biar dia dan Thea sama-sama dalam kesakitan.

"Bat, kau uruskan perempuan tu. Campak dia balik ke kelab tu."arah Zara sambil berlalu pergi.

Lelaki yang bernama Bat itu mengangguk tanda faham.

*******************************************************

Sementara itu sejam selepas kehilangan Thea...

McMahon Mansion...

Yorin menumbuk meja. Berkali-kali dia melihat CCTV di kelab Mr B namun wajah wanita itu tetap tidak kelihatan. Seolah-olah dia tahu akan kedudukan CCTV di dalam kelab tersebut.

Mereka semua berkumpul di McMahon Mansion. Seluruh ahli sudah dikerahkan mencari di serata tempat. Chris dan Raffin juga turut mencari. Chris semalaman sudah inda tidur memikirkan keadaan Thea.

GUNSLINGERWhere stories live. Discover now