Chapter 6

556 42 2
                                    

#gunslinger
Chapter 6 : The Hardest Part
Date Post : 07.02.2018

Bright City

Tanah Perkuburan Bright City.

Hujan turun renyai-renyai. Awan kelabu perlahan berarak. Harry masih lagi berdiri di hadapan kubur isteri dan anak-anaknya. Tangannya mengenggam erat cincin perkahwinan dia dan Cassandra. Satu-satunya kenangan perkahwinan mereka berdua yang sangat bermakna buatnya. Kalau diikutkan hatinya dan akal fikirannya yang kurang waras dia sudah saja membunuh diri. Betapa peritnya kehilangan orang yang kita sayangi. Betapa sakitnya melihat mereka terbaring kaku di dalam keranda. Hanya Tuhan saja yang tahu kesakitan yang dia rasakan saat itu. Juliuz dan Maurice hanya memerhatikan Harry dari dalam kereta dengan perasaan yang sayu. Mereka turut rasa bersedih atas pemergian Cassandra dan anak-anaknya. Bukan mereka sahaja malahan seluruh anggota polis yang bertugas dibalai yang sama dengan mereka juga turut bersedih. Mendiang Cassandra sangat peramah dan pemurah orangnya. Seluruh anggota polis di balai tersebut mengenalinya.

Mereka berdua membiarkan saja Harry disana berseorangan. Mereka yakin Harry perlukan masa sendirian bersama dengan keluarganya. Juliuz dan Maurice mengeluh mengenangkan nasib ketua mereka itu. Harry dengan pelahan meletakkan satu persatu bunga ros putih diatas kubur isteri dan anak-anaknya. Air matanya menitis lagi. Bagaikan baru sejam yang lepas mereka bersarapan bersama-sama. Suara anak-anaknya masih lagi terngiang-ngiang di telinganya. Jerit tawa anak-anak dan isterinya bermain-main dimindanya. Hatinya bagaikan dicucuk samurai yang sangat tajam. 

“B, jagalah anak-anak kita dengan baik disana B. Tunggu kedatangan saya. Selepas tugas saya selesai kita akan bersama sekali lagi B. Cassey jaga adik baik-baik. Tunggu papa ya sayang. Henazi dengar cakap mama dan kakak. Jangan nakal-nakal kamu disana Hen. Bagi papa masa.”bisik Harry perlahan. Sebelum melangkah pergi dia memandang  ke arah kuburan mereka buat kali yang terakhirnya saat ini. Berat untuk dia melangkah pergi meninggalkan mereka, namun dia ada urusan yang harus dia selesaikan.

“Phantom, dimana juga kau berada akan ku cari kau sampai ke lubang cacing sekali pun. Hutang darah dibayar darah Phantom. Hutang nyawa dibayar nyawa. Selagi aku tidak hapuskan kau aku tidak akan berhenti. Kau harus membayar harga atas kematian keluargaku.”bisik Harry dalam hatinya. 

Setelah melihat Harry berlalu pergi, barulah Juliuz dan Maurice mengekorinya. Mereka risau akan Harry akan berbuat yang bukan-bukan dan mengambil tindakan yang kurang rasional.

“Siapa Phantom? Apa kena mengena dia dengan ketua kita?"soal Juliuz sambil memandang Maurice yang focus dengan pemanduannya. Dia tidak mahu kehilangan jejak Harry dan tidak mahu Harry perasan dengan kehadiran dia dan Juliuz. Dia memandu dengan jarak yang selamat.

"Aku rasa Phantom tu dalang disebalik aktiviti haram yang dilakukan oleh Roberto dan mafia yang lain. Macam Head of Mafia.”jawab Maurice.

“Dalang? Bukan mafia sudah cukup besar kah? Phantom lagi besar dari mafia-mafia yang kita buru selama ni?”soal Juliuz lagi. Berkerut kening dia.

“Mungkin Phantom ini ketua kepada ketua-ketua mafia atau juga dia memiliki pengaruh yang besar dalam kalangan mafia.”jawab Maurice lagi.

“Kalau begitu dia sudah pastinya sangat berpengaruh. Kenapa tiba-tiba pula dia muncul? Selama ini tak pernah pula kita dengar pengelibatan Phantom dalam mana-mana mafia.”bilang Juliuz sambil berfikir mengenai kes-kes yang pernah mereka siasat. Langsung tiada berkaitan dengan yang bernama Phantom.

“Kalau dia big boss mafia kau rasa dia akan keluarkan diri dia kah? Dia tidak akan kotorkan tangan dia. Panggil saja orang upahan dia untuk melakukan tugasan kotor dia.”terang Maurice.

"Jadi sebab itulah Chief suruh ketua berhenti menyiasat mengenai kes tempohari? Sebab dia tahu sesuatu yang buruk akan berlaku?"soal Juliuz lagi.

Maurice mengangguk. Besar kemungkinan Chief Dept mereka sudah mengetahui mengenai Phantom dan siapa Phantom.

GUNSLINGERWhere stories live. Discover now