#gunslinger
Chapter 16: Answer behind the DeathSeminggu berlalu selepas kematian Juliuz, Harry masih lagi mengambil cuti. Kehidupannya terasa kosong. Semua orang yang rapat dengan dia satu persatu meninggalkan dia. Harry membelek sampul surat yang ditinggalkan oleh mendiang Juliuz. Sampul surat yang mengandungi maklumat yang mungkin sangat penting bagi Juliuz hingga dia sanggup melindunginya dengan nyawanya sendiri. Harry masih belum membukanya. Disebelah sampul itu pula gambar mereka bertiga yang diambil di Bright City semasa Harry menyambut hari jadi tahun lalu. Mereka bertiga tersenyum gembira di dalam gambar tersebut.
Samuel telah kembali ke Bright City. Sempat Harry berpesan pada Samuel agar sentiasa berhati-hati dan jangan melibatkan diri dengan kes yang berkaitan dengan Phantom. Harry tidak mahu ada lagi mangsa akibat kejahatan Phantom. Kes pembunuhan isteri dan anak-anaknya ditutup begitu sahaja bila ada seorang lelaki datang menyerah diri dan mengakui dia membunuh isteri dan anak Harry dengan motif untuk merompak.
Meski pun Harry mengetahui kebenaran di sebalik kes pembunuhan keluarganya namun dia tidak dapat berbuat apa-apa bila pihak polis dan mahkamah terus menjatuhkan hukuman mati kepada lelaki tersebut. Harry hanya menerima keputusan mereka dengan berat hati. Namun jauh di sudut hatinya dia berjanji akan mencari Phantom hingga ke akhirnya. Hutang darah tetap dibayar darah.
Secara senyap Harry menjalankan siasatannya sendirian disamping mengumpul maklumat bersama-sama dengan Dekt. Samuel. Namun setakat ini maklumat mereka belum mencukupi untuk mengaitkan Phantom dengan mana-mana mafia yang berada di Soul City. Rata-rata mereka bermusuhan dengan Phantom. Terutamanya The Legendary dan The Legacy. Harry membuat kajian mengenai latar belakang The Legendary dan The Legacy secara menyeluruh. Dia perlu menjadi sekutu mereka untuk menumpaskan Phantom.
Namun kematian Juliuz memberikan tamparan yang hebat kepada Harry. Segala rancangannya terbantut. Harry merenung kembali surat perletakkan jawatannya di meja. Dia sendiri ragu-ragu dengan keputusannya namun dia tidak mahu ada lagi yang menjadi korban kepada kekejaman Phantom. Sedang dia mengelamun pintu apartmentnya diketuk. Harry mengambil pistolnya di bawah meja dan menyelitkannya dia belakang baju dia. Sejak kematian Juliuz dia menjadi begitu berhati-hati. Seolah-olah ada seseorang yang sering memerhatikan pergerakan dia.
Tok... tok...
Sekali lagi pintu diketuk. Harry perlahan membuka pintu.
Kelihatan seorang pekerja KFC dia memegang beberapa plastik. Tangan kanan Harry sudah bersedia memegang pistolnya. Dia yakin dia tidak memesan KFC delivery.
"KFC delivery"bilang staff KFC tersebut sambil menyuakan plastic.
"Tapi saya tak pesan KFC"jawab Harry. Pintu hanya dibukanya sedikit.
"Juliuz hantar saya.."bilang tu staff lagi.
"Kamu kenal dia?"soal Harry hairan.
"Ya. Saya tahu apa yang sudah terjadi."bilang staff itu lagi.
Harry diam. Dia masih ragu-ragu dengan staff tersebut.
"Maurice Jack Daniels, Harry Level 5 and Juliuz Tequila"bisik staff tu lagi.
Harry terus membuka pintu dan tanpa berlengah staff KFC tersebut terus masuk. Dia menutup semua tirai di dalam bilik Harry.
Harry hanya memerhatikannya.
"Kamu siapa?"soal Harry. Dia masih berdiri di pintu. Tangannya memegang pistol erat.
"Relax Harry, saya Eve. Teman wanita Juliuz."bilang Eve sambil membuka jacketnya dan topinya.
Harry terdiam sekejap. Selama ini Juliuz tidak pernah menceritakan apa-apa mengenai teman wanitanya.
"Saya tak pernah tahu."bilang Harry.