Chapter 5

547 58 3
                                    

#gunslinger
Chapter 5 : The Untold Pain.
Date Post :23.01.2018

"There was no one to tell and nowhere to hide. I kept the pain to myself while a part of me died long time ago. As you walk away from my life I just wish you knew how much you destroy every piece of my heart. You make me feel like I am useless."-Phantom @ Talexson

Phantom berdiri di jendelanya sambil merenung keluar. Dia berada di rumah lamanya yang berada di hujung Bright City. Disanalah kehidupan dia bermula. Kehidupan yang penuh kehancuran dan kegelapan. Dilihatnya anak-anak di tempat itu riang bermain. Phantom tersenyum sinis.

"Mereka sangat bahagia walaupun miskin. Kenapa aku tidak sebahagia begitu suatu ketika dahulu?"bisiknya sendirian sambil meneguk minumannya.

Terimbau kembali segala memori yang menghantuinya..

"Kurang ajar punya anak! Anak syaitan!Anak sial! Anak hantu.Anak tak guna!!"

Jeritan kesakitan dan sumpah seranah Steward memecah kesunyian malam yang menyelubungi tempat pembuangan sampah di hujung bandar Bright City. Disitulah warga-warga miskin tinggal. Membina rumah dari sampah buangan dari warga kota Bright City. Mereka merupakan kelas yang paling bawah sekali dalam status masyarakat di Bright City.

Steward memegang tali pinggangnya kemas di tangan dan menghayunkannya dengan sepuas hatinya kepada anak kecil dan ibunya yang sudah terbaring lemah dilantai. Kelihatan si ibu cuba sedaya upaya melindungi anaknya dari terkena pukulan keramat itu. Setiap kali libasan tali pinggang itu terkena ibunya kedengaran jeritan kecil yang ditahan-tahan supaya jiran-jiran tidak mendengar.

"Perempuan sialan!Tak guna!Mati kau!Mati!"jerit Steward sambil menendang badan isterinya. Tak cukup dengan itu anaknya pula dia tendang bagaikan menendang bola. Tubuh sekecil itu hanya mampu menangis kesakitan bila orang yang sepatutnya melindungi dia dan mamanya memukul mereka sebegitu rupa. Sedangkan binatang juga punya perasaan terhadap anak mereka namun bapanya lebih kejam dari binatang.

Setiap hari begitulah yang terjadi kepada Talexson dan ibunya Elise. Bapanya akan pulang dalam keadaan mabuk dan mula meminta duit. Tiada duit maka mereka berdua akan dipukul umpama binatang. Malahan ibunya pernah pengsan akibat daripada pukulan bapanya. Talexson hanya mampu menangis melihat ibunya dalam kesakitan. Dalam kepayahan dua beranak itu mengumpul tin-tin kosong dan kotak untuk dijual. Manakala bapanya, Sterward hanya menghabiskan masa berjudi dan minum lebih teruk lagi dia terut terlibat dalam gejala dadah.

Waktu berlalu begitu pantas,ketika itu Talexson berumur 10 tahun bila dia melihat ibunya dijual oleh bapanya untuk membayar hutangnya kepada along. Rumah mereka didatangi oleh 10 orang lelaki yang membawa ayahnya.

"Kenapa ni?"soal Talexson bila melihat ayahnya berlumuran darah.

"Ayah kamu berhutang dengan kami."jawab seorang lelaki yang bertatoo spider di lengannya sambil menolak ayahnya ke tanah.

Ibunya cuba menyambut ayahnya namun...

"Spider...ko bawa bini aku ni jumpa Taiko Yap. Aku jual dia untuk langsaikan hutang aku.."bilang ayahnya sambil menolak ibunya ke arah lelaki yang bernama Spider itu.

Ibunya menangis bila saja ayahnya berkata demikian. Talexson cuba mempertahankan ibunya saat konco-konco tersebut mengheret ibunya namun kudratnya tidak mampu menghalang mereka dari mendapatkan ibunya. Ayahnya pula hanya terbaring ketawa. Saat itu Talexson mula membenci ayahnya. Saban hari dia mencari jalan untuk berjumpa dengan ibunya namun tidak berhasil. Dirumah pula dia sering dipukul oleh ayahnya. Namun tiada jeritan kesakitan lagi keluar dari mulutnya. Dia sudah lali dengan pukulan dari ayahnya.

2 tahun berlalu ketika itu dia berumur 12 tahun. Disitulah dia berjumpa dengan seorang lelaki yang bernama Mr Grey. Dia menyelamatkan lelaki tersebut daripada terkena tembakan. Walaupun ketika kejadian itu dia tidak sengaja berada disitu. Pada hari tersebut dia mahu berjumpa dengan ibunya di kelab Taiko Yap,namun kejadian tembak menembak tiba-tiba berlaku didalam kelab tersebut. Talexson yang tanpa sengaja berdiri disana bertindak menolak Mr Grey bila dia melihat salah seorang kuncu Taiko Yap cuba menembak Mr Grey dan tembakan tersebut tersasar tidak mengenai Mr Grey. Mr Grey begitu menghargai tindakan Talexson. Dia menganggap Talexson sebagai penyelamatnya. Talexson diangkat menjadi anaknya. Dari situlah Talexson mula berjinak dengan dunia gelap. Malahan dia juga menukar namanya menjadi Phantom. Phantom dijaga dengan begitu baik oleh Mr Grey. Dia diberikan kemewahan dan pendidikan yang baik.

GUNSLINGERWhere stories live. Discover now