Chapter 8

465 38 3
                                    

#gunslinger
Chapter 8 : Memories
Date Post : 09.02.2018

Bright City.

2 minggu berlalu..

Phantom duduk di bawah pokok mangga di hadapan Rumah Anak Yatim Bright City. Dia menghembuskan asap rokoknya ke udara. Dia memandang sekeliling kawasan tersebut. Walaupun 23 tahun sudah berlalu keadaan disana sedikit sahaja yang berubah. Bangunannya masih warna yang sama dan pokok mangga itu masih lagi berdiri teguh seperti dulu.

Phantom tersenyum. Disinilah dia mengenal erti persahabatan dengan seorang budak lelaki yang begitu baik dengannya. Satu-satunya budak yang berada di rumah anak yatim tersebut yang sudi berkawan dengan dia. Budak lelaki itulah yang selalu merawat luka akibat pukulan daripada bapanya. Harry, ya itulah nama budak tersebut. Kehilangan ibu dan bapanya akibat kemalangan jalan raya. Mendiang bapa Harry merupakan seoang anggota polis manakala mendiang ibunya pula seorang jururawat.

Dia dan Harry sangat rapat sebelum dia diambil oleh Mr Grey menjadi anak angkat. Dia tidak sempat mengucapkan selamat tinggal pada Harry pada masa itu. 6 tahun terpisah kerana dia mengikuti Mr Grey ke pelbagai tempat dia cuba mencari Harry di rumah anak yatim itu  lagi namun Harry telah tiada. Bila dia bertanyakan pada pengurus rumah anak yatim tersebut mereka mengatakan Harry telah pergi merantau kerana sudah cukup umur untuk meninggalkan rumah anak yatim tersebut.

Sejak dari itu Phantom tidak pernah bertemu dengan Harry. Meski pun kecewa namun Phantom berharap agar Harry berjaya mencapai impiannya seiring waktu berlalu.

Flashback

Suatu ketika dahulu.. (23 tahun dahulu)

Rumah Anak Yatim Bright City.

Petang yang indah, angin sepoi-sepoi bahasa bertiup. Matahari kelihatan jingga menandakan tidak lama lagi malam akan menjelma. Sang rembulan menampakkan wajahnya kabur. Tidak jauh dari rumah anak yatim tersebut kelihatan dua orang budak sedang bermain kejar mengejar antara satu sama lain. Mereka berdua berlari ke sana sini sambil ketawa riang. Indahnya masa itu, walaupun dilanda seribu satu masalah mereka masih mampu tersenyum ria.

"Son, duduk la dulu. Huh letih saya berlari."jerit Harry sambil duduk di bawah pokok mangga di depan rumah anak yatim tersebut. Kakinya diunjurkannya.

Seorang budak lelaki yang sebaya dengannya datang menghampiri sambil tersenyum. Dia mengambil tempat duduk disebelah Harry.

"Ishk ko ni kurang stamina juga Harry. Macam mana kau mahu jadi polis kalau begini sahaja kau sudah keletihan. Belum lagi kau kejar penjahat sudah semput."bilang budak lelaki yang bernama Talexson.

"Sekarang aku masih kecil lagi, mestilah kurang stamina. Bila aku masuk Akedemi Polis Bright City nanti aku akan menjadi polis yang terbaik dan penuh dengan keadilan"jawab Harry dengan semangat yang berkobar-kobar.

"Masih ada lagikah keadilan dalam tempat kita ni Harry? Kenapa penjenayah semua tu masih bebas lagi?"soal Talexson lagi. Dia memandang Harry dengan wajah yang ragu-ragu.

"Jangan risau Son, aku akan tegakkan keadilan bila aku menjadi anggota polis nanti. Aku akan pastikan Tauke Yap akan ditangkap dan dihukum. Dan mama kau boleh dilepaskan. Lepas tu kau tak akan bersendirian lagi. Bapa kau pula kalau dia masih lagi pukul kau aku akan tangkap dia dan simpan dia dalam penjara. Jadi kau dan mak kau akan selamat. Apa cita-cita kau Son?"soal Harry sambil memandang wajah Talexson. Wajahnya sedikit comot.

"Kalau kau mahu jadi polis Harry, aku mahu jadi orang yang paling berkuasa di Bright City ini. Aku mahu semua orang tunduk kepada aku. Aku akan pastikan tiada siapa pun yang boleh membuli aku. Aku mahu menjadi ketua mafia yang paling besar. Masa itu aku akan balas dendam kepada sesiapa yang membuli aku dan menghina aku."jawab Talexson dengan yakin. Itulah impian dia yang dia simpan selama ini. Dia tidak ke sekolah seperti Harry adalah mustahil untuk dia mempunyai impian menjadi seorang polis mahu pun seorang guru. 

GUNSLINGERWhere stories live. Discover now