Chapter 13

439 28 0
                                        

#gunslinger

Chapter 13 : Endurance of  Pain (Phantom)

~Phantom

Dia berada di situ hampir setengah jam sambil merenung keadaan di sekeliling kawasan tersebut. Phantom melepaskan nafas perlahan. Disitulah kehidupan dia suatu ketika dahulu. Kehidupan yang penuh dengan kepahitan dan kesakitan. Disitulah semuanya berakhir. Dia menatap kawasan yang pernah menjadi rumah tempat dia berlindung suatu ketika dahulu. Rumah yang diimpikannya menjadi sebuah syurga untuk dia membesar menjadi seorang anak yang berguna. Kini tempat tersebut sudah didiami oleh orang lain. Disanalah dia memutuskan pertaliannya dengan bapanya. Disanalah buat kali terakhirnya dia mempunyai ahli keluarga. Kini semua itu akan menjadi sebuah memori pahit yang tetap akan tersimpan utuh dalam kotak memorinya.

Flashback....

"Talexson....."panggil bapanya perlahan sambil cuba mengerakkan badannya yang sudah tidak berdaya lagi itu. Air liur berbuih-buih keluar dari mulutnya.

Talexson @ Phantom berdiri disebelahnya tanpa menghulurkan bantuan kepada bapanya. Dia hanya memandang wajah bapanya tanpa sekelumit perasaan pun. Tiada simpati mahu pun kesian melihat bapanya bertarung nyawa. Baginya dia memang harus mendapat balasan sedemikian atas segala kesakitan yang dia telah berikan pada mereka. Kerana perbuatan dialah seorang budak lelaki kehilangan kasih sayang daripada ibunya. Kerana dialah seorang budak lelaki sering dipinggirkan oleh anak-anak lain. Kerana dialah seorang budak lelaki yang baik berubah menjadi seperti seekor serigala yang jahat. Kesakitan yang dia berikan merubah semuanya. Jadi dia harus membayar segala kepahitan itu.

Steward memegang kaki Talexson. Kesakitan yang dia alami tidak tergambar dengan kata-kata. Perutnya rasa dipanggang manakala badannya terasa kepanasan. Bergegar dia menahan kesakitan tersebut. Cuba merayu agar dirinya diselamatkan walau dia tahu dia tiada punya jalan lagi untuk hidup. Dia telah diracun oleh anaknya sendiri. Dia telah dibunuh oleh anaknya sendiri.

"Jangan risau, lepas ini kau tidak akan terseksa. Kesakitan itu hanya sekejap berbanding dengan kesakitan yang aku rasakan selama ini Steward. Bila kau sampai disana nanti kau kirim salam pada isterimu. Aku yakin kamu berdua akan bersama. Kerana tiada tempat lain akan menerima kamu berdua selain neraka. Berehatlah dengan aman."bilang Talexson tanpa sebarang reaksi. Dia hanya memandang dingin bapanya.

Semua pengikutnya hanya menundukkan wajah. Tidak sanggup melihat kejadian di hadapan mereka. Phantom @ Talexson telah membuktikan pada mereka, walau siapa pun orang itu dia tidak akan teragak-agak membunuhnya. Beberapa tahun dahulu dia membuatkan seorang adik menembak kakaknya. Dia juga membunuh ibunya sendiri. Dan hari ini dia membunuh orang yang terakhir dia gelar sebagai keluarga. Tiada siapa tahu perasaan dia. Wajahnya saja cukup menakutkan.

Setelah beberapa minit bertarung nyawa akhirnya Steward menghembuskan nafasnya yang terakhir. wajahnya kebiruan. Matanya terbuka luas.

"Uruskan dia." arah Talexson sambil berlalu pergi masuk ke dalam kereta.

Orang-orangnya hanya mengangguk memahami arahan yang diberikan oleh ketua mereka.

End of flashback....

"Idrus, maklumkan pada yang lain untuk bersiap sedia. Esok kita akan pergi ke Soul City."arah Phantom perlahan sambil masuk kedalam kereta.

"Baik master"jawab Idrus perlahan.

"Arahkan semuanya balik. Saya mahu ke suatu tempat."bilang Phantom sambil menghidupkan engin dan berlalu pergi.

Dia memandu ke destinasi yang ditujui dengan tenang. Sambil matanya mengerling kearah bunga tulip di sebelah kerusi penumpangnya. Bunga untuk seseorang yang pernah dia sayangi suatu ketika dahulu.

GUNSLINGERWhere stories live. Discover now