#gunslinger
Chapter 19: ATTACK!HARRY
Setelah semalaman berfikir akhirnya Harry mengambil keputusan untuk mencari The Legendary dan The Legacy berdasarkan maklumat yang diberikan oleh Eve. Mungkin itu jalan yang terbaik untuk dia. Bergabung dengan kumpulan mafia itu untuk menghapuskan Phantom @ Talexson. Dia telah melihat maklumat yang dikumpul oleh mendiang Juliuz. Walaupun dia agak kecewa dengan siapa sebenarnya Phantom namun dia harus membawa Phantom ke muka pengadilan. Harry hanya mampu mengeluh perlahan mengenangkan nasib Phantom setelah berpisah dengan dia. Dia tidak menyangka Phantom akan memilih jalan yang sedemikian. Namun dia memahami. Phantom dibesarkan dalam keadaan yang sangat sukar. Kehidupannya tidak seperti kanak-kanak lain. Hari-harinya dipenuhi dengan dendam . Lahir dalam keluarga yang berantakan membuatkan Phantom menjadi sebegitu rupa.
"The best weapon against an enemy is another enemy."-Quotes
“Talex, kita akan bertemu lagi namun dalam keadaan yang sangat berbeza. Kau dan aku berlawanan. Aku kesal kau memilih jalan sebegini Talex. Kau pernah menjadi sahabat ku yang paling baik. Jalan yang kau pilih ini membawa kau kepada kehancuran. Kau musnahkan diri sendiri.”bisik Harry sendirian.
“ Kadang-kadang kehidupan ini sukar dijangka. Kesakitan dan kekecewaan mampu mengubah diri seseorang dalam masa yang singkat”-Bulat
Setelah bersiap-siap Harry menyimpan semua dokumen di dalam beg. Dia harus bertemu dengan kumpulan mafia itu.
Sementara itu di Mc Mahon mansion..
Mereka semua berkumpul disana memikirkan strategi untuk mengalahkan Phantom.
“Pa, saya rasa bagus kita serang sahaja kediaman Phantom.”cadang Chris.
“Itu sangat bahaya Chris, kita tidak tahu apa yang Phantom rancangkan. Sebelum menyerang kita perlukan strategi.”bantah Yorin.
“Betul cakap Yorin tu Chris. Kita perlu berhati-hati menangani Phantom. Dia umpama ular yang licik.”balas Raffin setuju denga pendapat Yorin.
“Mungkin kita boleh minta pendapat uncle Ace kamu. Papa sudah hubungi dia berkenaan dengan bantuan. Mereka akan hantar The Protector dan Daredevil ke sini untuk membantu kita.”bilang Mr McMahon.
“Baguslah begitu pa, saya harap dengan bantuan mereka kita dapat mengalahkan Phantom.”jawab Chris lega.
“Bagaimana dengan ketua yang lain Chris?”soal Thea setelah lama mendiamkan diri.
“Setakat ini mereka setuju untuk membantu kita. Namun kita tidak boleh mengharapkan mereka. Anak-anak buah mereka hanyalah gangster biasa tidak seperti anak buah Phantom yang sangat terlatih.”jelas Chris.
Thea mengangguk perlahan.
Mereka semua terdiam memikirkan mengenai Phantom.
Kemudiannya seorang pengawal muncul dengan seorang lelaki disebelahnya. Mereka semua serentak mengalihkan pandangan ke arah lelaki tersebut.
“Tuan, Detektif Harry mahu berjumpa dengan tuan.”bilang pengawal tersebut.
“Err...jemput duduk detektif.”bilang Mr McMahon perlahan. Dia masih kaget dengan kehadiran Harry di kediamannya.
“Terima kasih.”bilang Harry sambil duduk.
“Ada apa yang boleh kami bantu detektif?”soal Mr McMahon sambil memandang wajah Harry.
Harry mengeluarkan segala dokumen dari bagnya dan meletakkannya di meja.
“Ini semua maklumat yang kalian perlukan. Ianya mengenai Phantom. Hasrat saya datang kesini ialah untuk bergabung dengan kalian semua untuk menghapuskan Phantom.”jelas Harry lurus.
![](https://img.wattpad.com/cover/134656263-288-k416639.jpg)