Chapter 12

405 26 0
                                    

#gunslinger
Date Post :

Chapter 12: You & Me. Us.

Sebulan  setengah berlalu dengan aman.....

Bilik Rahsia Restoran Lotus

"Be more focus Thea."tegur Avery sambil membetulkan posisi berdiri Chrysanthea. Dia merupakan bekas perisik namun berhenti kerana kehilangan tunangnya dalam misi mereka menyerbu kartel dadah. Lantas membawa diri ke Soul City dan menetap disana. Avery membuka sebuah restoran makanan  dan di belakang belakangnya tersimpan bilik rahsia dimana dia menyimpan semua alatan dan senjatanya. Atas permintaan Yorin dia mengajar Chrysanthea berlatih menembak di bilik rahsia tersebut. Pada Yorin dia terhutang nyawa kerana Yorin membantunya mendapatkan identiti baru dan sebuah kehidupan yang aman tanpa dikejar oleh pihak musuh. Malahan Yorin turut membantunya mendapatkan wajah baru melalui pembedahan plastik 7 tahun lalu.

Chrys mula berlatih dengan Avery sebulan yang lalu. Jadual sehariannya penuh diisi dengan ilmu mempertahankan diri. Pagi awal dia akan jogging bersama Chris dan tengah hari pula dia akan masuk ke kelas taekwando. Pada sebelah petang pula dia akan menghabiskan masa dengan berlatih menembak bersama Avery. Begitulah kehidupan dia sejak menyandang jawatan Leader. Manakala Chris pula sibuk menguruskan empayar ayah mereka berdua. Kerja-kerja di pejabat sepenuhnya diberikan pada Chris. Malam pula Chris akan menghadiri perjumpaan dengan ketua-ketua di setiap kawasan bagi mendapatkan perkembangan mengenai isu Phantom.

Chrys hanya mengangguk. Setiap hari dia belajar menembak selama 4 jam bersama Avery. Mula-mula pistol tu terasa berat namun sebulan berlalu dia semakin terbiasa dengan pistol. Chrys memegang pistol tersebut dengan erat. Matanya tajam memandang papan target menembak.

Bang..bang...bang...

Bertubi-tubi tembakan dilepaskan oleh Chrys.

"How is that Avery?"soal Chrys teruja.

Avery tersenyum.

"Getting better. Always remember to focus on your target when you shoot Thea. Don't let anything disturb you when you are holding a gun. Shoot your enemy first before they shoot you."nasihat Avery sambil menepuk bahu Chrys.

"Thank you Avery."ucap Chrys sambil senyum. Dia bangga dengan pencapaiannya. Tidak sia-sia usaha dia selama sebulan berlatih bersama Avery.

"Start learning from zero and there is no end to the number of technique that will emerge"~matsaki hatsumi

"It's 7pm already. Apa kata kamu dinner bersama saya. Saya akan suruh chef masak masakan yang sedap untuk kita dua."bilang Avery.

Chrys mengangguk perlahan.

"Good idea."jawabnya lantas mengambil baranganya di sofa. Dia mengekori Avery keluar dari bilik rahsia tersebut dan menuju ke dalam restoran.

Kelihatan banyak pelanggan sedang menikmati makan malam mereka.

Avery dan Chrys mengambil tempat di hujung sudut restoran tersebut. Agak terlindung dari orang ramai.

"So Thea, kamu suka makan apa?"soal Avery sambil memeriksa telefon bimbinya.

"Saya okay saja dengan mana-mana makanan."jawab Chrys.

"Bha, kamu tunggu sekejap saya pergi dapur dulu."bilang Avery sambil bangun.

"Saya pergi tandas dulu ahh. Cuci muka."bilang Chrys pula.

Avery mengangguk.

Chrys berlalu menuju ke tandas. Di tandas dia mencuci mukanya yang melekit. Baru saja Chrys mahu keluar dia terlanggar dengan seorang wanita.

GUNSLINGERWhere stories live. Discover now