Special Edition

722 50 3
                                        

SPECIAL EDITION OF GUNSLINGER
Sebulan berlalu....

HARRY

Setelah berfikir masak-masak akhirnya Harry mengambil keputusan untuk balik ke Bright City. Dia ingin lebih dekat dengan keluarganya. Harry menghubungi pihak atasan dan menyerahkan borang perpindahannya kepada pejabat. Dia juga memohon cuti selama sebulan sebelum mula bertugas kembali di Bright City. Harry mengucapkan selamat tinggal buat rakan-rakan seperjuangannya di balai polis Soul City. Samuel memeluknya erat.

"Kalau ada masa datanglah ke Bright City."pelawa Harry arah Samuel.

"Sudah tentu. Suatu hari nanti saya pasti akan ke sana."jawab Samuel sambil menepuk bahu Harry.

Harry tersenyum dan mengangguk.

"Semoga kalian semua sentiasa sihat dan  sentiasa bersemangat membanteras jenayah."ucap Harry kepada yang lain sebelum dia meninggalkan balai polis Soul City itu.

Mereka hanya mengangguk dan melambai ke arah Harry.

Harry memandang buat kali terkakhir apartment yang menjadi kenangan antara dia dan mendiang Juliuz. Dalam perjuangan menentang Phantom, Harry telah banyak kehilangan. Kehilangan insan-insan yang dia sayangi. Kini misi itu telah selesai dan dia berhasrat untuk kembali ke tempat asalnya.

Harry menaiki penerbangan pertama ke Bright City dan disambut mesra oleh Maurice.

"Welcome back."bilang Maurice.

"Thanks Maurice."balas Harry.
Mereka berdua berlalu pergi. Perkara pertama yang Harry buat ialah melawat kuburan isteri dan anak-anaknya.

"Hye there, papa here. I miss all of you so much that's why I am back. I promise you after this  I won't leave all of you anymore. Papa akan sentiasa berada di sini bersama kalian. Jaga diri baik-baik disana. Dengar cakap mammy. Jangan nakal-nakal. I love you all."bisik Harry perlahan sambil membersihkan kawasan kubur keluarganya yang ditumbuhi rumput-rumput kecil.

Setelah selesai barulah Harry membawa Maurice pergi ke rumahnya.

"Thank you Maurice."bilang Harry setelah tiba dihadapan rumahnya. Hatinya menjadi hiba dan sayu apabila melihat rumahnya yang banyak menyimpan kenangan dia dan keluarganya.

"Always welcome ketua. Rumah ketua saya jaga bagus-bagus ni. Rumput-rumput telah saya potong dan daun-daun kering sudah saya bersihkan."bilang Maurice.

"Terima kasih sebab jaga rumah saya."ucap Harry.

Maurice mengangguk dan kemudiannya dia menyerahkan kunci kereta Harry.

"Ketua rehatlah. Dan ini kunci kereta ketua. Jangan risau saya sentiasa menjaganya dengan baik."bilang Maurice sebelum berlalu pergi.

Perlahan Harry berjalan menuju ke rumahnya dan memasukkan anak kunci.

Tak.... pintu dibuka...

Suasana masih lagi sebelumnya. Tiada yang berubah. Harry meletakkan bagasinya perlahan di sofa. Kemudian dia melihat sekeliling. Semuanya masih baik-baik saja. Kemudian dia naik ke tingkat atas menuju ke bilik tidurnya. Keadaan di dalam rumah tersebut bersih dan kemas tanpa debu. Mesti si Maurice terlebih dahulu membersihkan rumahnya sebelum kedatangnya.

Harry merebahkan badannya di katil. Terasa empuk dan selesa sekali. Matanya begitu cepat terpejam dan akhirnya dia tertidur.Harry bermimpi bertemu dengan isteri dan anak-anaknya. Mereka kelihatan sangat gembira dan sihat. Harry melihat isterinya memandangnya sambil tersenyum dan mengangguk. Bagaikan menyakinkan Harry untuk meneruskan kehidupannya seperti biasa dan menjalani hidup tanpa kesedihan lagi. Dia tidak bercakap dengan mereka dan hanya melihat mereka bermain-main di taman. Sebaik sahaja Harry bangun dari tidurnya dia merasa begitu lega sekali. Sekurang-kurangnya dia dapat merasakan isteri dan anak-anaknya dalam keadaan yang baik. Harry tersenyum bahagia. Terasa ada semangat baru dalam hidupnya. Bagaikan ada sinar mentari yang cerah menyinari kehidupannya setelah awan kelabu berlalu.

"I will always love you. Wait for me till the day I come to you."- Harry.

***************************************

ZINADINE & ZARA

Setelah meninggalkan dunia gelap mereka sebulan lalu, Zinadine dan Zara menetap di tempat baru. Mereka juga telah mempunyai kerjaya baru dimana Zara bekerja di sebuah restoran dan Zinadine membuka bengkel kecil. Mereka berdua hidup secara low profile. Malahan identiti mereka juga turut diubah. Pendek kata mereka menjadi orang baru yang mempunyai kehidupan yang baru dan lebih baik dari sebelumnya. Mereka hidup penuh kebebasan tanpa ada rasa takut akan cengkaman dari Phantom lagi.

Mereka juga turut menyerahkan amanah Eve kepada Cleopatra untuk menukar identitinya namun Cleopatra enggan menerima. Dia masih lagi mahu menjadi dirinya. Setelah itu mereka berpisah dan mengambil jalan masing-masing. Namun Cleopatra berjanji akan menghubungi mereka berdua apabila dia selesai dengan urusannya.

"Zin, esok kita lawat kubur Win mahu?"tanya Zara selepas dia dan Zinadine habis makan malam.

"Hmm boleh juga. Esok saya tutup bengkel setengahari lah kalau begitu."balas Zinadine.

Zara mengangguk. Kemudian dia memandang Zinadine. Sejak peristiwa sebulan yang lalu Zinadine lebih kurus berbanding sebelumnya. Dia yakin Zinadine masih bersedih mengenai Chrysanthea.

"Kamu tak mahu jumpa dia kah?"soal Zara prihatin.

Zinadine memandang Zara hairan. Selalunya Zara yang beria-ria memarahinya bila saja berkaitan dengan Thea.

"Kenapa mahu jumpa?"soal Zinadine.

"Untuk bagi dia penjelasan. I mean she should know the truth from you."jawab Zara selamba.

Zinadine mengeleng.

"Tak perlulah. Semuanya sudah berlalu. Lagipun dia gembira bersama suami dia."jawab Zinadine kecewa.

"Oho...come on Zin. Kamu perlu jelaskan semuanya dan minta maaf pada dia. Dengan cara itu kamu akan lebih tenang dan kamu dapat lepaskan dia pergi dengan mudah. You are not happy. Don't lie to me."bantah Zara. Dia meletakkan piring di rak dan berjalan menuju ke sofa, duduk berhadapan dengan Zinadine.

"But she is happy without me. Itu sudah cukup."nafi Zinadine.

Zara mengeleng.

"Tetapi kamu tak bahagia. You need to learn to forget and forgive then only you can let her go. Find your own happiness. Maybe ada seseorang yang menunggu kamu. Yeah even it's not me."bilang Zara perlahan.

Zinadine memandang Zara.

"You are big girl now ahh. Pandai sudah kasi nasihat saya. How about you?"soal Zinadine arah Zara pula.

Zara tersenyum.

"Actually I found someone."jawab Zara malu-malu.

Zinadine angkat kening.

"Who is that lucky person?"soal Zinadine berminat.

"Our manager. But it's still too early to say anything. But I am intrested."bilang Zara.

Zinadine mengangguk perlahan.

"Don't rush. One step a time. I am happy for you. Winulan pun happy kalau dia ada sini."bilang Zinadine ikhlas.

Zara tersenyum.

"And I want you to be happy also as your sister. Let go and find your own happines."bilang Zara.

Zinadine hanya mengangguk.

Mampukah dia melupakan rasa cinta dia terhadap Thea? Dia sendiri tertanya.

******************************************
EVE

Setelah tamatnya pertarungan sebulan lalu, Eve membawa dirinya. Kini dia kembali melawat kubur Juliuz setelah sebulan menghilang tanpa khabar. Dia membawa sejambak bunga rose dan meletakkannya disana.

"Rest in peace dear. Semuanya sudah berlalu. I miss you so much. Dear, saya akan pergi ke suatu tempat yang baru. Saya tak tahu bila saya akan kembali lagi untuk melawat kamu dear. Please forgive me. Saya akan mulakan kehidupan baru dengan menggunakan identiti baru. I will be a good girl."bilang Eve sambil mengelap air matanya. Walaupun berat untuk dia meninggalkan Juliuz namun dia harus move on dalam hidupnya. Soul City dan Bright City terlalu banyak memori pahit buat dia.

Angin bertiup lembut menampar pipi Eve. Dedaun berguguran dari pokok jatuh ke bumi. Bunga dandelion berterebangan di sekeliling Eve. Eve mengangguk perlahan. Bagaikan dia mengerti. Seolah-olah Juliuz memberikan petanda keizinan buat dia memulakan sebuah kehidupan baru.

"Thank you dear."bisik Eve perlahan sebelum berlalu pergi meninggalkan kekasih hatinya yang tidur buat selamanya.

**********************************************

CLEOPATRA

"Urghh!!!!"Cleopatra mengeliat kecil. Inilah antara tidurnya yang paling lena selepas semua kejadian hitam yang menimpa dia. Berada di rumahnya sendiri, di katil sendiri dan menyedut udara segar di Soul City membuatkan Cleo seperti bermimpi. Dia mencubut pipinya sendiri untuk memastikan dia tidak bermimpi.

Perlahan dia bangun dan membuka langsir. Sebulan sudah dia berada disitu dia belum lagi berfikir untuk melakukan apa-apa. Pengajiannya masih lagi tertangguh namun Cleo sudah tawar dengan jurusan undang-undang setelah apa yang dia lalui. Cleo membuang pandangannya ke luar. Melihat permandangan laut yang terbentang luas membiru. Dia tidak punya sesiapa lagi di dunia ini. Bermakna dia harus meneruskan kehidupannya sendirian. Cleo membuka almari soleknya dan melihat buku simpanannya. Simpanannya masih banyak. Sejak dari dulu lagi mamanya menyimpan untuk dia.

Cleo membuat sarapannya dan kemudian melayari internet. Tiba-tiba dia melihat satu iklan yang begitu menarik perhatiannya. Belajar membuat kek dan kuih sambil berkerja. Cleo melihat details mengenai iklan tersebut. Yes. Lokasinya tidak jauh dari tempat tinggal dia.

"I must try this. Mana tahu boleh buka bakery sendiri suatu hari nanti."bisik Cleo sendirian. Dia bingkas bangun dan membersihkan diri. Dia mahu bersiap-siap mendaftar di bakery tersebut.

Setelah setengah jam memandu akhirnya Cleo tiba juga di bakery tersebut. Tanpa berlengah dia masuk ke dalam dan bertanya pada juruwang di kaunter.

"Arr, saya ada nampak iklan mengenai bakeri ini. Katanya ada belajar sambil bekerja."tanya Cleo.

"Ohh..nasiblah cik sempat. Hanya tinggal satu tempat kosong saja lagi. Nah ngamlah cik orang yang terakhir. Sila tulis nombor telefon cik dan isi borang ini ya."bilang juruwang tersebut sambil menghulurkan pen dan kertas ke arah Cleo.

Cleo menyambutnya dengan senyuman. Mujur saja dia bertuah hari ini. Setelah selesai urusannya Cleo pun berlalu pergi. Dia hanya perlu menunggu panggilan dari mereka untuk memulakan  sesi pengajaran dan berkerja pada masa yang sama. Cleo menuju ke arah sebuah kafe yang berhampiran dengan niat mahu makan tengah hari.

Namun, bagnya tiba-tiba diragut. Cleo menjerit meminta tolong dan seorang lelaki yang baru saja keluar dari restoran bertindak pantas dengan menolak peragut tersebut hingga terjatuh. Peragut tersebut bingkas bangun dan lari meninggalkan bag tangan Cleo. Cleo berlari anak mendapatkan bagnya.

"Thank you."ucap Cleo kepada lelaki tersebut.

"You are welcome."balas nya sambil memberikan bag kepada Cleo.

Cleo cuba memberikan ganjaran kepadanya namun dia menolak.

"Tidak apa, memang sudah tugas saya melindungi orang awam. Saya Inspektor Samuel. Panggil saja Sam."bilang Samuel sambil menghulurkan tangan.

Cleo tersenyum.

"Terima kasih Sam. You save my day. Saya Cleopatra."jawab Cleo sambil menyambut huluran tangan dari Samuel.

Mata mereka saling bertentangan dan senyum mulai terukir di bibir masing-masing.

************************************************
CHRISTIANSEN & CHRYSANTHEA

Pagi yang indah itu, Chris dan Thea memandu menuju ke kuburan Winulan. Hari ini merupakan hari ulang tahun Winulan. Chris membeli sejambak bunga tulip dan lilin. Manakala Thea pula membeli sejambak bunga ros putih buat Winulan. Dia berkeras mahu ikut si Chris ke kuburan Winulan semalam.

Tiba disana, Thea berdoa untuk Winulan manakala Chris membersihkan kuburan Winulan dan menyalakan lilin. Mereka berdua diam sejenak.

"Happy Birthday Win."ucap Thea memecahkan kesunyian pagi yang agak sejuk itu. Angin bertiup lembut. Keharuman lilin yang dinyalakan oleh Chris semerbak memenuhi kawasan itu.

"Happy Birthday Win."ucap Chris juga.

Thea memandang Chris,

"Saya balik ke kereta dulu Chris. Kamu berdua berbual lah. Banyak yang kamu mahu ceritakan pada dia kan."bilang Thea sambil menepuk bahu Chris.

Chris hanya tersenyum memandang Thea yang sudah berlalu meninggalkan dia. Chris memandang semula kearah kuburan Winulan. Namun dia terkejut dengan kemunculan wanita yang mirip dengan Winulan. Wanita yang temui tempoh hari.

Wanita itu mendekatinya perlahan.

"Kamu masih melawat dia?"soal Zara sambil meletakkan bunga tulip diatas kubur Winulan. Nampaknya hari ini Winulan dikunjungi semua yang dia sayangi.

" Always."balas Chris. Dia tidak tahu apa yang mahu dikatakan. Serius dia masih lagi terkejut dengan kemunculan wanita itu.

"Saya Zara, kembar Winulan."bilang Zara perlahan.

Chris melihat ke arah Zara.

"Selama ini Win tidak pernah menceritakan mengenai kembar dia."bilang Chris.

Zara ketawa kecil.

"Sudah tentu dia tidak akan bercerita mengenai saya. Kami merupakan assassin terlatih."balas Zara perlahan.

Sekali lagi Chris terkejut.

"Assassin!?"soalnya.

"Iya. Assassin. Sebenarnya kehadiran Winulan dalam kehidupan kamu adalah dirancang. Mr Grey sudah lama ingin menghapuskan kamu terutamanya kerana dendam dia dan kamu juga waris tunggal The Legacy. Sepatutnya saya yang dihantar untuk misi itu namun Winulan pergi bagi pihak saya hanya kerana dia ingin melindungi diri saya."jelas Zara perlahan.

Chris meraup mukanya.

"Jadi selama itu segalanya tentang Win adalah palsu?"soal Chris.

Zara mengangguk.

"Semuanya adalah palsu namun cinta dia terhadap kamu adalah benar. Sebab itulah dia cuba menarik diri dari misi itu dan cuba memberitahu kamu hal yang sebenarnya. Namun...pada hari sepatutnya dia memberitahu kamu hal yang sebenar dia terkorban di tangan saya. Hanya kerana mahu melindungi kamu. Dia menerima tembakan tersebut."jelas Zara lagi. Dia mengesat air matanya perlahan.

"Kamu? Kamu tembak dia??"soal Chris memandang Zara dengan rasa tak percaya.

Zara mengangguk.

"Jadi Winulan merupakan assassin yang ditugaskan untuk menghapuskan saya."bilang Chris perlahan. terasa sukar utuk dia menerima kenyataan itu.

"Iya. Namun saya harap kamu dapat maafkan dia. Dia sudah melindungi kamu dengan nyawanya."bilang Zara.

Chris tidak memberikan sebarang respon. Dia hanya memandang kuburan Winulan dengan perasaan yang bercampur baur.

Manakala....

Thea baru saja mahu masuk kereta bila tanganya ditarik seseorang.

"Zin!"jeritnya terkejut melihat Zinadine berdiri di hadapannya.

"Err sorry Thea."bilang Zinadine.

Namun Thea tersenyum.

"Apa kamu buat disini?"soal Thea.

"Saya melawat kawan. Dan tadi saya terlihat kamu."jelas Zinadine.

"Ohh..samala saya pun melawat kawan. Apa khabar kamu?"soal Thea

Namun dengan tiba-tiba Zinadine melutut di hadapan Thea. Membuatkan Thea begitu terkejut.

"Kenapa kamu Zin?"soal Thea hairan.

"Maafkan saya Thea kerana selama ini saya tak pernah jujur dengan kamu. Saya merupakan orang Phantom yang ditugaskan untuk menghapuskan kamu pada masa itu. Namun saya hanyut. Saya akui saya jatuh cinta pada kamu Thea. Sebab tu saya tak sanggup mahu bunuh kamu. Saya tahu kamu siapa sebenarnya. Maafkan saya."pohon Zinadine.

Thea tergaman sebentar. Tidak menyangka apa yang Zinadine katakan. Perlahan Thea masuk ke dalam kereta manakala Zinadine mula berdiri. Dia memanggil Thea namun Thea tidak memberikan apa-apa respon. Dia mengetuk cermin kereta namun Thea tetap tidak berpaling.

"Thea, I am sorry.."pohon Zinadine dari luar kereta.

Chris yang baru sampai di kereta melihat adegan itu terkejut manakala Zara mendekati Zinadine dan menariknya. Chris masuk ke dalam kereta, belum sempat dia bertanya.

"Please just go."arah Thea.

Chris hanya mengangguk.

Sepanjang perjalanan Thea hanya diam. Otaknya cuba menerima apa yang Zinadine katakan. Chris memandu menuju ke pantai. Dia berfikir mungkin Thea perlukan masa untuk berfikir dengan lebih tenang. Telefon Thea tidak berhenti berdering. Chris hanya menjeling ke arah Thea.

"He want to kill me."bilang Thea perlahan.

Chris memandang Thea lama.

"Apa maksud kamu, Thea?"soal Chris.

"He is my ex boyfriend.Tapi selama ini dia hanya berpura-pura. Dia merupakan assassin yang dihantar oleh Phantom untuk hapuskan saya. And I am blindly trust him."bilang Thea perlahan.

Chris menganguk perlahan. Kemudian dia menarik Thea perlahan kedalam pelukannya. Dia juga baru menerima berita yang sama seperti Thea.

"It's okay. You still have me. Saya akan lindungi kamu dengan nyawa saya. Mungkin saya tak romantik macam cerita korea kamu tu, but I swear I will always protect you."bilang Chris sambil menepuk-nepuk belakang Thea menenangkan dia.

Thea bergerak sedikit sambil mendongak. Mata mereka berdua bertentangan.

"Promise?"

"Promise."

Inda lama kemudian Chris mengeluarkan sesuatu dari koceknya dan memberikannya pada Thea.

"Untuk apa?"soal Thea

"Open it."bilang Chris.

Thea membukanya dan melihat ada seutas rantai yang berbentuk panah dan busur.

"Let me be honest, I don't know when this feeling come, But I am sure I am falling in love with you. I don't want to lose you."luah Chris perlahan.

Thea tersenyum manis. Dia tidak perlu memberikan apa-apa jawapan untuk itu. Dia lantas memeluk Chris erat. Akhirnya dia menemukan seseorang yang membuatkan dia rasa selamat. Seseorang yang sudah pastinya akan melindungi dia.


"They meet each other without knowing they will fall in love."-Bulat

Tamat Special Edition.









You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Apr 03, 2018 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

GUNSLINGERWhere stories live. Discover now