Chapter 18

461 40 2
                                        

#gunslinger
Chapter 18: It's TIME

PHANTOM

Setelah sebulan tiba di  Soul City, Phantom mula mengatur langkah. Kali ini dia akan menyerang The Legendary dan The Legacy. Dia yakin dengan goyahnya dua kumpulan besar tersebut maka kumpulan yang lain akan tunduk pada dia. Lagipun dia mempunyai dendam peribadi terhadap Christiansen. Phantom menyalahkan Christiansen atas kematian Winulan. Phanton mula mengumpulkan ahli-ahlinya dan para pembunuhan upahanya. Dia mula mengatur strategi serangan. Kali ini dia mahu serangan serentak dijalankan secara mengejut supaya pihak The Legendary dan The Legacy tidak sempat berbuat apa-apa.Phantom membahagikan kumpulannya kepada dua dan mengarahkan mereka bersiap sedia serta menunggu arahan daripada dia. Dia akan pastikan The Legendary dan The Legacy tunduk akan kekuasaan dia.

Cleopatra yang mendengar rancangan Phantom cuba menghubungi Eve, namun Eve tidak dapat dihubungi. Sebaik sahaja Cleo mendengar mengenai The Legendary dan The Legacy dia teringat akan pesan bapanya supaya dia mencari kumpulan itu. Sekarang Phantom lagi sudah bersedia untuk menyerang kumpulan besar itu. Bagaimana harus  dia menyelamatkan The Legendary dan The Legacy? Cleo mencuba sekali lagi menghubungi Eve dan akhirnya berjaya.

Cleopatra- Eve!

Eve- Ui kenapa kau ni?

Cleopatra-Phantom! Dia sedang merancang untuk menyerang The Legacy dan The Legendary mengejut. You need to do something Eve.

Eve- Apa yang harus kita buat? Kalau saya ke sana nanti. Phantom will know.

Cleopatra- Hmm...you cuba dekati mana-mana bodyguard mereka dan hantar mesej mengenai rancangan Phantom.

Eve- Macam mana nak hantar mesej?

Cleopatra- Ishkk guna saja apa yang dapat. Surat kah..call kah..anything you can do to reach them. Please Eve,mereka sahaja harapan saya and maybe you. They can help us.

Eve- Hmm..bha.. I will try to warn them. Kamu diam-diam sana. Tenang di posisi. Jangan biar Phantom suspek kamu. Act natural okay.

Cleopatra- Okay. Stay save Eve.

Eve- Will be. You also.

Tut......panggilan dipadamkan. Cleopatra menlepaskan nafas lega. Dia duduk di beranda biliknya dan berdoa semoga Eve sempat memberi amaran kepada The Legendary dan The Legacy.

EVE

Mundar mandir Eve di  dalam rumahnya. Memikirkan bagaimana harus dia mendekati The Legendary dan The Legacy. Silap langkah dia pula yang pergi dan tak kembali nanti. Setelah puas mundar mandir Eve mengambil keputusan pergi meninjau keadaan di kediaman The Legacy dan The Legendary. Mungkin disana nanti dia ada idea bagaimana hendak menyampaikan berita itu.

Tiba di kediaman The Legacy, Eve memberhentikan kereta. Dia memerhatikan keadaan sekeliling. Nampaknya kawasan tersebut dikawal ketat pula. Bagaimana harus dia masuk ke dalam. Eve mengaru-garu kepalanya. Dia keluar dari keretanya dan cuba mencari jalan lain namun masih gagal menemui jalan penyelesaian. Eve menendang-nendang tayar keretanya sambil berfikir.

"Miss, kereta miss rosak kah?"tegur Raffin yang baru mahu masuk ke kawasan kediaman The Legacy. Dia pun hairan bagaimana perempuan tersebut boleh berada di kawasan tersebut.

"Arrrr...ughh... sorry. Saya sesat. Saya baru sampai di Soul City dan sekarang kereta buruk ni pula buat hal."bilang Eve spontan. Tu sahaja idea yang muncul di kepalanya.

"Ouh..bha saya tolong tengok mana yang rosak."bilang Raffin sambil senyum.

Eve mengangguk.

Ting! Dia dapat idea sudah.

GUNSLINGERWhere stories live. Discover now