#gunslinger
Chapter 14: It's All Begin~ Christiansen & Chrysanthea ~
Awal pagi yang indah, burung-burung berkicauan dan langit kelihatan cerah sekali. Kelihatan dari jauh Chris dan Thea sedang bersenam di hadapan rumah mereka. Aktiviti harian mereka berdua setiap awal pagi.
"Huh..apa plan kamu hari ni Thea?"soal Chris sambil mengelap peluhnya dengan tuala kecil.
"Hmm maybe spend some quality time at public beach. Lagipun weekend ni mesti ramai orang. Boleh cuci mata."jawab Thea lantas duduk di kerusi. Dia menuang jus oren yang sememangnya dia sudah sediakan untuk mereka berdua selepas habis bersenam.
Chris senyum dan mengangguk.
"Jangan meliur sudah. And one more thing malam nanti kita ada dinner di kelab"ingat Chris. Semalam dia mendapat jemputan dari Ketua kawasan B, Mr Black untuk menghadiri makan malam sempena perasmian kelab malamnya yang baru itu.
"Dinner di kelab? Siapa?"soal Thea hairan. Tak pernah-pernah orang dinner di kelab, di restoran pernah lah.
"Mr Black. Hari ni dia opening kelab dia yang baru. Jadi dia buat makan-makan sana."terang Chris yang kemudiannya mengambil gelas yang berisi jus oren dan meminumnya.
Thea mengangguk-angguk. Sebenarnya dia kagum dengan Chris. Dalam masa sebulan saja Chris mampu menyesuaikan diri dengan Legacy dan Legendary. Sekali pun dia tidak pernah mendengar Chris merungut mengenai Legacy dan Legendary. Manakala dia hanya fokus kepada latihannya. Bukan juga dia inda mahu membantu Chris namun Chris menghalang niat baiknya. Kata Chris adalah lebih baik dia fokus kepada latihannya dulu. Selagi dia boleh uruskan urusan yang berkaitan dengan Legacy dan Legendary dia akan uruskannya sendiri tanpa bantuan Thea. Chris tidak mahu tumpuan Thea untuk berlatih terganggu. Apa pun Thea begitu berterima kasih dengan Chris. Sungguh dia banyak membantu dia. Chris lebih dikenali berbanding dia disebabkan Chris sering melawat kawasan bersama-sama dengan Yorin dan Raffin.
"Ouh... bah mahu bawa angpau or hadiah pula tu as a gift."bilang Thea.
"Saya dah suruh Raff pergi cari apa yang sesuai mahu diletakkan di kelab dia. Paling-paling tak si Raff beli bunga tu nanti"jawab Chris.
Thea mengangguk.
"Jangan bunga tahi ayam sudah."jawab Thea sambil ketawa kecil.
"Bagus kalau bunga tahi ayam. Kalau Raff beli bunga ros lagi lagi aneh tu nanti."balas Chris. Tak dapat dia bayangkan kalau Raff balik nanti bawa bunga rose sebagai hadiah.
Thea hanya ketawa kecil. Raff memang lurus orangnya,haraplah dia tak bawa balik bunga rose.
"Pukul berapa kita bertolak malam nanti?"soal Thea.
"Dalam pukul 7pm begitu. Kalau lewat takut takda parking pula nanti. Hilang make up kamu kalau jalan jauh."jawab Chris.
"I will be ready at 7pm. Ishk takda saya mahu heavy make up. Natural saja lagi lawa. So what your plan for today then?"tanya Thea.
"Saya akan lawat tempat Win dulu. Mahu bersihkan tempat dia. Lama sudah saya inda kesana. Banyak rumput tumbuh kali..and maybe will join you later at beach if you want."jawab Chris
"Oh, baiklah. Kirim salam dengan Wimulan. Kamu mahu join saya nanti? Bha..sure boleh. Boring saya nanti inda ada geng. Yorin sibuk tu surfing tak pun sibuk mencari jodoh di tepi pantai. Hmm kamu tak mahu breakfast dulu sebelum jalan?"soal Thea.
"Hmm tak apa lah nanti saya breakfast di kedai saja.Bha jumpa nanti."bilang Chris.
"Okay. See you later."balas Thea.
