Chapter 7

589 49 6
                                    

#gunslinger
Chapter 7 : It's Time for Us To Meet.
Date Post : 08.02.2018

Sebulan berlalu.......

SOUL CITY...

Para tetamu mengambil tempat duduk masing-masing. Mereka menanti dengan penuh debaran pasangan pengantin yang bakal melangkah ke dalam dewan.

Madam Thelma dan Madam Aimee memberikan senyuman paling manis kepada para tetamu. Manakala Mr McMahon yang beransur pulih sedang duduk berbual dengan besannya Mr Richard. Perkahwinan antara dua kumpulan besar mafia The Legendary dan The Legacy membawa makna yang besar.

Chrysanthea dan Christiansen sudah bersedia disebalik pintu gerbang dewan yang dihiasi indah dengan bunga rose putih.

"Are you ready?"soal salah seorang pengatur cara.

Chrys dan Chris serentak mengangguk. Maka pintu gerbang tersebut dibuka. Semua mata tertumpu kepada mereka berdua.

Acara perkahwinan dimulai dengan wedding vow diantara pihak lelaki dan perempuan. Kemudian acara menyarungkan cincin dan berakhir dengan memotong kek. Kemudian pengantin menyertai tetamu yang lain dalam acara makan.

"Tahniah Mr McMahon dan Mr Richard atas perkahwinan anak kalian berdua. Tak terasa anak-anak kita sudah membesar." ucap Mr Dafferin Ace Gold. Rakan lama Legacy dan dan Legendary wakil daripada The Underground, Gold family.

"Ishk Ace, jangan begitu bha. Kita ni kan sahabat. Tak payah nak formal. By the way thanks for coming all the way from your place."balas Mr McMahon sambil menepuk bahu sahabatnya itu.

Dafferin  Ace hanya tersenyum.

"Congrats Aimee dan Thelma. Awal kamu dua dapat menantu dari saya. Bila lah anak saya mahu kahwin ni. Tua sudah saya dan si Ace."bilang Grace Angel sambil memeluk dua orang sahabatnya  itu. Meski pun mereka jarang berjumpa namun hubungan mereka tetap erat.

"Masih muda lagi tu budak-budak Angel. Masih mahu enjoy lagi tu."jawab Thelma.

"25 tahun sudah si Axel sama Kiera tu. Bukan muda lagi."jawab Grace Angel.

"Tak terasa besar sudah anak-anak kita."bilang Aimee sambil melihat Berry dan Abell yang sibuk berbual dengan Kyle dan Arthur. Banyak betul cerita mereka.

"Ya, cepat betul masa berlalu."balas Grace Angel senyum.

Sementara itu...

"Tahniah Chrys and husband"ucap Kiera sambil memeluk Chrys.

"Thanks Kiera. Axel mana?"soal Chrys mencari kelibat Axel.

"Oh abang Axel ada urusan diluar."jawab Kiera.

Chrys mengangguk.

"Enjoy your first night naa"bisik Kiera nakal.

Chrys tergelak sedikit. Nakal si Kiera. Beza umur mereka hanya tahun saja namun Kiera nampak lebih matang dari dia. Kiera dan Axel antara rakan yang rapat dengan dia. 

"Congrats kakak Chrys"ucap Kyle dan Arthur serentak. Mereka dua muncul tiba-tiba bersama dengan Abell dan Berry.

"Thank you. Ehh kamu semua ni berkenal kah?"soal Chrys melihat adik iparnya bersama-sama dengan The Gold's.

"Of course lah kenal. Kami pernah ikut camp sama-sama bha."jawab Abell sambil senyum.

"Oo patutlah mesra semacam."sampuk Chris yang dari tadi hanya memerhatikan mereka.

Abell dan Berry hanya tersengih sebelum meminta diri. Mereka berempat sambung berbual.

"Wah, saya tak expect oo yang kita semua ni saling berkaitan."bisik Chris perlahan di telinga Chrys.

GUNSLINGERWhere stories live. Discover now