Chapter 3

638 46 4
                                    

Chapter 3
#gunslinger
Date Post : 11.01.2018
By: Ryn Agape

One wish. You and me.

Madam Aimee dan Mr Richard duduk bersarapan dia meja bila sahaja Chris turun dari tingkat atas.

"Chris,mari sarapan sama. Nanti kita lawat uncle dan auntie kamu."ajak Madam Aimee.

Chris mengeluh lagi. Belum habis lagi topik kemarin. Dengan malas dia melangkah ke meja makan dan duduk.

"Chris mahu keluar la ma."jawab Chris perlahan.

"You can do it next time Chris."jawab Mr Richard serius tanpa senyuman. Dia fokus membaca surat khabar.

Chris hanya mendiamkan diri. Malas mahu bertekak dengan papanya.

"Chris, please. Kali ini jak. At least kamu tunjukkan muka kamu pada uncle dan auntie kamu sebagai tanda hormat."pujuk mamanya.

"Bha..nanti Chris ikut dari belakang. Mama dan papa ikut driver biar Chris drive sendiri dengan Raffin."jawab Chris perlahan. Mengalah bukan maksudnya kalah.

Senyuman terukir di bibir Madam Aimee.

Edna baru sahaja menelefon dia memaklumkan bahawa si Thea sudah sampai disana. Ini peluang terbaik dia untuk mempertemukan si Chris dan Thea.

Selesai sahaja sarapan pagi Mr Richard dan Madam Aimee bertolak ke rumah agam Mr McMahon dan Mdam Thelma. Manakala Raffin dan Chris mengekori dari belakang.

“Raff, kau rasa si Thea tu lawa kah?” soal Chris.

Raffin tersenyum. Pertama kali Chris berbicara mengenai perempuan selepas Winulan meninggal.

“Saya rasa dia lawa. Kalau tak silap saya dia merupakan seorang guru di sebuah sekolah swasta.”beritahu Raffin.

“Guru? Are you serious? Anak mafia tu.”bilang Chris dengan nada terkejut.

“Aik, anak mafia tak boleh jadi guru kah?”balas Raffin lagi.

“Bukan begitu. Setahu saya lah anak mafia ni kalau perempuan terutamanya selalunya berjinak jadi modeling,bussines woman,kerja office tak pun kerja menghabiskan duit dengan kad kredit untuk shopping dan melancong.”bilang Chris sambil tersengih. 

“ Oo..but Thea ni lain species sikit Chris. Dia seorang yang sangat berdikari dan matang. Kamu dua serupa jak. Dia tinggalkan rumah pada umur 20 tahun dan berdikari sendiri. Kamu pun sama juga tinggalkan rumah sebab kamu kecewa dan trauma. Lebih kurang lah kamu dua.”bilang Raffin sambil ketawa kecil.

“ Eleh..kamu rasakan Raff si Thea tu boleh bawa berunding kah?”tanya Chris.

Raffin menoleh sekilas wajah Chris yang seolah-olah merancang sesuatu.

“Apa maksud kamu Chris?”soal Raffin.

Chris tersenyum sinis.

“Hmm takda apa-apa. Just tanya jak.”jawabnya pendek.

Raffin mengeleng kepalanya. Muka Chris tidak mengambarkan hal yang sebenar. Dia yakin Chris memikirkan sesuatu.

“Jangan cuba buat benda yang bukan-bukan Chris. Nanti Mr Richard mengaum jadi singa aku pun tak akan terkecuali nanti.”nasihat Raffin arah Chris.

“Ishkk tak da lah. No worries.”jawab Chris.

Raffin mengangguk perlahan. Dia kembali focus kepada pemanduannya.

Chris memandang ke luar. Melihat permandangan bangunan-bangunan konkrit yang berdiri megah.

“Win..stay with me…”bisiknya perlahan.

GUNSLINGERWhere stories live. Discover now