Bab 2 [Demam]

268 18 0
                                    

Matanya asyik memandang ke atas untuk melihat suaminya itu. Dari tadi lelaki itu tidak keluar-keluar dari biliknya. Adakah dia tidak kerja? Risau? Memang risau dibuatnya. Takut terjadi apa-apa pada suaminya itu.

Seusai sahaja menyiapkan breakfast, Youra segera naik ke atas dan langkahnya menuju ke bilik Hoseok.

"Hurm.." Youra berfikir sejenak. Manalah tahu kalau dia menganggu lelaki itu, nahas dia.

Tok! Tok!

Gadis itu mengetuk pintu bilik suaminya itu perlahan-lahan tetapi tiada sahutan langsung darinya.

Dengan pantas, Youra memulas tombol pintu bilik tersebut. Tak berkunci!

Youra mengigit bibirnya. Nak masuk ke taknak? Apa salahnya kalau dia masuk? Suami dia juga kan? Tanpa berfikir panjang, gadis itu masuk ke dalam.

Youra berjalan menghampiri Hoseok lantas menghenyakkan sedikit punggungnya di atas birai katil.

Youra pun tekapkan tangan belakangnya ke dahi Hoseok. Panasnya. Hoseok demam?

"H-hoseok."

"Uhm! "

"Jom pergi hospital. Nak tak? "

"Taknak! " Hoseok menjawab dingin. Matanya masih kekal terkatup rapat.

"Awak kan demam.."

"Do I care?" Tubuhnya terus dipalingkan membelakangi isterinya. Mungkin rimas apabila Youra berada di situ.

"Baiklah. Saya keluar dulu ya?" pamit Youra sopan.

Hoseok sekadar membisukan diri.

°°°°°

Youra pergi ke dapur dan terus masakkan bubur nasi untuk suaminya. Walaupun suaminya bersikap sedemikian, Youra harus melakukan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri.

Selesai sudah masak, gadis itu pun segera mendaki anak tangga lalu masuk ke dalam bilik Hoseok.

"Hoseok, saya ada buatkan bubur nasi. Mari makan? Selepas makan, awak makan ubat pula." pesan Youra tetapi suaminya masih kaku berdiam diri.

Youra tidak mengalah. Youra mengheret kerusi dalam bilik tersebut dan diduduknya kerusi itu di sebelah katil.

Tangan Hoseok ditepuk bagi memujuk suaminya itu. Sedikit sebanyak, Youra berasa sedikit lega apabila diberi respon yang baik terhadapnya.

Youra menyuakan Hoseok apabila alis mata lelaki itu terbuka.

"Nah, makanlah sikit. "

"Taknak! "

"Sikit pun tak apa. Nanti perut kosong."

"Aku kata taknak, taknak lah! Tak faham bahasa ke?!" Hoseok menepis bubur nasi yang panas itu sehingga terkena pada lengan Youra.

"A-Aduh!" Youra menepuk-nepuk lengannya.Bubur nasi yang terjatuh di atas lantai dikutipnya masuk ke mangkuk semula.

Youra mengetap bibir. Dirinya menahan tangisan dan pada masa yang sama, menahan kesakitan. Tangannya merah melecur.

°°°°°

Youra meletakkan mangkuk bubur di singki lantas membasuh tangannya yang melecur tadi.

Air mata gadis itu tidak dapat ditahan lagi lalu jatuh membasahi pipi.

Youra mengambil first aid di dalam kabinet. Dengan segera, tangannya yang melecur dibalut sendiri.

Nak harapkan Hoseok? Lambat lagi!

"Aku akan sabar selagi boleh. " Kata Youra memberi semangat kepada dirinya.

Ding! Dong!

"Sapa pula tu?" Youra menyeka air matanya lantas membuka pintu utama.

"Hoseok ada? I nak melawat Hoseok. "Soal perempuan yang memakai gaun paras peha. Kepalanya terjenggul ke dalam mencari kelibat lelaki itu.

"Oh. Hoseok. Dia de..." belum sempat youra berkata apa-apa, perempuan sexy itu terus masuk ke dalam rumah banglo besar milik Hoseok tanpa segan silu.

'Biadapnya perempuan ni!' bisik hati gadis itu geram.

Youra hanya membuntuti sahaja perempuan muka tembok itu. Eh, tahu pula bilik Hoseok di mana? Siapakah dia sebenarnya?

°°°°°
"Sayang, are you okay?" perempuan itu memeluk Hoseok yang terbaring erat. Pipi Hoseok dikucupnya bertalu-talu sehingga meninggalkan kesan gincu merahnya.

Youra menyorok di sebalik dinding konkrit luar bilik. Air liurnya ditelan kesat. Seperti ada pasir di kerongkongnya.

Sakit hati juga bila dia dengar perempuan tu memanggil suaminya 'sayang'.

"Oh. You rupanya baby! I ingatkan sapalah tadi. Miss you so much baby.." balas Hoseok meleret manja. Hoseok hanya membiarkan saja perempuan itu memeluknya. Bibir merah perempuan itu dikucup lama.

Membulat mata Youra melihat adegan 'panas dan kotor' di hadapan mata. Gadis itu tidak dapat menahan lagi. Ini sudah melampau! Panas hati, sedih, sakit, marah, terluka. Semuanya ada!

Youra segera masuk ke biliknya. Pintu dihempas kuat menghasilkan bunyi.

Youra menangis. Menangis dengan sepuas-puasnya. Hatinya terasa sebal. Inikah dia dapat? Gadis itu sudah berbuat baik kepadanya, tetapi ini lelaki itu balas terhadap dirinya?

"Kau tak pernah merasakan diri aku ni dihati kau, tapi akan selalu aku mencintai kau secara diam-diam di sini. Kenapa? Kenapa kau benci aku! Jijikkah aku ni?! " Youra mengetap bibir geram. Bantal yang tidak bersalah, habis dipukulnya.

Cemburu? Mestilah cemburu. Siapa yang tak sayang suami kan?

[C] Beautiful Destiny + JHSWhere stories live. Discover now