"Pergi kau dari sini, aku taknak tengok muka kau lagi! Pergi! " Daddy melemparkan beg pakaian Hoseok ke luar rumah dengan perasaan marah yang membuak-buak.
"Apa ni daddy? Mummy? Apa semua ni? Daddy dengan mummy buat lawak apa ni? Ke..nak buat suprise untuk Seok? Kan? Kan? Daddy, mummy ni ada-ada jelah, HAHAHA.." Hoseok ketawa kecil. Padahal di dalam hati ada juga perasaan sedikit takut melihat riak wajah daddy serius tanpa secarik senyuman.
"Seok. Ada nampak mummy dan daddy main-main ke? " ujar mummy dengan nada yang serius. Sangat serius.
Wajah Hoseok yang terpalit dengan senyuman ceria terus memudar. Air liur diteguknya berkali-kali. Takkanlah mummy dan daddy nya sudah tahu?
"Hah?"
"Jangan buat-buat tak tahu la Seok. Kau dah pukul isteri kau sampai macam ni sekali! " tengking daddy pada Hoseok sambil menunding jari ke arah Youra yang berdiri di sebelah mummy nya itu.
"Youra? " dia seperti terpinga-pinga. Kenapa tiba-tiba? Balik rumah terus kena marah?
"Hiks! Hiks! Seok, mummy d-dan daddy dah tahu semuanya Seok. Maafkan saya hiks! " kata Youra lalu dia menundukkan kepalanya. Air matanya jatuh membasahi pipi.
"Mummy kecewa Seok. Mummy kecewa sangat dengan kamu."
"Sudah! Kau keluar dari sini! Selagi kau tak ikhlas meminta maaf pada Youra atau belum lagi menginsafi atas kesalahan kau buat pada Youra. Selagi tu, kau tak boleh jejak kaki dekat dalam rumah ni. Faham?! " lalu daddy menghempas pintu utama dengan kuat sekali.
Terhinjut bahu lelaki itu dek pintu tersebut menghasilkan bunyi kuat. Matanya terkebil-kebil.
"M-mummy, daddy.." Hoseok melangkah longlai dan meraup mukanya kasar. Air matanya jatuh berjurai di pipi."Youra!!!!!!" Jeritnya sekuat hati.
"Hey Hoseok. Kau kenapa ni? Termenung jauh sangat. Fikir tentang apa hah? Ke rindu kat adik aku tu? " tebak Yoongi. Hoseok yang dari tadi mengelamun tersentak. Ya, Min Yoongi itu ialah abang kandung kepada Youra.
Jejaka itu pada mulanya marah sangat pada Hoseok, semasa Hoseok datang ke rumahnya. Tetapi bila difikirkan balik, apa guna dia marah. Sudah benda tu nak jadi. Itu takdir adiknya dan juga Hoseok, tidak boleh untuk diputarkan kembali benda yang sudah pun berlalu.
"Aku menyesal la hyung. Menyesal sangat! " Hoseok meraup mukanya kasar. Dia betul-betul sedar atas apa yang dia buat pada Youra itu salah dan kejam.
"Hoseok. Kalau kau gentleman, kau pergi jumpa dia dan minta maaf dekat dia. Kalau nak ambil hati dia, belilah apa yang dia suka. Contohnya coklat hati ke bunga ke minyak wangi ke. Ataupun satu ciuman hangat?" Yoongi tersengih nakal. Sambil-sambil itu, dia menyiku adik iparnya di sebelah.
"Ish apa hyung ni! Tapi bagus juga ek idea hyung. Boleh dipakai. " hoseok menepuk-nepuk bahu Yoongi. Bangga ada abang ipar yang baik hati dan elalu menolongnya.
"Biasa.. Aku kan genius! "
"Menyesal pulak aku puji kau.. Kembang tahap gaban! " Hoseok menjeling sekilas Yoongi. Lelaki berkulit pucat itu sekadar ketawa.
°°°°°
"H-hoseok. Saya rindu awak.." gadis itu menatap gambar suaminya. Youra sedih kerana dia terlalu rindukan Hoseok."Call oppa lah! "
Yoongi oppa 👅
Tut.. Tut.. Tut..
"Hello. Sapa ni?"
"Oppa! Rindulah.."
"Haa, Y-youra ke ni?"
"Yelah! Takkan adik sendiri pun tak kenal. Apalah oppa ni! "
"Hahahaha.. Sorry! Janganlah merajuk ya adik kesayangan oppa ni. Hihi.."
Eh sapa tu hyung?
Shh diam boleh tak?!
Hah apa dia?"Oppa, sapa kat rumah oppa tu? Setahu youra kan oppa tinggal seorang je? "
"Eh! Taklah itu..hm, kawan oppa! Hah kawan! "
"Iye ke? Kenapa suara macam Youra pernah dengar? Tapi kat mana ya..?"
"Eh itu perasaan Youra jelah. Erm Youra maaflah oppa busy. Nanti oppa call lagi. Ok bye! "
"Eh op.."
Tutttttttttttt..
"Eh boleh pula dia tutup terus. Baru nak mengadu tadi! " Youra mencebik lalu menutup handphonenya dan diletakkan ke atas sofa. Ibu bapa mertuanya sudah balik. Jadi, dia tinggal keseorangan di sini.
"Nak tengok TV tak boleh! Remote takde hurmm.. "
"Bosan la.. Asyik nangis je bukan Hoseok boleh datang sini sekelip mata pun.. Hoseok bilalah kau nak balik rumah? Bila?! I miss you! "
----------------------------------------------------------------
Kekurangan idea sekarang ni:'( hambar.. Huhuhu.. Takpe next chapter, kita bagi kaw kaw sikit okay;-)SYS♡
YOU ARE READING
[C] Beautiful Destiny + JHS
FanfictionSakit hati? Itu apa yang dirasakan oleh seorang gadis jelita bernama Min Youra. Walaupun Youra seorang gadis yang cantik dan baik. Suaminya, Jung Hoseok tidak pernah kisah terhadapnya. Pelbagai rintangan yang harus dihadapi oleh Youra untuk menguku...