Cahaya matahari pagi yang terpancar di wajah mulus gadis itu membuatkan dia terjaga dari tidurnya.
"Tsk! Peningnya.." Youra mengurut pelipis kepalanya perlahan-lahan sambil matanya melilau mencari kelibat Hoseok. Aik mana pulak lelaki itu pergi?
Gadis itu bangun dan mengemas katilnya cepat lalu melangkah kakinya untuk turun ke bawah.
KTANG! KTUNG! KTANG! KTUNG!
Bunyi senduk dan kuali berlaga memecahkan kesunyian di pagi yang hening ini.
"Woah! Awak ke yang masak ni?" soal Youra teruja. Mana tidaknya, tiada hujan, tiada ribut, tiada tsunami, tiada taufan. Tiba-tiba saja suaminya buatkan breakfast untuknya.
"Eh taklah. Ni saya beli kat kedai mamak hitam-hitam manis kat lorong situ. Ish! Mesti la saya yang masak. Tak nampak ke saya tengah struggle buatkan semua ni untuk orang yang tersayang kat hadapan mata saya ni? " jawab Hoseok selamba lalu meletakkan hidangan itu semua di meja makan.
"Hehehehe.. Pandai ea loyar buruk dengan saya? Cucuk karang lubang hidung tu! "
"Alah.. Gurau-gurau manja takkan tak boleh kan darling? " Hoseok tersengih-sengih nakal. Saja je dia mahu mengusik isterinya itu.
" Hah yelah tu. Dah la saya nak makan dulu. " belum sempat Youra hendak menyumbatkan makanan ke dalam mulutnya, Hoseok pantas menghalang.
"No,No,No! " Hoseok menggoyangkan jari telunjuknya ke kiri ke kanan.
"Awak tu belum mandi lagi. Tengok lalat dah berkurun kat situ hah! Tengok-tengok. Bau pun eww busyuk! Dah baik atas dan mandi pastu dah sudah, turun makan. Anda faham?" dia pun menutup hidungnya seraya tangannya mengibas tanda menghalau isterinya.
"Eyy dia ni! Rasa sikit pun tak boleh. Bluerk! " gadis itu berlari naik atas sampai tak cukup tanah.
"Bluerrk jugak! " menjawab ea kau Hoseok!
°°°°°
" ARGH! Sakitnya kepala ni! " selepas sahaja mandi, tiba-tiba diserang sakit kepala. Seakan-akan berdenyut kepalanya." Youra, lama lagi ke sayang! " Laung Hoseok dari bawah.
"Sekejap!" Youra berjalan perlahan-lahan. Mahu sahaja dia pitam sekarang ini tetapi dia harus kuat.
"Hah darling. Apa yang lama sangat tu? Habis sejuk dah breakfast ni." ujar lelaki itu sambil bercekak pinggang.
"Sorry.." kata Youra sayu.
"Eh, hubby tak marah lah darling. Hubby cuma risau je. Tak mahu lah macam ni. " Hoseok mencuit hidung Youra sekilas dengan tersenyum manis. Senyuman itu mampu membuatkan mana-mana wanita cair apabila melihatnya.
" okay."
" Youra.. Kenapa muka awak ni? Pucat lesi semacam?" Hoseok memegang dagu gadis itu agar dapat memudahkannya menilik wajah polos youra. Sememangnya dia sangat risau.
YOU ARE READING
[C] Beautiful Destiny + JHS
Hayran KurguSakit hati? Itu apa yang dirasakan oleh seorang gadis jelita bernama Min Youra. Walaupun Youra seorang gadis yang cantik dan baik. Suaminya, Jung Hoseok tidak pernah kisah terhadapnya. Pelbagai rintangan yang harus dihadapi oleh Youra untuk menguku...