"Hm, ngantuknya! " Gadis itu menghenyakkan tubuhnya ke atas katil yang empuk. Haih, dapat juga dirinya berehat.
Ding! Dong! Ding! Dong!
Bunyi loceng rumah bertalu-talu ditekan oleh seseorang sehingga membuatkan Youra yang hendak melelapkan mata terus menjadi segar.
"Woi perempuan! Sebelum aku pecahkan pintu ni, baik kau buka cepat! "
"Tunggu sekejap! " Sahut gadis itu dari dalam rumah. Langkah kakinya dipercepatkan untuk membuka pintu. Tangannya yang berpeluh ketakutan dilapnya dengan kain baju yang dipakai. Takut. Dia tahu siapakah gerangan itu.
"Kenapa kau hiks! Lambat sangat nak buka pintu hah?! Hiks! " dingin lelaki itu bersuara lantas rambut panjang isterinya ditarik kasar.
"J-jung Hoseok. Sakitlah.." Youra mengetap bibir menahan sakit. Terasa kulit kepalanya ingin tercabut.
"Lain kali, jangan hiks! Lembab sangat hiks! " dalam keadaan mabuk, dia menunjah kepala Youra berkali-kali. Sungguh tiada belas kasihan.
Bluek!!
Hoseok muntah dan terus bersahaja menaiki anak tangga dengan terhuyung-hayang dalam kemabukan.
Youra hanya membiarkan saja. Dia sudah lali dengan sikap negatif suaminya itu.
Dirinya dibawa menuju ke dapur untuk mengambil mop serta baldi. Muntah suaminya itu dilap dengan air mata berjurai di pipi.
°°°°°
Setelah selesai, Youra melawati bilik suaminya pula.
"H-hoseok? " Gadis itu mendekati tubuh tegap yang terlantar di atas katil perlahan-lahan. Lah, dah tidur rupanya.
Dengan rela hatinya, dia membuka tie, baju kemeja dan stoking kepunyaan suaminya itu. Walau kelakuan Hoseok terhadapnya terlalu kasar, tetapi dia masih mencintai lelaki itu.
"Aiguu.." Youra mengeluh perlahan. Wajah Hoseok direnungnya dalam.
Pipi lelaki itu diusapnya lembut.
"Urm.. " Jari jemari gadis itu terhenti daripada berbuat demikian apabila suaminya yang hampir sahaja terjaga.
Youra bangun seraya tersenyum nipis lalu keluar dari bilik suaminya itu.
Setiap malam, begini lah Hoseok dalam keadaan mabuk. Sudah berkali-kali youra menasihati lelaki itu tetapi tetap degil dan juga ego. Taknak dengar kata langsung!
Min Youra dan Jung Hoseok terpaksa berkahwin atas permintaan kedua pihak keluarganya.
YOU ARE READING
[C] Beautiful Destiny + JHS
FanfictionSakit hati? Itu apa yang dirasakan oleh seorang gadis jelita bernama Min Youra. Walaupun Youra seorang gadis yang cantik dan baik. Suaminya, Jung Hoseok tidak pernah kisah terhadapnya. Pelbagai rintangan yang harus dihadapi oleh Youra untuk menguku...