"Tolong ke tepi! Tolong ke tepi! "Jururawat dan juga doktor segera bergegas masuk ke dalam wad kecemasan.
Begitu juga Hoseok. Dia mengiringi Youra yang terbaring lemah di atas katil. Tubir matanya sudah berair.
"Encik, saya minta maaf. Encik tak boleh masuk." Ujar seorang doktor perempuan.
"T-tapi doktor.. Itu isteri saya. " Hoseok merayu.
"Beri kerjasama ye encik. Saya minta maaf sekali lagi. " Doktor itu mengatur langkah untuk menuju ke dalam wad kecemasan tersebut.
Hoseok mendengus kasar. Kemudian,dia menghenyakkan punggungnya ke atas kerusi yang telah disediakan.
"Ya tuhan. Aku berharap sangat tiada apa-apa berlaku pada isteriku, Min Youra. " Lelaki itu menekup mukanya dengan diiringi esakkan kecil.
°°°°°
Tap. Tap. Tap.Bunyi derapan kaki telah menyentakkan lelaki itu.
Sudah beberapa jam, dia menunggu. Hoseok pantas bangun dan menghampiri doktor untuk mendapatkan kepastian.
"Doktor. Isteri saya macam mana doktor? "
Doktor perempuan itu tersenyum nipis.
"Isteri encik tiada apa-apa. Cuma, dia perlukan rehat yang secukupnya. Makan pun perlu seimbang." Jelasnya.
"Boleh saya jumpa isteri saya? Boleh? " Mata lelaki itu penuh sinar harapan. Berharap dia boleh berjumpa kesayangannya itu.
"Silakan encik. Tetapi sekarang ini, isteri encik tidak stabil sangat. Jangan terlalu kacau dia dan mendesak dia. Kalau ada apa-apa maklumat tentang kesihatannnya. Saya akan beritahu encik secepat mungkin. "
"Terima kasih doktor. " Hoseok menundukkan sedikit kepalanya tanda hormat.
"Sama-sama." Doktor itu mengangguk lalu berlalu pergi.
Hoseok tersenyum gembira seraya pintu wad itu dikuak.
Sunyi.
Kelihatan tubuh kecil Youra yang tidak sedarkan diri terlantar di atas katil.
Hoseok lantas duduk di atas kerusi disamping Youra. Mulutnya tidak henti mengucapkan syukur.
Tangan Youra yang tertusuk jarum IV diraih berhati-hati. Secara tidak sengaja, air mata lelakinya jatuh dipipi. Kesian akan isterinya itu.
Hoseok mengucup tangan Youra lembut.
"Darling. Saya akan jaga awak sampai awak sihat ye darling. Love you. " Lelaki itu sekali lagi mengucup tangan Youra tetapi kali ni lama.
Air matanya tidak henti-henti mengalir.
Janji saya pada awak adalah saya akan jaga awak selama-lamanya.
YOU ARE READING
[C] Beautiful Destiny + JHS
ФанфикSakit hati? Itu apa yang dirasakan oleh seorang gadis jelita bernama Min Youra. Walaupun Youra seorang gadis yang cantik dan baik. Suaminya, Jung Hoseok tidak pernah kisah terhadapnya. Pelbagai rintangan yang harus dihadapi oleh Youra untuk menguku...