Special Chapter [ Hoseok ]

92 10 25
                                    

Setahun pun sudah berlalu. Seperti hari-hari biasa, aku akan bekerja dan pulang ke rumah. Kadang-kadang sehingga lewat malam.

Jari-jemari runcingku mengusap perlahan bingkai gambar mendiang isteriku. Walaupun apa terjadi, wanita-wanita lain tidak dapat gantikan tempatnya kerana dia sahaja yang aku cintai. Kerana dia sahaja yang sentiasa terpahat di hatiku.

"Papa! " Bahuku terhinjut sedikit akibat sergahannya.

"Anak papa ni  memang suka buat papa terperanjat kan? " Aku tersenyum lebar seraya menggeletek tubuh badannya sehingga dia ketawa geli hati.

Darling.. Anak kita dah besar dah sekarang ni. Wajahnya tidak ubah seperti awak, Youra. Terima kasih atas pemberian berharga ini. Saya akan menjaganya dengan penuh kasih sayang.

"Eo? Papa? Itu gambar mama kan? Cantiknya mama!" Ujar Jung Yoona sambil menguntumkan senyuman menampakkan lesung pipinya itu.

"Nae. Mama memang cantik macam budak kecil kesayangan papa ni! " Aku tergelak kecil lalu mendudukkannya ke atas ribaku.

"Papa. Mama macam mana ya? Mama sama macam Yoona ea? " Soalnya lagi.

Aku membelai rambutnya lembut.

"Mama. Dia comel, dia cantik, dia caring, dia baik.."

"Oh.. Teringin sangat nak jumpa mama. " Yoona mencebik manakala aku hanya tersenyum nipis.

"Papa! Yoona ada surprise untuk papa tapi.. Papa kena tutup mata dulu okay? "

"Okay." Aku hanya turuti sahaja kehendaknya.

"1, 2, 3...TADAAAA! " Aku menangis terharu tatkala mataku tertancap lukisan yang dilukis olehnya. Lukisan yang menggambarkan aku dan Youra. Tidak lupa juga, Yoona ditengah-tengah sedang berbahagia.

"Papa janganlah nangis.." Yoona menyeka air mataku yang jatuh perlahan dengan ibu jari kecil gebunya itu.

"Papa mana ada nangis la sayang. Papa gembira." Pipi tembamnya aku kucup sekilas.

"Hehe.. Nah, ni untuk papa. Ni pun untuk papa juga! " Dia menghulurkan satu buku kecil. Tidak salah, ini buku rekod peperiksaan.

Aku pun membukanya " Wah! Anak papa pandainya!! Dapat nombor satu dalam kelas. " Tubuh kecil Yoona aku peluk erat.

"Tengoklah anak sapa? Anak papa dengan mama kan? " Jawabnya seraya mengucup pipi, dahi dan hidungku lembut. Aku tersangatlah bahagia.

Darling, tengok anak kita ni. Anak kita, dia cemerlang dan bijak sama seperti awak sayang. Kalaulah awak ada di dunia ini, pasti saya dapat melihat awak tersenyum bangga kerana anak kita.

JUNG YOURA, JUNG YOONA. Nama itu sentiasa terukir di hati JUNG HOSEOK.

[C] Beautiful Destiny + JHSWhere stories live. Discover now