Jung Hoseok menyandarkan kepalanya pada kerusi kereta lalu matanya perlahan-lahan terkatup. Ya, dia penat kerana seharian bekerja.
Lelaki itu mengeluh seketika. Matanya yang terpejam dibuka lantas memandang ke luar cermin. Hari pun sudah lewat malam malah cuaca ketika ini mendung sahaja.
Kring! Kring!
Bunyi deringan menandakan panggilan masuk. Kemudian, Hoseok menapai handphonenya dan punat hijau pada skrin ditekan.
"Ya omma."
"APA?! "
"O-okay. Seok datang sekarang juga! "Air mata diseka. Dengan segera, kereta miliknya meluncur laju membahagi jalan.
°°°°°
Lelaki itu mengorak langkah laju masuk ke dalam hospital. Hujan yang baru sahaja turun diredahnya.
Hoseok melihat beberapa figura yang ada dihadapan matanya itu.
"Omma, appa! Daddy, mummy! Mana Youra? Macam mana dengan keadaan dia? " Soalnya dengan suara bergetar. Matanya turut berkaca.
"Hoseok, kamu tabah ya. Youra sekarang berada di wad bersalin. Kamu banyak-banyakkanlah berdoa semoga Youra selamat dan segala urusan dipermudahkan." Balas omma Youra sambil melemparkan senyuman tawar.
"Y-youra.. " Hatinya berasa gundah-gulana. Bibirnya menggigil menahan tangisan.
"Kamu kena kuat ya Seok." Appa mencelah.
Daddy dan mummy Hoseok memeluk erat anaknya itu dan tidak putus-putus memberikan kata-kata semangat.
°°°°°°
Sreett..Dedaun pintu dipandang Hoseok penuh harapan. Kelibat doktor perempuan dan jururawat-jururawat yang lain berpusu-pusu keluar menuju ke arahnya.
"Minta maaf. Ini suami kepada Puan Jung Youra ke? "
"Iya saya." Lelaki itu mengangguk laju.
"Tahniah! Kamu dapat bayi perempuan yang sangat comel dan sihat tapi isteri Tuan.. " Suara yang ceria menjadi kendur.
"Maaf. Isteri Tuan... " Doktor sakit puan tersebut diselebungi rasa bersalah ingin mengatakan kebenaran lalu dia mengelengkan kepala perlahan.
"Maaf. Kami sudah sedaya upaya tetapi isteri Tuan tidak dapat lagi diselamatkan. "
Cecair jernih di tubir mata lelaki itu mengalir laju membasahi pipi.
Dia seakan tidak percaya yang isterinya sudah tiada disisinya lagi. Tetapi dia tetap bersyukur kegembiraan kerana dapat bahagia dengan isteri kesayangannya walaupun itu hanyalah sekejap sahaja.
Hoseok jatuh melutut. Kedengaran hujan yang semakin lebat membasahi bumi bagaikan ia turut meratapi juga kepergian isterinya itu.
"Darling.. Hubby sayangkan awak. Terima kasih atas segala-galanya. " Air mata dibiarkan deras. Bibirnya menguntumkan senyuman tawar.
YOU ARE READING
[C] Beautiful Destiny + JHS
FanfictionSakit hati? Itu apa yang dirasakan oleh seorang gadis jelita bernama Min Youra. Walaupun Youra seorang gadis yang cantik dan baik. Suaminya, Jung Hoseok tidak pernah kisah terhadapnya. Pelbagai rintangan yang harus dihadapi oleh Youra untuk menguku...