Special Chapter [ Hyun Ae ]

110 12 24
                                    

"Satu-satu saya sayang Hoseok. Dua-dua saya sayang Hoseok banyak. Tiga-tiga sayang Hoseok ketat padat. Satu, dua, tiga selamanya Hoseok!"

Setelah menyanyikan lagu 'kegemarannya' itu, dia sekadar tergelak kecil. Mungkin geli hati dengan nyanyiannya itu.

"Apa? "

"Kau ingat... Aku dah mati ke?! Kau ingat aku dah mati? Heh, aku hidup lagilah! Aku hidup dalam tempat sengsara bagaikan neraka ni tapi kau! Kau bahagia di dalam syurga!"

Perempuan itu menghantuk-hantukkan kepalanya di dinding bertubi-tubi.

Mungkin ia agak begitu sakit dan memeritkan bagi kita. Tetapi tidak baginya, kerana perkara itu sudah menjadi kebiasaan.

Cecair merah likat itu mengalir laju di dahinya dan dibiarkan jatuh ke lantai. Dia mencalit sedikit cecair merah itu dan membawa ke permukaan dinding konkrit putih.

Jari jemarinya ligat menulis sesuatu perkataan iaitu 'Jung Hoseok♡'. Dia memejamkan mata perlahan lalu cecair jernih jatuh di pipi sehingga bercampur baur dengan cecair merah tersebut.

Dia rindu akan setiap sentuhan lelaki yang pernah dicintainya dahulu. Rindu akan belaiannya. Rindu apabila lelaki itu bermanja dengannya. Ya, dia rindu tentang semua yang ada pada Hoseok.

Matanya yang menggoda.
Bibirnya yang comel.
Senyumannya yang menawan.

Sedang leka melayan perasaan dengan dunia sendiri, gadis itu terpandang satu kunci dia tepi pintu bilik wad hospital sakit jiwa itu. Mungkin ia tercicir.

Dia pun pergi menghampiri kunci itu.

"Peluang" Itu sahaja perkataan yang keluar dari bibirnya.

Hyun Ae tersenyum sinis.

THE END

------------------------------------------------------------

Fuh, dah habis dah ff Beautiful Destiny + jhs ni. 😚

Cerita ini macam tergantung lah sikit. Memang nk buat suspen ehek~

Tq sebab baca, komen n vote cerita ni😭✨

Oklah bye. Nak habiskan ff yang lain plk💆

Beautiful Destiny + jhs akan melabuhkan tirainya.

TUPP!

--------------

[C] Beautiful Destiny + JHSWhere stories live. Discover now