Bab 16[Chat/Hoseok]

85 10 64
                                    

Hoseok membuat semakan kertas kerja. Sesekali, lelaki itu merenung gambar yang terpampang wajah isterinya.

Aiguu.. Sekejap saja, sudah rindu dengan gadis comel miliknya itu. Hm..

Beep! Beep!

Hoseok lantas membuka telefonnya melihat pesanan yang baru sahaja masuk.

Jimin ketot
>Hyung, aku nak bawa Youra jalan-jalan sekejap boleh tak? Sebab hari ni kan birthday Youra.

>Tapi hyung janganlah risau ye. Aku bukan seorang. Ni hah adik aku serta Yoongi hyung pun join sekali.

Hoseok menepuk dahinya. Bagaimanalah dia boleh lupa yang hari ini hari lahir isterinya?

"Tak boleh jadi ni. Aku kena buat kejutan. " Keluh Hoseok seraya jari jemarinya pantas membalas mesej Jimin.

Me
>Hah yelah. Jaga elok-elok.
Tapi balik jangan lewat malam pula.

Lelaki itu menutup telefonnya dan mengeluh kecil sekali lagi.

"Nak buat surprise apa ya? Urm.." Gumam Hoseok sendirian. Otaknya ligat memikirkan sesuatu.


Setelah, sudah mendapat idea yang gempak untuk Youra. Dia pun mengatur langkah keluar dari bilik kerjanya itu.

"Eh boss! Boss nak pergi mana ni?" Kata Kim Taehyung iaitu PA kepada Hoseok.

"Oh. Aku ada hal peribadi. Hah! Taehyung nanti tolong cancel kan semua meeting."

"Tapi boss.. "

" Aku ke.. atau kau yang boss sekarang ni? " Soal Hoseok tegas sambil menilik jam tangan sekilas.

"Err.. Boss yang boss! " Balas Taehyung sambil tersengih-senggih malu.

"Ok good. So, cancel kan semuanya and sambung buat kerja. " Pesannya lalu berlalu pergi.

°°°°°°°°°°°

Youra yang baru sahaja menjejakkan kaki ke cafe.Matanya melilau mencari kelibat seseorang.

Ya. Sudah tentu Jimin. Dia yang beria ajak Youra ke cafe. Katanya dia sudah memberitahu kepada suaminya itu.

"Aiguu.. Apa ni? Kata dah sampai. " Youra lantas duduk di bangku cafe tersebut.

Beberapa minit kemudian, seseorang mencuit-cuit bahu Youra. Youra terkejut lalu menoleh ke belakang.


"Eh! " Ada sebuah teddy bear bersaiz besar di hadapannya.

"Hai! Saya kawan awak

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Hai! Saya kawan awak. Saya baby bear. Selamat berkenalan! " Jimin meniru-niru suara seakan kartun dan tangannya memegang tangan bear itu sejurus melambai-lambaikannya.

"Hahaha! Ada-ada jelah! " Gadis itu tergelak kecil.

"Happy birthday to you. Happy birthday to you. Happy birthday Min Youra. Happy birthday to you. Yay! " Mereka semua menyanyikannya.

Youra terharu dan teruja. Masih mereka ingat akan tarikh lahirnya itu. Tetapi adakah Hoseok ingat?

"Unnie! Unnie! Tiuplah lepas itu, niat impian apa yang unnie nakkan! " Hikka menghulurkan kek kepada Youra.

Gadis itu menggengam kedua-dua tangannya setelah meniup lilin.

'Aku harap aku akan bahagia selamanya-lamanya bersama orang tersayang. Aku harap kalau aku sakit ada orang akan jaga aku dengan penuh kasih sayang.'

"Ok dah? Jom celebrate birthday party. Yuhuuu! " Sorak Yoongi gembira.

Dan cafe itu meriah dengan gelak tawa mereka semua.

°°°°°°°°°
Hoseok segera memasuki kedai Party Namkook. Dia kena buat surprise yang begitu gempak dan kata orang 'Ulala! Mamamia!'. Eh begitu!

"Nak tanya? " Tanya Hoseok kepada dua jejaka berbadan tegap di kaunter.

"Silakan encik. Saya sedia untuk menjawab segala pertanyaan encik. " Lelaki itu melemparkan senyuman. Kedua-dua belah pipinya berlesung pipit yang sangat dalam.

"Boleh tak awak hiaskan comel-comel dan cantik-cantik serta romantik punya untuk birthday party isteri saya?"

"Locatian? " Soal pula lelaki bergigi arnab itu.

"Yang ni alamatnya. Nanti saya tunjukkan kawasan yang perlu awak hiaskan. " Hoseok memberi kad yang tertera alamat dan nombor telefonnya.

"Baiklah. Ini nombor telefon kami. Kalau ada apa-apa just call okay? "

"Okay! " Hoseok mengambil kad lalu melihatnya.

Namjoon dan Jungkook.

°°°°°°°°°°°°°°°

Selepas itu, dia pergi ke kedai bunga dan coklat berbentuk hati.

Setelah membeli bunga kesukaan isterinya, dia bercadang untuk menuju ke kedai untuk membeli bahan-bahan kek dan juga masakan.

"Hwaiting Jung Hoseok! " Lelaki itu memberi kata-kata semangat kepada dirinya lalu memakai apron untuk memulakan rancangannya.

Hari ini, biar semua dia buat. Pasti rasanya sedap dan isterinya juga suka sehingga memujinya melambung-lambung!

[C] Beautiful Destiny + JHSWhere stories live. Discover now