Bab 4 [Bisu ke hah?!]

232 17 0
                                    

Youra memerhati Hoseok yang serba lengkap berpakaian kerja, menuruni anak tangga satu-persatu. Jari jemarinya ligat mengancing butang baju di pergelangan tangan.

"Awak, jom breakfast sekali! " Youra mengulum senyuman manis kepada Hoseok. Hoseok hanya memandang kosong makanan di atas meja.

"Takpelah aku dah lambat ni. Tak sempat. " balas Hoseok acuh tak acuh. Dia keluar rumah dengan selamba. Sedikit leretan senyuman pun tidak dilayarkan kepada isterinya itu.

Youra mengecilkan mata memandang suaminya.

" Aku dah buat penat-penat tapi taknak makan.Cubalah makan sikit. Rasa pun jadilah! Ni tak keluar macamtu je. Tak hargai orang langsung!" Bebel Youra sendirian. Nasi goreng disuap ke dalam mulut lalu dikunyahnya kasar.

Too much!

°°°°°

"Hey nanana.." Youra menyanyi girang setelah bershopping sakan tadi. Alah, shopping sekali- sekala. Guna pun duit dia juga.

"Sayang. Jom kita pergi sini! Jomlah! "

Suara mengada itu telah membuatkan Youra berhenti berjalan.

'Macam familiar je suara tu..'

Youra memusingkan badan ke belakang dan ternampak susuk tubuh yang dia kenal sangat. Siapa lagi kalau bukan Hoseok dan Hyun Ae aka Haenat tersohor di dunia.

Mereka masuk ke dalam restoran yang agak mewah.

Terasa juga dengan perangai Hoseok. Dengan Hyun Ae, boleh itu ini. Tapi dengan aku, langsung tidak memperikemanusiaan!

Gadis itu menjeling tajam. Baru nak mood gembira, tetapi sudah hilang apabila terserempak dua manusia durjana.

°°°°°
Kreak..

Pintu utama dikuak oleh seseorang. Siapa lagi kalau bukan Jung Hoseok. Suami yang paling baik kepunyaan Youra. Baik sangat!

Youra memandang sekilas jam di dinding. 12.00 a.m.

"Sudah larut malam, baru balik? Tadi pergi mana?" soal Youra inginkan jawapan.

Krik. krik.

Okay dia tak layan.

"Kenapa awak ni? Saya tanya kan? Jawab lah. Ya susah sangat ni kenapa? " Youra soal lagi sekali tetapi tiada respon juga.

"Oii lalat! Oii kuda jadian!"

Krik. Krik.

Youra bengang sekarang ini. Mahu sahaja cincang mulut Hoseok. Biar diam je sampai bila-bila.

"Aiguu.. Kesian, muka je handsome tapi sayangnya bisu. Mulut takde ke nak jawab pertanyaan aku tu? Cubit karang." omel gadis itu perlahan tapi masih didengari oleh Hoseok.

"Watch your mouth girl!" herdik Hoseok lalu menarik tubuh genit Youra ke dakapannya. Bibir lelaki itu mencium bibir munggil gadis itu lama.

Youra kaku. Terbuntang luas matanya kerana tindakan hoseok yang tidak diduganya.

"Next time, jangan sesuka hati je cakap aku macam tu.Hah, kan dah kena.."bisik Hoseok tepat ke telinga Youra. Youra dapat rasakan nafasnya menerpa lembut di telinganya.

Youra menelan air liur. Meremang bulu romanya apabila Hoseok terlalu dekat dengan dirinya.

 Sejurus itu, dia meleraikan pelukan. Youra hanya menunduk malu dan pipinya merona merah.

°°°°°

"Bhahahahahaha.." Youra ketawa terbahak-bahak menonton kartun favouritenya. Larva.

Hoseok mengerling jam dinding. 12:15 a.m.

Dia berkerut dahi melihat isterinya yang perangai childish itu. Punggungnya dilabuhkan di sebelah Youra.

"Ish! Buka cerita lain lah. Merepek je kartun ni! " Hoseok merampas remote TV dari Youra.

"Eh apa ni?!" Youra mencebik lantas merampas semula remote TV dari Hoseok.

"Turn aku la pula. " Hoseok merampas semula.

"Eyy, mana boleh!" Marah Youra.

"Eh kau ni karang! Televisyen ni aku yang beli pakai duit aku. Nak ke aku cium kau macam tadi?"

"Taknaklah! "

"Habistu? "

"Habistu, saya naklah! Nak remote tu! Kali ni je! "

Mereka berebut-rebut remote tu. Kesian remote itu menjadi mangsa. Selepas itu, dengan sadisnya, remote TV tersebut terlepas dari tangan mereka sebelum tercampak jauh di atas lantai. Berkecai remote tu.

Hoseok mendengus kasar lalu merenung tajam isterinya.

"Kau memang nak kena kan?" Suara dalam Hoseok mula kedengaran.

Youra ketakutan. Dia tahu yang Hoseok terlalu marah dengannya. Yang dirinya pun satu, dah tahu Hoseok perangai begitu tetapi masih tidak mengalah.

"S-sorry.. " Ucap Youra. Kakinya segera melangkah pergi dari situ tetapi berjaya ditangkap oleh Hoseok.

"Kau memang nak kena sekali lagi kan kiss dari aku ni. Ke kau nak yang hm.. " Hoseok seperti ingin menggoda Youra. Youra menggigil. Andwae!

"Eh taknak! " Dada Hoseok ditolak kuat oleh Youra sehingga Hoseok terdorong ke belakang.

"Tahu takut! " Lelaki itu tergelak jahat. Matanya memerhati tingkah isterinya tergopoh-gapah mendaki anak tangga.

[C] Beautiful Destiny + JHSWhere stories live. Discover now