Dengan langkah yang lemah longlai, aku menuju ke arah sekujur tubuh yang aku sayang tidak bernyawa terlantar di atas katil.
Aku sedih. Sedih atas berita yang mengejutkan ini. Terasa tidak puas aku bahagia dan gembira bersama dia.
Dia ada kata;
"Hubby. Nanti kalau anak kita ini keluar, kita timang cahaya mata kita ini bersama-sama tau. Besarkan dia bersama-sama. Pasti seronokkan? "
Tangisanku terus meletus saat aku membuka sedikit helaian selimut yang menutupi wajahnya itu. Wajahnya yang pucat beserta senyuman yang manis.
Aku tenang. Tenang melihat dikau, sayang. Tetapi aku tak kuat seperti kau. Aku tak kuat menghadapi ujian ini. Ya tuhan, kalau lah boleh diputarkan balik masa. Aku akan layan kau dengan baik dari kita kahwin lagi. Kalaulah aku boleh gantikan tempat dikau sayang..
Aku mengelus perlahan pipinya itu. Air mata yang berlinangan sentiasa , aku endahkan.
Aku mengucup dahinya lama buat kali terakhir. Tangannya yang sejuk aku pegang erat. Tidak mahu sahaja aku lepaskan.
"Seok. Tabah ya nak.." Ujar mummy ku sayu.
Aku melilau mata sekilas. Aku melihat omma, appa, daddy, mummy dan juga Yoongi hyung tertunduk sedih atas kepemergian Youra.
Sayang, semua orang sangat sedih tika ini. Keadaan sekeliling sunyi, sejuk dan sayu.
Sayang, saya gembira sangat sebab dapat bertemu dan berkahwin dengan awak. Walaupun dulu saya terpaksa dan tidak pernah cintakan awak. Itu adalah Hoseok yang dulu. Yang pernah hina, herdik, caci dan maki awak sayang.
Hoseok yang sekarang. Yang cintakan awak. Yang sayangkan awak. Yang rindukan awak. Yang selalu inginkan kebahagiaan bersama awak sayang.
Tetapi apakan daya, ia hanyalah sementara. Awak pergi tinggalkan saya seorang diri. Awak janji dengan saya kan, yang awak sentiasa bersama dengan saya walaupun awak tiada di dunia ini.
Semoga awak tenang di sana. Janji dengan saya yang awak akan tunggu saya di sana ya sayang?
Terima kasih kerana mengajar saya erti kebahagiaan yang sebenar. Sayang awak selamanya.
-Jung Hoseok✨-
YOU ARE READING
[C] Beautiful Destiny + JHS
أدب الهواةSakit hati? Itu apa yang dirasakan oleh seorang gadis jelita bernama Min Youra. Walaupun Youra seorang gadis yang cantik dan baik. Suaminya, Jung Hoseok tidak pernah kisah terhadapnya. Pelbagai rintangan yang harus dihadapi oleh Youra untuk menguku...